Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, January 25, 2013

Rahsia yang terpendam...

Sebenarnya hati ini teringin sangat untuk bercerita tentang satu rahsia, rahsia yang merangkap satu pengalaman. Pengalaman yang mengubah laluan lurus didunia ini menjadi bengkang bengkok..yang mengajar diri ini bahawa hidup ini tidak semudah itu. Hidup ini penuh cabaran dan dugaan. Hanya yang kuat dan tabah sahaja mampu melepasi setiap ujian itu.

Namun, rahsia tetap rahsia. Rahsia tidak mungkin dapat dikongsi bersama.Rahsia ini akan terbongkar apabila tiba masanya..Masa yang terbaik untuk ianya diketahui umum. Masa yang benar-benar sesuai. Masa yang aku sendiri tidak tahu entah bila akan tiba. Jika rahsia ini terbongkar, sememangnya ia akan menjadi pedoman yang amat berguna untuk teman-teman sekalian..supaya kalian atau sahabat handai kalian atau sanak saudara kalian tidak turut sama terjebak. Buat masa ini, rahsia ini akan kekal sebagai rahsia..

Namun disini hanya bisa dinyatakan--Ini kisah manusia bernama Julia, Irene, Bryan, Soh, K. Izza dan Liyana Sakira.Nama-nama yang aku sendiri tidak tahu kesahihan identitinya.Ini kisah Real Ingeniurs..juga kini menjadi sebahagian dari kisah hidupku..



Apabila tiba masanya kelak, rahsia ini akan terbongkar. Rahsia ini akan diceritakan...di sini..Insya Allah..

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno