Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, August 26, 2016

Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh

Buat kali ketiganya join giveway by Spenda Lusuh ni. Kali ni hadiahnya merupakan cenderahati dari Amsterdam. Suka-suka je join. Mana tahu ada rezeki dapatlah..Insya Allah, amin..


Syarat-syaratnya ialah:

  • Follow Blog SpendaLusuh (bagi yg belum follow).
  • Like facebook page SpendaLusuh (bagi yg belum like)
  • Buat satu entry bertajuk “Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh”
  • Copy & Paste poster kat atas tu dan backlink ke entry ni.
  • Comment link post kat bawah 

Hadiah-hadiah yang ditawarkan

1. Fridge magnet Amsterdam x 4




2. Key chain Holland x 3

3. Coin purse Amsterdam x 3

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24/9/2016. Semoga berjaya semua!

Wednesday, August 24, 2016

Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar Johor| Tempat Makan Seafood Best di Muar Johor

Nak makan ikan bakar di kawasan Muar, Johor? Medan Ikan Bakar Sabak Awor adalah tempat yang paling sesuai untuk anda cuba. Terdapat pelbagai pilihan makanan laut (seafood) di situ seperti ikan, udang dan sotong.

Gerai Medan Ikan Bakar Sabak Awor yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Muar ini berkonsepkan medan selera (food court) dengan terdapat banyak gerai-gerai di bawah satu bumbung di Sabak Awor, Muar Johor. Kebanyakan gerai-gerai di sini menjual makanan laut yang segar dan anda bebas memilih mengikut cita rasa masing-masing. 

Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar Johor| Tempat Makan Seafood Best di Muar Johor
Pintu Masuk Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Lokasi Medan Ikan Bakar dan Seafood Sabak Awor Muar


Jika anda mempunyai aplikasi Waze, taipkan sahaja "Sabak Awor". Jalan yang paling mudah ialah melalui jalan pintasan Melaka-Muar (Lebuh AMJ). Kedudukan Sabak Awor ini juga terletak di tepi Sungai Muar.

Alamat: Jalan Cahaya, Sabak Awor, 84000 Muar Johor


Peta lokasi untuk ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor, Muar Johor.


Pilihan Gerai Seafood


Terdapat lebih dari 6 buah gerai di sini. Anda bebas untuk memilih mana-mana gerai mengikut selera anda. Pilihan seafood juga terletak di tangan pelanggan dan harga adalah berpatutan mengikut berat makanan laut tersebut.

Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar Johor| Tempat Makan Seafood Best di Muar Johor
Setiap gerai sentiasa dipenuhi pelanggan terutamanya pada malam minggu

Terdapat juga sate disediakan di sini

Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar Johor| Tempat Makan Seafood Best di Muar Johor
Pelbagai jenis ikan dijual seperti ikan cencaru, ikan pari, ikan siakap dan ikan merah yang segar-segar belaka


Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar Johor| Tempat Makan Seafood Best di Muar Johor
Sotong dengan pelbagai saiz juga turut dijual disini. Boleh dikatakan setiap kedai akan mempamerkan hasil lautnya dihadapan gerai masing masing. 

Makanan laut lain seperti udang, ketam, kupang dan lala buluh juga ada

Masakan Pilihan Kami di Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar Johor


Setelah memilih makanan laut pilihan anda, anda juga perlu menetapkan sendiri menu masakan yang anda inginkan. Kami memilih Ikan Siakap Kukus, Ikan Siakap Masak Tiga Rasa, Ikan Pari Bakar Bersambal, Sotong Goreng Tepung, Telur Dadar, Kangkung Belacan dan Kailan Ikan Masin.

~ Ikan Siakap Kukus (steam) ~

Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar Johor| Tempat Makan Seafood Best di Muar Johor
~ Ikan Siakap Masak Tiga Rasa ~


Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar Johor| Tempat Makan Seafood Best di Muar Johor
 ~ Ikan Pari Bakar Bersambal ~

 
~ Sotong Goreng Tepung ~

 ~ Telur Dadar ~


 
 ~ Kangkung Belacan ~

 ~ Kailan Ikan Masin ~


Sabar menanti makanan

Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar Johor| Tempat Makan Seafood Best di Muar Johor


Tadaaa! Inilah hasil pilihan makanan kami. 3 jenis ikan, 2 jenis sayur, sotong dan telur dadar. Air pula kami order Fresh Orange guna jug. Penuh meja dari hujung ke hujung. Memang makan sampai perut keras. Hahaha.

Semua makanan yang kami order ni cuma berharga RM140. Memang murah, berbaloi dan memuaskan. Cuma masakannya sahaja tidak begitu sedap mengikut Cik Lan. Setakat ok sahaja.

p/s: Hari tu kami memilih gerai No 3. So, korang bolehlah cuba gerai lain ye. Pilihlah mana-mana pun. Ada yang kata gerai kedua dari hujung belakang paling sedap.Emm.. tak tahulah tu, next time kalau datang boleh cuba gerai lain pula.


Di pintu masuk ke Medan Selera Ikan Bakar Sabak Awor ini juga ada menyediakan gerai-gerai sampingan yang menjual aksesori pakaian seperti brooch, tudung, baju kanak-kanak, mainan kanak-kanak. Boleh lar beli sebagai cenderahati. Kami sempat juga cuci mata sebelum balik.


Apapun, setakat ni memang Sabak Awor menjadi pilihan makanan seafood di Muar Johor. Selamat mencuba!


© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno