Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, November 4, 2012

Tempat makan best: Nasi Kandar Line Clear

Masa hubby ada konferens kat penang, saya ikut skali. Masa tu tengah pregnant 5 bulan. Kalau you all nak tau, saya ni paling tak suka makan kat kedai mamak. Tapi ntah macam mana, pregnant punya penangan,boleh teringin la pulak nak makan nasi kandar. Mula-mula masa hubby ajak gi makan nasi kandar muka dah muncung dah ni, bikin hati panas betul laki aku ni, dalam hati je la.hehe. Saya dah la tak suka makan kedai ala-ala mamak.Tak tau la kenapa, memang sebelum ni tak terbuka langsung selera ni. Kedai nasi kandar nie terletak di Bandar Georgetown, Pulau Pinang berdekatan dengan mercu tanda Penang iaitu Komtar Tower...kedainya agak terselit...mula-mula tu, terpusing-pusing mencari....pfffftt...akhirnya jumpa jugak...Tapi bila dah sampai di kedai makan ni, jadi teruja + curious plak.....hehehe....nak rasa makanan dia. Mana taknya, beratur panjang giler. Kedai sikit punya crowded..



 Beratur panjang ni la yang buat saya rasa nak try makan kat kedai ala mamak ni- Nasi Kandar Line Clear. Dari saya mula beratur sampai saya dah siap makan, barisan ni tak putus-putus. Orang kata patah tumbuh hilang berganti..hah ni la dia..



Penuh & padat. Tapi still ramai org datang and sanggup beratur panjang-panjang. Apa yang best sangat eik?

 Ni menu yang saya order- Nasi kandar + Sotong + Ayam goreng 


Dan saya dah bersiap sedia nak makan ni..



 Hahaha. ni la penangan nasi kandar line clear. Dari seorang yang memang tak suka makan ala mamak, tiba-tiba licin sampai menjilat jari. Sedap yang tak terkata sampai time makan memang tak borak langsung ngan hubby. Dia punya menikmati makanan tu...Haisy,baby dalam perut mama ni je la yang tau...Hihi..Lagi satu, kita nak bgtau...punyau bau kari melekat kat tangan sampai keesokan hari nyer...tuh yang membuatkan saya teringat nak mkn lg Nasi kandar Line Clear....

Sape-sape yang gi penang, saya memang suggest giler2 tempat makan ni. Try la, baru tau penangan dia..Saya bagi 9 stars out of 10. MOST RECOMMENDED!


Tempat makan best: Honeymoon

Teringat masa baru-baru kahwin dulu...Hehe...Honeymoon gi Sabah la kononnya...padahal husband ada conference kat situ. Menyelam sambil minum air..Tapi yang paling best saya nak criter tentang satu tempat makan ni. Seafood dia murah-murah..Besar-besar..sedap-sedap.. Tak percaya? Tengok gambar ni..
 

Tengok tu ada macam-macam jenis ikan, ketam, sotong yang dijual.. semuanya besar-besar. Orang kata puas hati la makan kat sini serta harga yang berpatutan tapi kira murah sangat...hehehe


Menu yg kami order time tuh...Yang ni sotong bakar. Fuh..tengok balik gambar ni terliur betul


Yang ni pulak umai and rumpai laut. Makanan pelik yang saya x pernah tengok n makan sebelum ni, tapi sedaaaap.. kenyal-kenyal gitu.


Last but not least yang kami makan time tu ialah kerapu putih bakar & udang bakar..banyak jugak la kami order time tu. Actually, kedai makan ni berdekatan dengan Pasar Filipina serta mengadap laut.. sambil makan boleh menghirup udara segar.

Ada banyak gerai kat situ yang konsep dia macam ni dan kalau korang nak tau tauke kedai akan berebut-rebut layan & attract pelanggan sebab banyak persaingan. Diaorang akan berlumba-lumba turunkan harga dan bagi diskaun. Tu yang best. Kalau nak makan kena pandai menawar. So, dari sepuluh bintang saya bagi 8 bintang kat gerai makan ni. MOST RECOMMENDED!

x
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno