Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, January 21, 2013

Doa seorang ibu..

Antara ayat yang selalu kita dengar "Syurga ditelapak kaki ibu", "masin mulut ibu" dan banyak lagi pepatah,perumpaan dan pujangga berkaitan dengan ibu. Bagi kita yang masih punya insan bergelar ibu,kita amat bertuah. Atas doa seorang ibulah kita dapat hidup selamat dan berjaya sehingga hari ini. Thanks to my mum! Hopefully I can be a great mother like her also.

Baru- baru ni terbaca satu entry tulisan my best friend, Aleen. This is a real story that I grabbed from her blog. Share kat sini untuk tatapan bersama..




Hebat betul penangan kata-kata seorang ibu. Bagi anda yang kini atau bakal bergelar ibu,


Hati-hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut anda kerana semuanya adalah doa. Even marah sangat pun, jangan sesekali terkeluar kata-kata yang kesat. A reminder for myself also..



Terlalu besar jasa ibu pada kita. Ibu tak pernah minta balasan. Macamana sayangnya kita pada anak kita, macam tu jugalah sayang ibu pada kita. Ayah pun sayang kita jugak..(Nanti kecik pulak hati ayah..hehe). Selagi berkesempatan, balaslah jasa mereka.

Hulur-hulurlah wang kepada mereka, walaupun mereka tidak meminta..walaupun mereka pasti akan menolak pada mulanya. "Tak payah, Along simpan jelah duit tu. Ibu & Ayah ada duit..cukup..Gunalah duit tu untuk belanja anak-anak. Kalau waktu tu pun memang kita tengah terdesak, almaklumlah hujung bulan.he. Kita pun bagi jugak..mesti bagi.. tapi dengan jumlah yang sedikit kurang. Pernah terjadi situasi macam ni?

 Kalau tak pernah, baguslah..Sekurang-kurangnya itu bukti tahap kewangan kita sangat kukuh. Bukan sedikit yang kita bagi, malah kita boleh tunaikan apa jua permintaan ibu dan ayah kita. "Ibu & Ayah nak pergi Mekah, buat umrah". Takpe, Along sponsor.Jangan risau.."Ibu rasa nak besarkan sikit la dapur kat rumah tu, nak tukar tile semua". Ooo bila tu? Nak buat nanti bagitau, along tambah sikit. Bagi ibu RM 5000, cukup tak?

Alangkah seronoknya kalau kita boleh berada pada tahap kewangan yang begitu. Duit bukan untuk kita sahaja, malah boleh infaq untuk orang lain. Menjadi seperti Abdurrahman bin Auf- seorang hartawan yang dermawan. 



No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno