Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, January 17, 2013

Dah besar dah Nur Izz Damia..

Cepat betul masa berlalu. Pejam celik,pejam celik Damia dah setahun lebih. Sampai entry ni ditulis Damia dah setahun 4 bulan..Tahun ni aku 27 tahun. Wah, 27?huhu. Dah tua ni. Tengok-tengok balik album lama terjumpalah gambar-gambar ni.


Masa ni memang dah sarat sangat. Dah nak dekat due, time tu raya and tengah sibuk-sibuk buat open house kat Batu Pahat. Hari tu aku rasa Damia gerak slow sangat. Sepatutnya sehari baby gerak 10 kali. Tapi hari tu Damia gerak kurang dari 10 kali. Takut jugak kan, so pergi hospital and Dr tahan wad untuk monitor gerak baby. Tapi alhamdulillah takde pape, everything ok and under controlled.


Lepas dah overdue 3 hari akhirnya Damia pun lahir. 09/09/2011 pukul 10 malam, 3.34 kg. Masuk labor room pukul 10.30 pagi, Damia lahir 10 malam. Tak dapat nak bayangkan sakit yang amat. Siapa yang pernah rasa je tau macamna rasa dia. Sincerely I said, sampai sekarang seriau lagi. Tak boleh lupa la..haha.macam fobia pun ada. Anyway, ni la rupa Damia masa mula-mula lahir dulu.






Muka baby yang baru lahir ni kembang sikit kan. Masa kitaorang tengok tu cakap muka siapa la dia ni kan..hehe. Kalau perasan, kat muka Damia ada kesan merah, kesan forsep..Damia lahir guna bantuan forsep. Dah tak larat teran dah time tu.huhu

Lepas tu muka Damia berubah sikit-sikit..Makin besar makin kurus pulak, kecik-kecik dulu montel.




Ni gambar-gambar Damia masa dalam hari..




Ni pulak masa Damia belajar meniarap..Masa ni Damia 4 bulan and dah ada 2 batang gigi.hehe




Masa Damia 3 bulan kitaorang gi Bukit Fraser. Damia naik kuda n tertido atas kuda. Best kot bagi dia sebab kuda tu tersengguk-sengguk..he

Lepas tu Damia 5 bulan kitaorang gi Terengganu pulak..




Masa akikah Damia, kitaorang bawa dia pergi tengok kambing akikah dia. Nama kambing tu Damara..




Ni la Damara...he

Masa Damia 8 bulan pulak kitaorang gi Cameron Highlands. Time ni Damia dah tak chubby sangat. Muka dia dah kempot sikit. Lagi cute.hehe..




Genap setahun, betul-betul masa birthday Damia, dia dah pandai jalan tanpa bantuan siapa-siapa..Sukanya mama masa tu tengok Damia pandai jalan.





Hehe. Muka happy dapat hadiah basikal baru..

Emm..ni la sikit sebanyak kisah Damia. Anak sorang, bolehla buat criter camni. Kalau anak dah lima ke enam ke, larat ke nak tulis mcam ni? Haha. Pape pun kehadiran Damia memang satu rahmat yang paling besar dalam hidup kitaorang. Alhamdulillah..semoga Damia jadi anak solehah, bijak, selamat dunia akhirat. Amin..

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno