Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, January 20, 2013

Dimanakah Nilai Wang Anda?

Salam sejahtera semua. Harap anda semua punya a premium beautiful life..success selalu, ceria selalu and dapat tunaikan apa jua matlamat dan impian hidup anda.

This time I was called to share something about money-the value of the money itself. Sama ada anda sedar atau tidak, hakikatnya nilai duit kita semakin berkurang. If I show you this photo, do you agree with me?




Betul kan. Dulu dengan RM 50, macam-macam yang kita boleh beli. Orang kata kalau pergi shopping keperluan dapur tu boleh penuh la satu troli. Then time goes by..Dengan RM 50 dapat la half troli. Sekarang dengan RM 50, apa yang dapat kita beli? Tak sampai separuh pun troli tu, betul tak? 


As for me, barang yang paling terasa kenaikannya ialah roti. Ala, roti yang jual satu-satu dalam plastik tu..yang ada perisa coklat, perisa kacang, perisa strawberi..


-Sedapnya roti-roti ni...he-


 Banyak-banyak benda, napela aku pilih roti bagi contoh. Haha. Takdela..sebab I have a quite serious punyer gastric. So dari kecik lagi memang akan makan roti buat alas perut. Tahun 1998-masa tu I'm still in Standard 6. Harga roti perisa kacang tanah jenama Mighty White or Gardenia (Perisa kacang tanah ni paling favourite sebenarnya.) tu baru RM 0.50. Pastu naik RM 0.60..RM0.70..and sekarang? Gi la kedai tengok sendiri berapa harga roti tu. Cuba renung  dan fikirkan sejenak, apa pulak barang yang memang korang terasa dia naik sangat-sangat..Mesti ada kan..


Bukan apa, kita ni selagi tak perasan or sedar kita memang takkan berubah. 

Semua perubahan bermula dari minda, bermula dari dalam diri sendiri. Hati kita sendiri yang nak berubah, baru boleh jadi. Takde siapa yang boleh paksa kita.


 Tu la maksud tema blog ni-Our life is what our thoughts make it. 


Contoh roti tadi adalah contoh yang paling simple. Tapi sebenarnya kenaikan harga barang ni betul-betul terasa lepas kahwin n dah ada anak. Masa single, muda-muda dulu..(teringat pulak zaman-zaman anak dara.haha) tak terasa sangat naik harga. Kalau naik harga pun, bayar je la..xde effect sangat pun.betul?

Tapi sekarang,,susu Damia je yang Karihome tu dah RM 90 setin =900 gram. Kalau yang Dumex Dugro tu pulak dalam RM 25++.Tapi sebulan baby mana cukup minum setin. Sebulan at least 3 tin. Then pampers lagi, duit taska lagi..RM 50 tu memang orang kata buat taik gigi je la..haha. Tu baru anak satu..Kalau dah anak 3,4 nanti macam mana..Tu belum sekolah oi..Kalau dah sekolah, duit tuisyen, duit buku, duit kelas taekwando ke silat ke, duit mengaji n macam-macam duit lagi.huhu. Gaji banyak tu jugak.Kalau naik pun ciput je..alhamdulillah, daripada takde langsung..he


-Basic perbelanjaan untuk parents-


Korang tau tak nape boleh jadi macam ni?Ni la kesan inflasi. Inflasi terjadi apabila permintaan lebih tinggi daripada bekalan dan peningkatan kos pengeluaran. 

Cara terbaik dan mudah untuk mengelakkan kesan inflasi adalah dengan mengawal perbelanjaan atau buat bisnes la..tak pun invest la kat mana-mana..he. That's why hujung tahun 2012 hari tu I've decided to step up--run a business, any business as long as dapat untung. Memang kena buat, dah tak boleh tunggu-tunggu lagi. Biar susah sekarang, sementara anak masih kecik. Bila dia dah besar, nak pakai duit benda tu dah ada..That's what we feel..

Then I found this beautiful business..Nak join? Jom..no hal..he. Sebenarnya banyak benda yang boleh buat bisnes and ada banyak jenis bisnes sebenarnya. Masak nasi lemak, buka payung tepi jalan pun bisnes, buka kedai dobi pun bisnes, make up kan orang pun leh jadi bisnes. Semuanya terpulang pada kita untuk memilih dan menilai mana satu yang terbaik untuk kita.



No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno