Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, January 31, 2013

Laman Grill, Laman Sari Shah Alam

Kadang-kadang kalau ibu n ayah or mak n abah datang rumah, kitaorang akan bawa pergi makan-makan kat tempat yang special sikit. Emm..antara tempat yang kitaorang pernah bawa---Laman Grill, Seksyen 13 Shah Alam. Laman Grill ni actually restoran steak & pemilik restoran ni memang  semua orang kenal-- CHEF ZUBIR MASTERCHEF MALAYSIA


Antara makanan yang kitaorang try kat Laman Grill:

Rib eye, 220 grms

Norwagein Salmon & Chilean Blue Mussel: Menu ni ada salmon grilled ngan kentang lenyek Belanda, sayur-sayuran dan kupang biru dalam jus bouillabaisse

Makanan lain yang ada: Australian Baby Lamb Foreshank (chef signature), Grilled Spring Chicken, Spagetti Blognese, Carbonara

Pencuci mulut plak kitaorang pilih Warm Lava Chocolate Cake and Classic Italian Tiramisu

Aha, gambar ni yang mahal. Thanks to chef's wife. Dia yang tolong snap gambar

So total harga semua as stated above. Emm..sekali-sekala..he.

 I give 7 stars out of 10..(Ayer Butcher lagi best la..he.sorry Chef Zubir, need to be honest). Kalau ada peluang try la ye..Ada rezeki dapat jumpa chef selebriti ni.

Wednesday, January 30, 2013

Cuti=masak=makan

Salam kawan-kawan..macam mana cuti hari tu, seronok tak? yela, cuti lama kan...Cuti maulidurrasul + Thaipusam sekali. Time2 cuti macam ni dok kampung surelah makan je kejenya kan..mentong2..he. So this time I wanna share aktiviti  masak2 + makan2 yang kitaorang buat time cuti hari tu.


Makan ala-ala western gitu. Roasted chicken. Panggang dalam convection oven je, senang..

Pastu agak-agak dah nak masak sikit ayam ni, masukkan garlic potato ni


Garlic potato


Garlic potato ready to eat


Coleslaw-kubis, carrot n bawang

Potato wedges pun ada. Cara nak buat: Cuci bersih-bersih kentang, jangan buang kulit. Then, rebus kentang hingga masak. Lepas tu potong kentang tu then salut ngan tepung kfc (kalau nak best guna tepung cap bestari perisa hot n spicy)..Pastu baru goreng



Roasted chicken-Resepinya senang je. Gaulkan ayam ngan kicap pekat, madu, bawang putih n halia yang dah siap tumbuk, barbeque sos n garam


Haha. si kecik ni dah tak sabar nak makan


Ready to eat! Emm sedapnya..

Dah siap...senang je kan..healthy food gak ni. habis keluar semua minyak ayam + lemak cair masa masuk dalam oven tadi..Sesiapa yang nak try silakan la ye..Selamat mencuba!

Sunday, January 27, 2013

Cara pemakaian korset PB yang tepat

Salam kawan-kawan...This time I would like to share something about Premium Beautiful Corset. Disini terdapat sedikit panduan berguna yang boleh dikongsi bersama bagi mereka yang berminat untuk membeli korset ini atau yang telah pun memilikinya..Enjoy this info ya!

INFO 1

Jika anda sedang mengandung dan ingin membuat ukuran, anda dicadangkan supaya membuat ukuran badan pada bulan ke-6 hingga 7 semasa mengandung kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan semasa anda mengandung pada bulan ke-6 hingga 7.  Maka, perbezaan ukuran badan adalah tidak besar.

 Bagi mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran badan pada hari ke-3 selepas bersalin. Selain itu, bagi mereka yang melahirkan bayi secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai selepas 7-10 hari selepas bersalin. 


Manakala, bagi mereka yang melahirkan bayi melalui pembedahan, ia hanya boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas bersalin. Masa keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan adalah dalam masa enam bulan pertama. 

Mereka yang memakainya lebih awal akan memperolehi kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan organ dalaman rahim ke tempat asal.

INFO 2
Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya. 

Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda. 

Pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak akan beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian, lemak akan kekal di tempat asal. 

"Memakai korset Premium Beautiful ibarat seperti kita memakai cincin. Jika cincin dipakai secara berterusan pasti akan meninggalkan kesan di jari kita".


Begitu juga

"Memakai korset Premium Beautiful ibarat tanah di dalam pasu. Jika hari ini kita menanam pokok di dalam pasu dan esok atau seminggu kemudian pasu tersebut pecah, maka tanah di dalam pasu itu pasti berderai. Tetapi jika dibiarkan pokok didalam pasu itu untuk suatu tempoh masa, maka tanah tersebut akan terbentuk seperti bentuk pasu jua. Dan ketika itu, tatkala pasu pecah, tanah akan kekal sedemikian rupa tanpa berderai"


Bagi mereka yang mula-mula memakai Premium Beautiful, mereka mudah berasa ketat dan tidak selesa di mana hari pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh penyesuaian. Selepas melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa. 

INFO 3
Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara.

 Maka, pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan berasa panas, malah anda akan berasa selesa di samping memiliki bentuk badan yang menarik.



Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini..Enjoy your day!Barakallah..

Friday, January 25, 2013

Rahsia yang terpendam...

Sebenarnya hati ini teringin sangat untuk bercerita tentang satu rahsia, rahsia yang merangkap satu pengalaman. Pengalaman yang mengubah laluan lurus didunia ini menjadi bengkang bengkok..yang mengajar diri ini bahawa hidup ini tidak semudah itu. Hidup ini penuh cabaran dan dugaan. Hanya yang kuat dan tabah sahaja mampu melepasi setiap ujian itu.

Namun, rahsia tetap rahsia. Rahsia tidak mungkin dapat dikongsi bersama.Rahsia ini akan terbongkar apabila tiba masanya..Masa yang terbaik untuk ianya diketahui umum. Masa yang benar-benar sesuai. Masa yang aku sendiri tidak tahu entah bila akan tiba. Jika rahsia ini terbongkar, sememangnya ia akan menjadi pedoman yang amat berguna untuk teman-teman sekalian..supaya kalian atau sahabat handai kalian atau sanak saudara kalian tidak turut sama terjebak. Buat masa ini, rahsia ini akan kekal sebagai rahsia..

Namun disini hanya bisa dinyatakan--Ini kisah manusia bernama Julia, Irene, Bryan, Soh, K. Izza dan Liyana Sakira.Nama-nama yang aku sendiri tidak tahu kesahihan identitinya.Ini kisah Real Ingeniurs..juga kini menjadi sebahagian dari kisah hidupku..



Apabila tiba masanya kelak, rahsia ini akan terbongkar. Rahsia ini akan diceritakan...di sini..Insya Allah..

Thursday, January 24, 2013

Singgah-singgah, sampai Pangkor..

It was an adhoc trip to Pangkor. 05/01/2012, Sabtu jam10 pagi bertolak dari Shah Alam. Dalam pukul 12 tengahari macam tu, tiba-tiba perut berkeroncong pulak. Masa tu baru sampai Kuala Selangor, so apalagi..



Hehe..dan dengan takdirNya ternampaklah " Cendol Durian Borhan". So, stop the car and....

      Pekena cendol durian sikit...Alas perut.. he        

Habis cendol durian 2 mangkuk, kitaorang pun sambung lagi perjalanan.. Baru jalan tak sampai pun 10 minit, tiba-tiba ternampak plak "Warong Soto"..perut dah makin berkeroncong ni, so nak tunggu apa lagi...


Kita makan dulu!


Sedap soto ni

Lepas habis makan perjalanan diteruskan lagi. Haish, bayang-bayang Pangkor pun tak nampak lagi ni..Memang agak nya hari tu rezeki orang-orang kat Kuala Selangor. Situasi yang sama berlaku. Ternampak sesuatu yang macam pelik & menarik. Actually dah terlajak, tapi atas semangat ingin tahu yang teramat---signal kereta ke kanan dihidupkan..

Buat U turn tu...memang tak boleh blah betul. Apa yang best sangat ni sampai kitaorang sanggup U turn nak pergi try?

Mentarang bakar? Mentarang tu apa? 

Inilah benda yang menarik perhatian kitaorang sampai u turn & singgah buat kali ketiga untuk lunch. Just for lunch..Jalan-jalan cari makan...he

Mentarang yang sedang dibakar


Mentarang bakar is ready..

Selain mentarang bakar ada lagi side dishes lain macam tiram bakar & sup ikan haruan

Ni tiram bakar


Sup ikan haruan ni sedap sangat! Serious...

Aksi-aksi Damia kat atas meja makan..Rajin berkemas anak dara sorang ni..Mudah-mudahan besar nanti rajin jugak ea anak mama ni..


Akhirnya lepas kenyang makan mentarang, perjalanan diteruskan lagi. Dalam pukul 3 petang gerak dari Kuala Selangor & akhirnya pukul 5 petang selamat sampai kat Jeti Lumut & naik feri ke Pulau Pangkor

Seronok betul Damia naik feri

Happy sangat bila tengok Damia happy..

Akhirnya sampai pun kat Pulau Pangkor. Masa tu pukul 6.30 petang. Check in Purnama Beach Resort then jalan-jalan tepi pantai jap. Damia main air, ayah Damia pulak naik skuter boat. Mama? Ambik gambar je..malas nak basahkan baju..


Esoknya pagi-pagi lagi kitaorang dah bangun. Hari ni ada aktiviti yang lagi best dari semalam---Nak snorkeling!

Damia dah ready nak gi snorkeling ni..

Cantiknya ikan-ikan ni..Subhanallah..

Snorkeling puas-puas sampai tinggal kitaorang je kat situ. Dah takde orang baru sibuk nak ambik gambar..

Sebelum balik kitaorang sempat singgah tempat orang buat buntal perhiasan


and cari ole-ole sikit bawa balik Shah Alam..



Finished story about Pangkor. Gerak dari Pangkor pukul 6.30 petang hari Ahad & sampai Shah Alam pukul 4.00 pagi hari Isnin. 7.30 pagi pergi kerja..Exhausting but very exciting..


Tuesday, January 22, 2013

Kisah Muffin..

Salam sahabat-sahabat maya sekalian..Semoga urusan seharian kalian semua dipermudahkan olehNya.

Entri kali ni simple je, saat-saat akhir my pregnancy time..Saat-saat akhir?macam serius je bunyinya.hehe. Semua atau hampir semua perempuan yang mengandung tu akan mengalami saat-saat teringin,betul tak? Siapa yang pernah mengalaminya sure understand what I meant. As for me, at that time teringin sangat nak buat muffin. Ditegaskan sekali lagi kat sini, 

BUAT muffin BUKAN MAKAN.hehe 

So, nak tak nak, orang-orang terdekat la jadi mangsa. Tolong cari bahan & perkakas buat muffin. Masa tu kat Batu Pahat, so orang-orang yang terlibat for sure la husband, mak mertua n bapak mertua. Haish, nasib baik dapat mak n bapak mertua yang sporting..diikutkan je la permintaan menantu yang sorang ni..nasib badan..he

Dipendekkan cerita, beriya-beriyalah cari resepi kat internet. Ada muffin coklat, vanilla, strawberi, pisang n macam-macam lagi. Download jangan tak download..habis semua resepi muffin kena download. Nak tau apa hasilnya?
*
*
*
*
*
Tadaa! Vanilla muffin with choc chip


Gebunya muffin ni..Baru keluar dari oven 


-Sedia untuk dimakan-

Ni pulak coffee muffin

Itulah hasilnya kalau kita buat sesuatu sepenuh hati. Masa tu memang first time buat muffin tapi memang teringin sangat nak buat..betul-betul rasa nak buat, bukan main-main. Alhamdulillah jadi..

Tapi memang tak dinafikan, sebelum jadi muffin yang cantik macam kat gambar tu, ada jugak yang tak jadi n jadi makanan tong sampah. he. Ada adunan yang terlebih soda bikarbonat la..ada yang masa kat dalam oven cantik je dia naik, tiba-tiba bila keluar dari oven terus penyek muffinnya. Padahal dah ikut resepi betul-betul tu. Ada orang kata, ala ikut resepi senang je. Correction! Nampak je senang tapi sebenarnya tak semudah tu.


Yang penting,susah macam mana sekalipun kena buat dan buat dan buat...cuba dan cuba dan cuba---jangan cepat putus asa.



Monday, January 21, 2013

Doa seorang ibu..

Antara ayat yang selalu kita dengar "Syurga ditelapak kaki ibu", "masin mulut ibu" dan banyak lagi pepatah,perumpaan dan pujangga berkaitan dengan ibu. Bagi kita yang masih punya insan bergelar ibu,kita amat bertuah. Atas doa seorang ibulah kita dapat hidup selamat dan berjaya sehingga hari ini. Thanks to my mum! Hopefully I can be a great mother like her also.

Baru- baru ni terbaca satu entry tulisan my best friend, Aleen. This is a real story that I grabbed from her blog. Share kat sini untuk tatapan bersama..




Hebat betul penangan kata-kata seorang ibu. Bagi anda yang kini atau bakal bergelar ibu,


Hati-hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut anda kerana semuanya adalah doa. Even marah sangat pun, jangan sesekali terkeluar kata-kata yang kesat. A reminder for myself also..



Terlalu besar jasa ibu pada kita. Ibu tak pernah minta balasan. Macamana sayangnya kita pada anak kita, macam tu jugalah sayang ibu pada kita. Ayah pun sayang kita jugak..(Nanti kecik pulak hati ayah..hehe). Selagi berkesempatan, balaslah jasa mereka.

Hulur-hulurlah wang kepada mereka, walaupun mereka tidak meminta..walaupun mereka pasti akan menolak pada mulanya. "Tak payah, Along simpan jelah duit tu. Ibu & Ayah ada duit..cukup..Gunalah duit tu untuk belanja anak-anak. Kalau waktu tu pun memang kita tengah terdesak, almaklumlah hujung bulan.he. Kita pun bagi jugak..mesti bagi.. tapi dengan jumlah yang sedikit kurang. Pernah terjadi situasi macam ni?

 Kalau tak pernah, baguslah..Sekurang-kurangnya itu bukti tahap kewangan kita sangat kukuh. Bukan sedikit yang kita bagi, malah kita boleh tunaikan apa jua permintaan ibu dan ayah kita. "Ibu & Ayah nak pergi Mekah, buat umrah". Takpe, Along sponsor.Jangan risau.."Ibu rasa nak besarkan sikit la dapur kat rumah tu, nak tukar tile semua". Ooo bila tu? Nak buat nanti bagitau, along tambah sikit. Bagi ibu RM 5000, cukup tak?

Alangkah seronoknya kalau kita boleh berada pada tahap kewangan yang begitu. Duit bukan untuk kita sahaja, malah boleh infaq untuk orang lain. Menjadi seperti Abdurrahman bin Auf- seorang hartawan yang dermawan. 



Sunday, January 20, 2013

Dimanakah Nilai Wang Anda?

Salam sejahtera semua. Harap anda semua punya a premium beautiful life..success selalu, ceria selalu and dapat tunaikan apa jua matlamat dan impian hidup anda.

This time I was called to share something about money-the value of the money itself. Sama ada anda sedar atau tidak, hakikatnya nilai duit kita semakin berkurang. If I show you this photo, do you agree with me?




Betul kan. Dulu dengan RM 50, macam-macam yang kita boleh beli. Orang kata kalau pergi shopping keperluan dapur tu boleh penuh la satu troli. Then time goes by..Dengan RM 50 dapat la half troli. Sekarang dengan RM 50, apa yang dapat kita beli? Tak sampai separuh pun troli tu, betul tak? 


As for me, barang yang paling terasa kenaikannya ialah roti. Ala, roti yang jual satu-satu dalam plastik tu..yang ada perisa coklat, perisa kacang, perisa strawberi..


-Sedapnya roti-roti ni...he-


 Banyak-banyak benda, napela aku pilih roti bagi contoh. Haha. Takdela..sebab I have a quite serious punyer gastric. So dari kecik lagi memang akan makan roti buat alas perut. Tahun 1998-masa tu I'm still in Standard 6. Harga roti perisa kacang tanah jenama Mighty White or Gardenia (Perisa kacang tanah ni paling favourite sebenarnya.) tu baru RM 0.50. Pastu naik RM 0.60..RM0.70..and sekarang? Gi la kedai tengok sendiri berapa harga roti tu. Cuba renung  dan fikirkan sejenak, apa pulak barang yang memang korang terasa dia naik sangat-sangat..Mesti ada kan..


Bukan apa, kita ni selagi tak perasan or sedar kita memang takkan berubah. 

Semua perubahan bermula dari minda, bermula dari dalam diri sendiri. Hati kita sendiri yang nak berubah, baru boleh jadi. Takde siapa yang boleh paksa kita.


 Tu la maksud tema blog ni-Our life is what our thoughts make it. 


Contoh roti tadi adalah contoh yang paling simple. Tapi sebenarnya kenaikan harga barang ni betul-betul terasa lepas kahwin n dah ada anak. Masa single, muda-muda dulu..(teringat pulak zaman-zaman anak dara.haha) tak terasa sangat naik harga. Kalau naik harga pun, bayar je la..xde effect sangat pun.betul?

Tapi sekarang,,susu Damia je yang Karihome tu dah RM 90 setin =900 gram. Kalau yang Dumex Dugro tu pulak dalam RM 25++.Tapi sebulan baby mana cukup minum setin. Sebulan at least 3 tin. Then pampers lagi, duit taska lagi..RM 50 tu memang orang kata buat taik gigi je la..haha. Tu baru anak satu..Kalau dah anak 3,4 nanti macam mana..Tu belum sekolah oi..Kalau dah sekolah, duit tuisyen, duit buku, duit kelas taekwando ke silat ke, duit mengaji n macam-macam duit lagi.huhu. Gaji banyak tu jugak.Kalau naik pun ciput je..alhamdulillah, daripada takde langsung..he


-Basic perbelanjaan untuk parents-


Korang tau tak nape boleh jadi macam ni?Ni la kesan inflasi. Inflasi terjadi apabila permintaan lebih tinggi daripada bekalan dan peningkatan kos pengeluaran. 

Cara terbaik dan mudah untuk mengelakkan kesan inflasi adalah dengan mengawal perbelanjaan atau buat bisnes la..tak pun invest la kat mana-mana..he. That's why hujung tahun 2012 hari tu I've decided to step up--run a business, any business as long as dapat untung. Memang kena buat, dah tak boleh tunggu-tunggu lagi. Biar susah sekarang, sementara anak masih kecik. Bila dia dah besar, nak pakai duit benda tu dah ada..That's what we feel..

Then I found this beautiful business..Nak join? Jom..no hal..he. Sebenarnya banyak benda yang boleh buat bisnes and ada banyak jenis bisnes sebenarnya. Masak nasi lemak, buka payung tepi jalan pun bisnes, buka kedai dobi pun bisnes, make up kan orang pun leh jadi bisnes. Semuanya terpulang pada kita untuk memilih dan menilai mana satu yang terbaik untuk kita.



© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno