Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, December 14, 2013

Berkesan| Bengkung Bersalin Bagus

Ramai antara pelanggan korset Premium Beautiful saya yang menggunakan Premium Beautiful sebagai bengkung bersalin ketika dalam pantang. Amalan berbengkung ini memang terkenal dikalangan masyarakat Melayu dan memang terbukti membantu membentuk semula bentuk badan yang diidamkan. Opps, bukan masyarakat Melayu saja yang berbengkung ye. Customer saya Puan Kavitha juga membeli Premium Beautiful untuk tujuan selepas bersalin.

Terdapat pelbagai jenis bengkung bersalin yang dijual di pasaran. Antaranya seperti:


Kebanyakan pengguna lebih gemar memilih bengkung-bengkung seperti di atas kerana harganya lebih murah. Saya pun ketika berpantang dulu guna bengkung macam kat atas tu. Saya guna yang jenis bengkung tali keluaran Sendayu Tinggi.

Tapi to be honest, leceh nak pakai and susah nak handle kalau nak gi toilet sebab bengkung tu labuh sampai punggung kan. So bila nak kencing takkan nak buka tali tu satu-satu. Tak kuasa I, mak! huhu. So alternatif lain, selak/angkat ke atas je la yang bahagian punggung tu. Kalau dah settle 'melepas' turunkan balik semula. Masalahnya nanti ikatan tu jadi longgar n kena adjust balik.

Saya bukan nak memburukkan bengkung lain sebab saya jual Premium Beautiful...TAAAK..Tapi tu pengalaman saya waktu dalam pantang dulu. Pernah jugak terfikir, takde ke bengkung lain yang lebih senang n boleh pakai kalau nak keluar gi mana-mana. Yela, kalau dah bertali-tali camtu, pakai baju pun nampak 'kembung' n tak kemas. Waktu tu tak kenal n tahu lagi pasal Premium Beautiful Korset. So, macam berangan la jugak--kalaulah ada bengkung yang lebih senang nak pakai ke mana-mana kat bagus.

Terdapat banyak kebaikan Premium Beautiful Korset yang telah saya kongsikan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh baca di www.premiumbeautifulcorset.com. Memang senang nak pakai ketika dalam pantang dan bila dah start masuk kerja semula. No problem. Selain tu, ada juga customer yang bagi feedback air susu bertambah selepas pakai Premium Beautiful. Secara tak langsung korset ni menggalakkan penyusuan susu ibu di samping dapat menegangkan payudara. Cara-cara lain untuk menegangkan payudara selepas bersalin boleh baca dalam entri saya sebelum ni-->Cara menegangkan payudara yang kendur

Baru-baru ni Hai-O marketing memperkenalkan Premium Beautiful Elegance dengan ciri-ciri yang lebih baik dari Premium Beautiful yang sedia ada (Premium Beautiful Classic).

Jom review gambar kat bawah!

- Premium Beautiful Elegance-

- Premium Beautiful Classic-

So, bersempena dengan pelancaran korset Premium Beautiful Elegance + Year End Sale+ New Year Sale, yang Classic punyer saya nak buat SALE habis-habisan!

Dengar and tengok sini ya!

Harga  full set Premium Beautiful Classic (saiz kecil)= RM 1650

Harga full set Premium Beautiful Classic (saiz besar)= RM 1950


 Promosi bermula dari hari ini 14/12/2013 sehingga 15/01/2014

Terhad untuk 3 set sahaja!

 Grab the chance, call 013-7751357 NOW!

Saturday, November 23, 2013

HLA Dinner 2013| Ravishing in Red

Selamat berhujung minggu semua. Lamanya tak update blog..memang tak sempat sangat-sangat nak menulis kebelakangan ni. Malam tadi Dinner HLA kat Sunway Convention Centre. Kalau ikutkan ni kali ke-2 saya pergi Dinner HLA sejak bekerja kat sini. Diam tak diam rupa-rupanya dah 1 tahun 3 bulan kerja sini. Cepat betul masa berlalu. 

Dinner kali ni sangat special & best untuk saya. Kenapa? Jom tengok gambar dululah, nanti baru cerita.

 
 The crowd--tunggu kat luar sementara nak masuk dewan. Lautan merah..

 Aktiviti yang ada kali ni tak banyak sangat. Yang bestnya ada kartunis untuk lukis gambar kita. Tapi disebabkan ramai sangat yang beratur nak lukis gambar, so nak dekat-dekat turn saya tu tiba-tiba VVIP dah nak sampai. So kena masuk dewan--melepas..huhu

3 orang kartunis yang berhempas pulas melukis gambar sepantas mungkin

 Opps..your face is under progress!

Terror betul diaorang ni melukis,5-10 minit dah siap..

 Macam biasalah, kat luar dewan bergambar sebanyak mungkin. 
Dari kiri: K. Farah, K. Rock n Siti. Sempat jugak Cik Siti ni melukis gambar. Bakal jadi isteri orang 1/12 ni..hehe

 With HOD Agency Distribution a.k.a our boss--Ms Chung. Malam ni Ms Chung buat performance main violin

My Department Collegue--K. Safiah takde dalam gambar pulak. Tak tahu hilang kemana.. K. Mimi tak dapat datang tahun ni. Baby kembar dia yang kakak kena tahan wad, demam panas. Readers semua doakan anak K. Mimi cepat sembuh ye..

Dari kiri belakang: Clarys, Stacy, K. Nor, K. Farah, K. Rock, Soo, Siti & Thim
Depan: Ms Chung n me

------macam album majalah sekolah pulak----

Aish, gambar Clarys nampak rambut je..

 One more time..Ha..dah nampak pun muka Clarys.

But Thim? Where's Thim? Missing in action..hihi

 In the hall.. Baru nampak muka K. Aini n K. Mas

K. Nor, K. Rock n K. Safiah

 Macam cantik jerr..macam comel jerr..

 Lagi aksi comel..

Yang ni paaaaling comel..pinjam gambar K. Nor..hehe

Opening Dance

Perasmian Dinner---skema pulak ayat

Makan Time!

 Lotus Combination Platter:
- Chilled Abalone Clam Shashimi with Pamelo Salad and Apple Rose
- Chilled Vegetable Rice Roll with Sweet Chilli Deep
- Deep Fried Yam Puff
- Chicken Finger with Satay Sauce

 Sweet Turnip Chicken Consomme with Sun Dried Scallop and Mushroom

 Deep Fried Boneless Chicken with Thai Mango Sauce

 Live Pompano Steamed King of Soy Sauce in Hot Peanut Oil

 Wok Fried Live Tiger Prawn with Fragrant Oats, Red Chilli and Margarine

Braised Broccoli with Crabmeat, Egg White Sauce and Fish Roe

 Violin Performance from Ms Chung..Dapat No. 1 tu..

Bergambar lagi...Soo, Clarys n Stacy..

Bergambar ramai-ramai...

Dan..

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu semua orang..

**********
*****
**

Lucky Draw!

My number---034

MC announce next lucky draw winner will receive Samsung Galaxy Note 3..Wah..Semua orang excited n berdebar..Siapa tak nak hp free? Harga RM 2000 lebih tu..

Masa MC nak baca no tu dia kata: Ok, everybody whose number begin with 0....3....

Whose no start with 03 all stand up..

Saya pun bangunlah..Thim pun bangun jugak

Then MC tu turun pentas n tanya Thim-What's your number? 
Thim: 030
MC: You can sit down..

Then dia datang pulak kat saya.
MC: Ya, kakak no berapa?
Saya: 034
MC: Akak tengok no ni sama tak dengan no akak?(Sambil tunjuk no yang ada kat tangan dia)
Saya: Sama..

Semua orang masa tu dah menjerit-jerit tepuk tangan. So excited. Saya lagilah..rasa nak melompat-lompat kat situ. Haha. Naik pentas menggigil tangan ni. Terkejut, macam tak percaya..

Alhamdulillah..rezeki..

Tapi semua orang tak pulang dengan tangan kosong.. Semua dapat power bank..

****Balik rumah dengan hati yang berbunga-bunga****

Tuesday, November 12, 2013

Step By Step Resepi| Cara membuat kek pisang

Akhir-akhir ni minat membuat kek menjadi-jadi pulak..Selepas berjaya membuat kek gula hangus hari tu, saya try pulak buat kek pisang. Resepi asal kek pisang ni dari ibu tetapi diubah sedikit mengikut selera Cik Lan. Berikut ialah bahan-bahan dan cara-cara membuat kek pisang:

Bahan-bahan:

6 biji telur
2 cawan tepung
1 cawan pisang dilenyek
1 cawan gula
1/2 cawan minyak (atas request Cik Lan ganti dengan butter)
1/2 sudu ovelette (bahan ni takde,so tak letak)
1/2 sudu baking powder (bahan ni saya takde, so tak letak)
1/2 sudu bikarbonat soda

Step 1: Lenyekkan pisang sehingga hancur dan masukkan ke dalam cawan sehingga penuh

Tips: Disebabkan sukatan dalam resepi ni menggunakan cawan, maka cawan yang digunakan untuk menyukat setiap bahan mestilah sama. Jangan sukat pisang guna cawan lain, sukat tepung guna cawan lain. Nanti tak seragam n kek tak cantik

Step 2: Telur, gula, ovelette, baking powder dan bikarbonat soda diputar sehingga telur tu jadi warna putih. Tapi desebabkan saya takde pemutar telur, maka saya guna mixer pengadun automatik je. So dalam kes ni telur saya tak kembang betul la.

Tips: Make sure telur tu dipukul sampai putih

Saya guna buttercup dalam tin

Step 3: Cairkan buttercup dan masukkan ke dalam telur dan gula tadi.

Step 4: Masukkan pisang sedikit demi sedikit

Step 5: Masukkan tepung sedikit demi sedikit

Tips: Jika menggunakan pemutar telur, pastikan adunan telah sebati barulah dimasukkan ke dalam oven

Step 6: Kek pisang siap dimasak! Sebab saya guna pengadun automatik..Step 6 ialah masukkan ke dalam oven dan bakar kek pada suhu 180 darjah (bagi sesiapa yang tak guna pengadun automatik). Masa agak-agak sendiri..huhu

Rupa kek pisang yang sedia untuk dimakan. Actually tak jadi sangat saya buat sebab ada bahan yang takde dan telur tak dapat dipukul sampai betul-betul kembang. Buat kek sangat sensitif, so follow resepi je ye.. jangan pandai-pandai nak derhaka bahan, nanti tak jadi. Haha

Selamat mencuba resepi kek pisang!

Wednesday, October 30, 2013

Majlis Konvokesyen UPM ke-37

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu sampai jugak. Sebelum ni saya pernah post mengenai pengambilan jubah di UPM. Klik Sini untuk bacaan lanjut. Sesi konvokesyen saya sebelah petang, jam 2.00 petang. So, pagi tu saya ke fakulti terlebih dahulu untuk jumpa Dr Sam dan Dr. Azmi- 2 insan yang banyak membantu sepanjang pengajian peringkat Master ni. Sempat jugak saya bergambar kenangan dengan mereka pagi tu.

Inilah dia Dr Sam atau nama penuhnya Dr Samsuzana Abd Aziz. Dr Sam ni main supervisor saya waktu buat Master. Seorang pensyarah yang sangat berpandangan jauh dan punya idea-idea yang bernas. Bidang kepakaran beliau ialah precision agriculture, geo-information systems, computer intelligence, sensing systems, control and automation for Agricultural Engineering. Kawan-kawan yang berminat dalam bidang-bidang ni bolehlah sambung belajar dengan Dr Sam ye..Klik sini untuk pencapaian Dr. Samsuzana Abd. Aziz

p/s: Dr, saya promote Dr kat blog...takpe ke? Hehe

Ini pulak Dr Azmi merangkap co-supervisor saya semasa Master dan main supervisor saya semasa Final Year Project (FYP) degree. Prof Madya Ir. Dr Azmi Bin Dato' Haji Yahya ni merupakan seorang yang sangat tegas dan menitikberatkan data yang betul-betul berkualiti. Hasil kerja beliau sangat perfect sampai examiner takkan boleh tanya banyak soalan time viva kat student-student dia. Waktu degree dulu ramai student takut nak buat project ngan Dr Azmi ni sebab diaorang kata Dr Azmi sangat perfect. Entahlah, bagi saya yang dah lebih kurang 6 tahun kenal dan belajar dengan dia, saya rasa kalau dia nak perfect pun memang wajar sebab bidang research memang perlu perfect untuk mendapatkan result yang betul-betul terbukti dan berguna.

Saya ingat lagi antara nasihat Dr Azmi: Kita dalam bidang reserach ni, kalau kita nak tipu atau ubah data dan buat conclusion yang result kita ok, menepati hipotesis/anggaran awal boleh je sebenarnya tapi saya takkan buat macam tu. Bagi saya kita kena buat sesuatu tu dengan ikhlas dan jujur dengan diri sendiri. Kalau kita tipu data dan tulis paper /jurnal berdasarkan data yang dah diubah, orang yang kemudian iaitu orang yang merujuk kepada jurnal atau data kita tu yang akan susah. Penyelidikan kita takkan bermakna dan berguna kepada sesiapa pun.

Dr Azmi sangat berpengalaman dalam bidang penyelidikan. Kepakaran beliau ialah Energy, Soil-Machine Dynamics and Machinery Design. Klik sini untuk pencapaian Prof. Madya Ir. Dr Azmi Bin Dato' Yahya

p/s: Sebelah Dr Azmi tu student phd--Tajudeen Abiudin Ishola dari Nigeria

Ni pulak antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan di dalam dewan

 Dari kiri: K. Hajar, Cput, Saya & Mun..

 K. Hajar sekarang tutor kat Universiti Darul Iman, Cput pulak kat Taylor College. Mun kat UPM as Teaching Assistant..K. Hajar n Mun student Kejuruteraan Proses Makanan. Cput pulak Kejuruteraan Kimia & Alam Sekitar. Saya? Klik sini kalau nak tau saya buat Master pasal apa..

 With Mun..before naik pentas..

On stage..

Lepas keluar dewan sempat jugaklah ambik beberapa keping gambar sebelum hujan lebat. Dari kiri: Awin, Wawa, Damia, Cik Lan, mak n abah..Ibu n ayah tak dapat datang sebab ibu tak berapa sihat--Kaki ibu tak boleh pijak, bisa yang amat..Diri boleh sekejap je, jalan tak boleh jauh. Sembahyang pun duduk..Kawan-kawan doakan ibu saya cepat sembuh ye..

Damia n Cik Lan

Mak n abah

Wawa n Awin.. Waktu ni hujan dah lebat. Ramai yang terperangkap kat tepi dewan, tunggu hujan teduh.


Kasut yang tanggal tapak sewaktu beratur nak masuk dewan. Haha

Bantal bunga kiriman ibu walaupun ibu tak dapat datang..(pilihan Wa n Awin)

Sekian sahaja paparan gambar-gambar di sekitar majlis konvokesyen saya yang lalu..

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno