Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, January 22, 2013

Kisah Muffin..

Salam sahabat-sahabat maya sekalian..Semoga urusan seharian kalian semua dipermudahkan olehNya.

Entri kali ni simple je, saat-saat akhir my pregnancy time..Saat-saat akhir?macam serius je bunyinya.hehe. Semua atau hampir semua perempuan yang mengandung tu akan mengalami saat-saat teringin,betul tak? Siapa yang pernah mengalaminya sure understand what I meant. As for me, at that time teringin sangat nak buat muffin. Ditegaskan sekali lagi kat sini, 

BUAT muffin BUKAN MAKAN.hehe 

So, nak tak nak, orang-orang terdekat la jadi mangsa. Tolong cari bahan & perkakas buat muffin. Masa tu kat Batu Pahat, so orang-orang yang terlibat for sure la husband, mak mertua n bapak mertua. Haish, nasib baik dapat mak n bapak mertua yang sporting..diikutkan je la permintaan menantu yang sorang ni..nasib badan..he

Dipendekkan cerita, beriya-beriyalah cari resepi kat internet. Ada muffin coklat, vanilla, strawberi, pisang n macam-macam lagi. Download jangan tak download..habis semua resepi muffin kena download. Nak tau apa hasilnya?
*
*
*
*
*
Tadaa! Vanilla muffin with choc chip


Gebunya muffin ni..Baru keluar dari oven 


-Sedia untuk dimakan-

Ni pulak coffee muffin

Itulah hasilnya kalau kita buat sesuatu sepenuh hati. Masa tu memang first time buat muffin tapi memang teringin sangat nak buat..betul-betul rasa nak buat, bukan main-main. Alhamdulillah jadi..

Tapi memang tak dinafikan, sebelum jadi muffin yang cantik macam kat gambar tu, ada jugak yang tak jadi n jadi makanan tong sampah. he. Ada adunan yang terlebih soda bikarbonat la..ada yang masa kat dalam oven cantik je dia naik, tiba-tiba bila keluar dari oven terus penyek muffinnya. Padahal dah ikut resepi betul-betul tu. Ada orang kata, ala ikut resepi senang je. Correction! Nampak je senang tapi sebenarnya tak semudah tu.


Yang penting,susah macam mana sekalipun kena buat dan buat dan buat...cuba dan cuba dan cuba---jangan cepat putus asa.



No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno