Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, November 10, 2012

Makanan Jiwa: Tips tackle hati suami

" Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, menjaga kemaluannya dan patuh kepada suami maka dia akan memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya"
-Riwayat Tabarani, Ahmad dan Ibnu Hibban)

Emm..senang kan perempuan nak dapat syurga, asalkan dia ikut cakap suami, selagi mana arahan suami tu tak melanggar perintah Allah. Yela, kalau suami korang tak bagi korang solat, suruh korang menipu ke mencuri ke, jangan la ikut...Persoalannya, mudah ke nak ikut cakap suami ni? Kadang-kadang ada je bisikan yang mengganggu kan..Rasa nak membantah tu ada je. 

Sketsa;
Suami: Sayang tolong abang ambik air, pastu sidaikan tuala abang, pastu buang sampah kat dapur,pastu gosokkan baju abang ea, kejap lgi abang nak kluar

Isteri: (dalam hati) Eee..laki aku ni asyik memerintah je, dia tak tau ke aku ni penat, dari tadi tak duduk-duduk, asyik bergerak sana-sini buat kerja rumah.

Takpun ada juga yang jawab " Abg pegi la buat sendiri, saya ada kerja lain nak buat ni". Tu hanger ada kat lua,r gi la sidai sendiri. 

Alangkah baik kalau isteri menjawab: " Ok Abg, nanti saya buat ye (sambil t'senyum). Kan dah dapat pahala..

Sesungguhnya benarlah janji syaitan di hadapan Allah:

"Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).
[ Al-`Aaraf: 17 ]

Sepatutnya kita selalu bersyukur dengan nikmat pemberianNya kepada kita. Dia jodohkan kita dengan pasangan kita. Sesunnguhnya suami dan isteri itu dijadikan untuk lengkap melengkapi. Jodoh kita adalah yang terbaik untuk kita, hanya Dia yang mengetahui rahsia dan hikmahnya dijodohkan kita dengan pasangan masing-masing.


Ok, kat sini saya share tips tackle hati suami. Tips ni dipetik dari Haji Hassan Al Khairun b. Ghazali:Sentuhan mesra suami isteri & seni gelora jimak.

-Tips tackle hati suami-

1) Fahamilah suami anda agar dia memahami anda
2) Berikan suami apa sahaja yang dimahukannya, anda akan mendapat apa yang anda mahukan
3)Dengar dengan baik apa yang hendak dikatakannya, dia akn mendengar apa katamu.
4) Hormati dia sebagai seorang lelaki, dia akan hormati anda sebagai seorang wanita
5)Senyuman itu manifestasi kasih sayang
6)Ungkapkan betapa dia sangat penting dalam hidup anda
7) Lebih berminat anda terhadap suami, lebih berminat pula dia kepada anda

Sekian dulu untuk entry kali ni,next entry baru share pasal tempat makan best lain plak ea. Kali ni share pasal makanan jiwa. Ingat, bukan perut je nak makan.. Hati n akal pun perlukan makan jugak..Daaa!


Tempat makan best: AYER'S ROCK BUTCHER & GRILL

By the way,macam selalu saya akan share kat sini tempat makan best yang saya pernah pergi. Ops, silap..bukan tempat makan best je yang saya nak share..yang tak berapa nak best pun saya akan share jugak kat blog ni, supaya korang tak terkena &; fikir 2,4,6,8 kali sebelum makan kat situ.Hiii.. Ok, kedai makan @ restoran yang best ni terletak kat Shah Alam. Nama kedai ni Ayer Butcher Ayer's Rock. Pelik sikit namanya kan..Tunjuk gambar la senang.



Ni gambar kat depan kedai. Dari kiri tu mak mertua, saya, Damia dan last skali Adik Ipar yang cute. Actually ada lagi 3 orang, my hubby, adik ipar n bapa mertua. Dipendekkan cerita ni la menu yang kitorang order.


Mukaddimah dan Menu

Menu

~ Grilled Chicken Chop ~


~ Salmon Grill ~  
Salmon grilled- Ni saya yang order.Haisy, best sangat ni..


~ Steak-Striploin ~
Striploin medium rare- Sesiapa yang suka steak boleh order ni. Takkan menyesal punya..



Ni plak Tenderloin medium rare



Eh sape plak ni?Tiba2 sesat kat sini.Hehe.Damia yang comel gler..macam nak picit2 je pipi tu.. Sebagai pencuci mulut, terimalah coffee cake n oreo cake. Tadaa!


~ Coffee cake ~


~ Oreo cake ~



Muka kami yang kekenyangan..Yeke?Hihi.. Bagi penggemar steak n sesiapa yang baru nak cuba2 makan steak, saya suggest korang cepat2 datng makan kat sini-sure takkan menyesal n mesti next time akan datang lagi. Overall saya bagi 9 bintang out of 10. Most recommended!
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno