Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, January 18, 2013

Rich Dad vs Poor Dad

Jika anda memiliki 2 orang ayah yang berbeza pendapat, pendirian dan pengaruhnya, yang mana satu akan anda pilih untuk mencapai kebebasan kewangan? Adakah anda akan memilih cara Rich Dad atau Poor Dad? 

POOR DAD
-Mempunyai PhD dan menamatkan program ijazah sarjana muda yang memerlukan masa 4 tahun dalam tempoh masa kurang daripada 2 tahun
- Mempunyai tabiat untuk berkata " Saya tidak mampu memilikinya".
- Selalu menasihatkan "Belajar bersungguh-sungguh supaya kamu dapat bekerja di syarikat yang hebat"
- Selalu berkata:
                #" Sebab mengapa saya tidak kaya adalah kerana saya ada ramai anak"
                # "Buat pilihan selamat berkaitan dengan wang. Jangan ambil risiko"
                # " Saya tidak akan menjadi kaya"
                # " Wang tidak penting"
- Percaya kepada syarikat atau kerajaan. Sentiasa sibuk dengan kenaikan gaji, skim pencen, manfaat perubatan, cuti sakit, cuti tahunan dan manfaat-manfaat lain. Selalu berkata "Saya sudah bekerja keras untuk kerajaan dan saya berhak mendapat manfaat-manfaat itu".
- Bergelut menjimatkan duit
- Mengajar menulis resume yang berpengaruh supaya dapat mencari pekerjaan yang hebat

RICH DAD
- Belajar setakat Tingkatan 2
- Mengharamkan perkataan " Saya tidak mampu memilikinya". Sebaliknya sentiasa bertanya "Bagaimana saya dapat memilikinya?"
 - Selalu menasihatkan "Belajar bersungguh-sungguh supaya kamu dapat mencari syarikat yang hebat untuk dibeli"
 - Selalu berkata:
                #" Sebab mengapa saya perlu kaya adalah kerana saya ada ramai anak"
                # " Belajar mengurus risiko"
                # " Saya adalah lelaki kaya. Ada perbezaan antara 
                     rugi dan miskin. Rugi itu sementara. Miskin itu
                     kekal"
                # " Wang adalah kuasa"
- Percaya perihal kebebasan kewangan, tidak suka budaya bergantung kepada orang lain dan menganggap budaya itu mencipta manusia yang lemah dan suka meminta-minta. Percaya kepada kecekapan kewangan
- Mencipta pelaburan
- Mengajar menulis pelan bisnes dan kewangan yang mantap supaya dapat mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain

Semua keputusan berada di dalam tangan anda, sama ada untuk belajar bersungguh-sungguh, mendapat ijazah dan mencari pekerjaan yang hebat untuk mendapatkan wang.


Atau

Belajar bersungguh-sungguh bagaimana untuk menjadi kaya, belajar bagaimana wang berfungsi dan belajar bagaimana wang bekerja untuk anda. Anda tidak berkerja demi wang! Tetapi, wang bekerja untuk anda!


" I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two road diverged in a wood, and I--
I took the one less travelled by,
And that has made all the difference".
(Robert Frost, The Road Not Taken)


-Artikel ini ditulis berdasarkan buku Robert T. Kiyosaki, "Rich Dad, Poor Dad".

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno