Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, January 19, 2013

Serai Restaurant--Empire Shopping Gallery

Sebagai wanita yang berkerjaya + berkeluarga ni kadang-kadang memang ada mood malas sikit nak masak.haha. Teruk eik? Bukan apa, yela penat keje kat ofis,pastu redah 'jam' sejam baru sampai rumah. Nanti sampai pkul 8,  settlekan anak, layan karenah dia hekhok hekhok,gitu gini dah pukul 9.. Baru nak start masak..Kalau Damia tak kacau, 10.30 leh siap masak. emm, dapat la satu lauk ikan or ayam n sayur. Tu dah kira paling bagus la tu..he. Kalau nak paling simple lagi, agak-agak mcam dah lewat kan..yela, kadang-kadang Damia nak tido dulu, so kena tidokan dia dulu. Pukul 10 baru start masak.Pernah je..pukul 11 start masak pun pernah..Kalau pkul 11 start masak, 12.30 la jawabnya baru makan malam..haha. Pastu nak kemas dapur lagi kan, basuh pinggan mangkuk, sembur-sembur fabuloso..lap-lap lantai.. Ada la pukul 1 pagi baru siap. Tu worse kes la. Nasib baik la ada cik abang tolong basuh pinggan mangkuk..lega sikit..he. So untuk mengelakkan situasi-situasi yang macam ni, kitaorang makan luar la.. 

Yang paling latest ni makan kat Serai Restaurant, dalam Empire Shopping Gallery, Subang Jaya. Memang tiptop makanan dia. Best giler..Bagi ibu-ibu mengandung yang macam terliur tu, dinasihatkan pergi cepat-cepat ye.he..



Antara menu-menu yang ada: Nasi kerabu, Nasi Ambang, Serai Platter, Middle Eastern Medley, Deep Fried Salted Egg Squid, Deep Fried Samrot Fish, Serai Special Kantan Sauce Prawns, Buttered Prawns, Steamed Fish with Lime Sauce n banyak lagi..

Harga pulak dalam range ni la..


So, for the first time ni kitaorang try Nasi kerabu, Serai Platter and Mini Beef Burger...


Ni nasi kerabu--Cik abang punyer order..Dalam omputih punyer bahasa dia jadi macam ni---Blue tinted rice  served with ayam percik, salted egg, ulam, solok lada and keropok ikan.

Zoom in Nasi Kerabu, biar terliur sikit sape tengok ni.Haha.  Pergi la try cepat-cepat


This is mine! Serai Platter--totally delicious! Tengok sekarang ni pun rasa mcam nak lagi.. Haish, stress tengok gambar ni. Serai rice served with portion of oxtail asam pedas, honey squids, fresh acar and ayam goreng berempah


Damia plak makan Mini Beef Burger. Makan ke?tak pun..Dia tak boleh terima rasa daging kot. Memang ada bau daging sikit la.So, at last Damia makan mama punyer nasi serai and ayam goreng..Takpelah nak..janji makan. So masuk perut siapa burger ni?Kitaorang la..haha


Minted Calamansi Soda. Best..rasa yang unik. Rasa masam-masam lemon + pudina

Dah kenyang. Ye la dah tengok gambar, walaupun tak berkesempatan lagi nak pergi mesti la kenyang kan..?ke makin lapar n terliur lepas tengok gambar-gambar ni? Haha..saje je..Ayat ni ditujukan khas buat K. Farah from HLA...haha

Ok la, sampai sini je pasal Serai Restaurant.

-THE END-

Eh belum lagi la. Sambung ceriter sikit.. Sebelum makan kat Serai tadi, kitaorang pergi Kedai Buku Pupular cari buku Robert T. Kiyosaki, Rich Dad Poor Dad. Buku yang sangat bagus untuk membuka minda kita tentang how to manage your cash flow. Satu pelajaran yang tidak pernah diajar dimana-mana sekolah atau universiti.


Macam biasa lah budak kecik ni..Dia pun sibuk gak cari buku


Ya Allah, muka apa la Damia buat ni. Berat sangat kot buku tu..Damia-damia..hehe kelakar tengok gelagat dia. 

Lepas tu kitaorang try macaroon and pavlova. Alas perut..haha

Ni la macaroon. Macam biskut, tapi sangat manis

Ni pulak Pavlova

Terlopong mulut Damia tengok pavlova..

Ok, habis ceriter pasal makan-makan @ Empire Shopping Gallery. Kalau ada masa try la ye makanan-makanan tadi. Untuk Serai Restaurant  I suggest 9 stars out of 10. MOST RECOMMENDED!

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno