Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, February 14, 2013

Menuntut ilmu: Perjalanan yang tiada penghujung

Dari tahun 2009 sampailah 2013..Diam tak diam dah 4 tahun rupa-rupanya. Lepas habis degree, terus sambung buat Master. Masa tu memang tak terfikir langsung nak cari kerja, just seronok belajar n nak sambung lagi.Satu perjalanan  yang agak panjang, mencabar. Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak..

Februari 2012: Hantar thesis ke GSO (final submission lepas direview untuk kali yang entah ke berapa oleh supervisor)
Julai 2012 : Viva Voce
November 2012: Hantar correction after viva voce
Januari 2013: Meeting Senat and thesis has pass senate...yea!
Oktober 2013: Majlis Konvokesyen (waiting for this moment)

Bukan senang sebenarnya nak habiskan master ni. Kena betul-betul fokus..Kalau tak, akan drag masa. Sendiri mau ingat la. Tapi alhamdulillah dapat supervisor yang sangat-sangat membantu..Dr Samsuzana Abd Aziz. Banyak sangat jasa dan ilmu yang Dr dah curahkan. Terima kasih banyak-banyak Dr..Tanpa pertolongan dan teguran Dr, tak mungkin saya dapat habiskan master ni dengan baik. Kawan kat luar sana ramai lagi yang sangkut, posponed, defer..Lagi-lagi kalau dah dapat kerja, lagi susah nak bagi komitmen..Syukur sangat, tak silap pilih supervisor..

Ramai jugak yang bertanya, tak nak sambung phd ke? Hakikatnya memang itu niat di hati tatkala mula-mula further master..nak sambung sampai phd pastu apply lecturer.. Tapi lepas buat master, rasanya mcam susah sikit nak sambung phd. Bukannya apa, phd memerlukan pengorbanan, commitment n effort yang bukan sedikit. Kalau silap langkah, boleh drag masa sampai 7- 8 tahun. Sedangkan kalau betul-betul fokus, 3 tahun lebih dah boleh siap. 

Alangkan buat master pun aku ambik masa 3 tahun untuk complete. Sebabnya satu je--tak fokus. Fokus hilang lepas kahwin. Haha. Logik ke? Yela lepas kahwin ada komitmen kat family plak. Kalau dulu 24 jam dengan research, jurnal, library. Lepas kahwin, masa tu dah kena bahagi sikit untuk suami, masak, gosok baju, kemas rumah, bla bla..ala, kerja-kerja normal as a housewife.. Lepas tu pregnant plak, bersalin and berpantang. Sambil belajar sambil kerja partime sambil jaga anak. Buat kerja partime sebab biasiswa dah tak cover (biasiswa cover 2 tahun je). Tak nak involve husband or ibu n ayah because that is my study, my own business. So, yuran apa semua tanggung sendiri. Tak nak guna duit orang lain. 

Itulah asam garam kehidupan. Hendak seribu daya..Usahalah apa cara sekalipun asalkan akhirnya kita dapat apa yang kita impikan. Pepatah ada mengatakan,

 " Tuntut ilmu hingga sampai ke negeri China"

"Menuntut ilmu bagai nelayan ke laut, makin ke tengah makin banyak hasilnya"

"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan"

Besar pahala orang yang menuntut ilmu kan..Apatah lagi orang yang menyampaikannya. So, sama-samalah kita menuntut ilmu. Tak kisahlah ilmu duniawi atau ukhrawi, asalkan memberi manfaat pada diri kita. Ni ada sikit gambar untuk tatapan bersama. Gambar-gambar kenangan time buat master..Enjoy it!

Ni gambar-gambar masa buat tracking line robot. Simple project tapi sangat bermakna. Daripada tak tau apa-apa tentang elektrik dan elektronik menjadi tahu sedikit..haha

Ni la budak-budak smart yang banyak membantu. Terry, Alfred, Ping Juin, Malina and Far. Actually diaorang baru second year time tu. I join diaorang punyer kelas n bengkel coz I know nothing about electronic, microcontroller n so on. Diaorang ni student degree Computer and Communication Engineering. Aku pulak buat Master Mechanisation and Automation. Actually bidang automation ni tak familiar sangat coz masa degree ambik opsyen lain. Master pulak nak buat bidang lain..so nak tak nak kena lah start dari zero. hehe

Ni pulak masa buat projek robot arm..Samalah jugak, join junior yang ambik opsyen automation..Course ni master and degree memang combine sebab tak ramai student. Dah combine pun ada 6 orang je. Kalau tak combine jawabnya aku sorang lah dalam kelas tu..he

This is my master project: Multifrequency Dielectric Sensing of Moisture and Sludge Contamination in Crude Palm Oil (CPO)


Alhamdulillah..Akhirnya siap jugak master. Tunggu konvo jelah bulan 10 nanti..hehe. Bagi yang nak further study, silakanlah..Belajar selagi ada peluang, selagi boleh belajar..

Semoga berjaya!

Wednesday, February 13, 2013

Tawaran Hebat Sempena Tahun Baru Cina 2013



Tawaran Hebat Sempena Tahun Baru Cina!

Harga super istimewa untuk pembeli korset berjenama Premium Beautiful..

Anda JIMAT sehingga RM 200 dan mendapat SATU lagi BAMBOO KORSET secara PERCUMA!


Bagi sesiapa yang mendaftar untuk mencuba Korset Premium Beautiful secara percuma bermula dari 13/2/2013-16/2/2013, anda akan menerima SATU lagi MYSTERY GIFT setelah anda membuat pembelian.

Tunggu apa lagi? Bertindak sekarang! Anda mampu merasai BUKAN hanya SATU, BUKAN DUA, Tetapi TIGA PROMOSI HEBAT dalam bulan ini!

Tawaran hebat ini sah sehingga 28/02/2013.

Sebarang pertanyaan sila hubungi: 0137751357 (NISA)

Sunday, February 10, 2013

Candy Buffet: Idea best tak?

Salam semua. Xin nian kuai le! Hope everybody enjoy your holiday ya..Emm..korang pernah dengar tentang candy buffet tak? Candy buffet tu = buffet yang penuh dengan candy (ayat senang untuk faham.haha). Kat buffet tu nanti ada pelbagai jenis candy macam lollipop, marshmellow, jelly, chocolate, choki-choki, chocolate fountain, cup cake and macam-macam lagi la.

 Kebiasaannya orang akan book candy buffet ni untuk majlis perkahwinan, birthday party, bertunang..lagi?emm...tak kisah la majilis apa-apa. Asalkan korang suka konsep candy buffet ni..Menghias candy buffet ni pun ada tema-temanya.. Nak warna macam mana, nak candy jenis apa..terpulang ikut selera masing-masing.

Ni antara photo-photo candy buffet yang sangat menarik (sumbangan En Google..hehe). Sebenarnya terfikir nak buat bisnes ni. Tapi tak tau ada permintaan tak..Ok ke hah? Jom kita layan gambar dulu..


Tema pink


Tema Orange

Tema merah

Tema Biru


Tema pink-purple


Tema putih


Tema kuning-kelabu

Ok tak idea ni, korang suka tak? Kalau berminat bolehla bagitau ye..hehe.TQ..

Friday, February 8, 2013

GLAM (Green Leader Academy Malaysia)

GLAM. Sekali dengar pasti ramai yang meneka -Ni kelas nak jadi glamour ke? Ada belajar grooming ke?hehe.Nama yang tricky, ala2 glamour gitu.Tu nama pendek,nama panjang gah sikit-Green Leaders Academy Malaysia. Academy tu kan tempat menuntut ilmu..Memang pun. Sehingga kini GLAM telah melahirkan ramai usahawan  bumiputera yang berjaya.



Untuk pengetahuan semua, GLAM ni sebenarnya ialah salah satu group yang terdapat dalam syarikat Hai-O Marketing Sdn. Bhd. Dibawah syarikat ini terdapat banyak group/team untuk menggerakkan jualan syarikat. Antaranya ada Group Oren, merah dan macam-macam lagi. As for me, I join Hai-O melalui group hijau a.k.a GLAM..


Inilah pengasas GLAM-- Hanis Haizi & suaminya, Razali Zain. GLAM amat berbeza dengan group-group lain di bawah Hai-O kerana pendekatan yang digunakan oleh GLAM ialah internet marketing @ media social network. Segalanya pantas dengan internet. Hasilnya berlipat kali ganda.

Kelas GLAM diadakan setiap hari Jumaat jam 8.30 malam sampai pukul 12 tengah malam. GLAM terletak di Jalan Tun Mohamad Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. 

Macam-macam yang boleh dipelajari di sini, antara fokus terpenting ialah cara menggunakan social network as a tool untuk mengembangkan perniagaan. Ayat mudahnya, macam mana nak guna Facebook, Instagram, Twitter, Blog untuk bisnes..Sangat menarik dan berbaloi. Semua ilmu-ilmu ini free je. Tak perlu modal, just consistent datang kelas and lepas tu praktikkan ilmu-ilmu tersebut. Insya Allah berjaya..



Di bawah GLAM pula terdapat banyak lagi group-group kecil..As for me, I'm under group bakal CDM Effa. Antara yang lain: K. Yana, Yani, K. Lela and K. Hasny. We all work in a team, susah payah semua sama-sama. Leader akan bantu untuk develop ahli baru, biar berjaya macam mereka.

Salam success untuk semua ya!

Wednesday, February 6, 2013

Pengajaran dari kisah arnab dan kura-kura



Seronok tengok video? Dah lama tak tengok kartun kan..he..Kisah perlumbaan arnab dan kura-kura yang telah diketahui umum. Jika bertanyakan anak kecil seawal usia 4 tahun pun mereka pasti akan berkata arnab pasti menang. Yelah. berdasarkan fizikal arnab yang jauh lebih "gagah" dan kelambatan kura-kura yang memang terserlah. Itu secara teori.

Tapi yang pastinya apa yang semua orang sedia maklum, dalam perlumbaan dua haiwan ini, yang menang ialah kura-kura--haiwan yang serba-serbi lambat pergerakannya itu. Mengapa? Pastinya kita akan memberikan pelbagai jawapan..


- arnab buang masa
-arnab sombong (over confident)
-arnab tak fokus
-kura-kura fokus..walaupun dia tahu dia akan gagal tapi dia tetap mencuba
- kura-kura kuat semangat, tak give up


Betul. Jawapan yang tepat, tiada salahnya. Tetapi apa yang menarik di sini ialah di penghujung video tadi. Kalau kita perasan, sebaik sahaja arnab sedar yang dia hampir kalah, arnab telah berlari dengan sekuat hati untuk memintas kura-kura. Kura-kura pula tidak mengaku kalah. Daripada hanya berjalan lambat, tiba-tiba kura-kura mengeluarkan kakinya, berlari selaju boleh dan ketika hampir dengan garisan penamat, kura-kura mengeluarkan kepalanya untuk touch reben penamat tu. Beza masa arnab dan kura-kura hanyalah sedikit. Tapi kura-kura telah memenangi perlawanan tersebut.

Sangat kecewa bukan? Apabila kita telah punya pelbagai kelebihan tetapi kita akhirnya tewas dengan lawan yang amat lemah. Juga amat luar biasa cara kemenangan kura-kura. Kura-kura ALL OUT sehingga dia mampu berbuat sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum itu. Secara logiknya, kura-kura mana boleh keluarkan kakinya dan berlari. Namun sama ada kita sedar atau tidak, dalam keadaan yang sangat terdesak dan kritikal, sesiapa sahaja mampu melakukan apa sahaja. 

Itu kura-kura. Kalau kita manusia?Tahu tak sebenarnya minda kita ni terbahagi kepada dua bahagian. Satu ialah CONSCIOUS MIND (minda sedar) dan lagi satu ialah SUB CONSCIOUS MIND (minda separa sedar). Minda separa sedar inilah yang boleh menjadi BOOSTER dalam diri kita untuk berjaya. Ambil contoh yang paling mudah---Ada satu longkang/parit yang agak lebar. Dalam keadaan normal, kita memang berasa tidak boleh untuk melepasi longkang/parit tersebut. Memang kita tidak pernah terfikir pun. Tiba-tiba saat berada di situ seekor anjing menyalak dan mengejar kita. Tatkala kita tidak ada jalan lain dan longkang/parit itulah satu-satunya cara untuk kita menyelamatkan diri, secara automatik tanpa berfikir apa-apa, kita pasti boleh melepasi halangan longkang besar. Pada ketika itu minda hanya terfikir untuk menyelamatkan diri. Tidak ada pun lintasan hati kalau aku jatuh dalam longkang macam mana? Fokus hanya satu, mesti lari dan selamatkan diri. Betul?

Itulah hebatnya ciptaan Allah. Sama ada kita pandai guna atau tidak. Itu sahaja. Jika berkesempatan, pelajarilah cara menggunakan minda separa sedar supaya menjadi BOOSTER kepada setiap kejayaan kita. Perkara ini ada diterangkan dengan mendalam dalam buku " Membina Imaginasi Cemerlang" karangan DR HM TUAH ISKANDAR AL HAJ (last baca buku ni masa Form 5. Lama dah tak baca buku motivasi.hehe).

Selamat membaca!

Tuesday, February 5, 2013

Bali Oh Bali..Resepi Halwa Kulit Limau Bali

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Minta maaf banyak-banyak, dah 2 hari lapse, tak update blog. Entry kali ni Bali oh Bali..Bali? Percutian ke Bali ke?hehe. 

Takdelah..actually nak cerita tentang limau bali. Hari tu my colleague, Lai Chen Thim ada bagi limau bali kat kitaorang. Yela, dia orang Perak, kalau tak silap Ipoh kot. Kat sana kan banyak limau Bali. Almost semua orang dapt limau bali, siapa yang request je la..FOC..lala.bestnyer..


Stacy and her limau bali..Besarnya..

This is mine! Siap cium tu, tak senonoh betul..he. Handsome guy kat belakng tu yang bagi limau Bali ni..

Kalau nak tau, limau Bali yang isinya warna putih lebih manis daripada yang warna pink-pink sikit tu. Ah Thim beli limau Bali ni  direct dari ladang..Fresh! Untuk siapa-siapa yang tak tau, limau Bali ni bukan isi dia je boleh makan. Kulit dia pun boleh makan gak, buat ala-ala halwa gitu. K. Safiah la yang ajar resepi ni. 

CARA-CARA BUAT HALWA KULIT LIMAU BALI

Step 1: Mula-mula, kulit limau Bali ni potong macam bentuk sampan tu. Isi putih kat dalam tu kita makan la. Kulit yang hijau tu yang kita nak guna buat halwa

Step 2: Buang bahagian kulit yang hijau tadi. Then potong kecik-kecik isi kulit tadi

Step 3: Basuh bersih-bersih isi kulit limau tadi. Sambil basuh sambil perah. Proses ni sangat penting untuk hilangkan rasa pahit kulit limau bali. Lepas tu jerang kulit limau bali ni dalam air mendidih then basuh and perah lagi..sampai rasa pahit tu dah takde lagi

Kalau dah banyak kali basuh, rupa kulit limau bali ni akan jadi macam ni..lembut and lembik..he

Step 4: Masak kulit limau tadi bersama air gula. Kalau sebiji limau bali saiz macam gambar kat atas tadi, 1 kg gula diperlukan

Masak sampai air gula tu kering

Step 5: Lepas air gula tadi dah kering, susun kulit limau atas bekas terbuka and jemur bawah cahaya matahari. Kalau takut terkena habuk or apa-apa benda asing, tutup la ngan kain nipis. Hari-hari kena jemur sampai betul-betul kering. Lagi kering, lagi sedap


Siap sudah halwa limau Bali. U all boleh try sendiri ye. Selamat mencuba!

Saturday, February 2, 2013

Working life in HLA..my colleague

Diam tak diam,antara sedar dan tidak, it's almost 6 months i'm working with HLA. Environtment tempat kerja best (best ke?internet kena block..tu yang ada Samsung SII la, Note II la..huahua). Terpaksa. Tapi colleague memang best, very supportive n happening. Job function yang amat mencabar..still in the learning process. 

Just flash back..13/8/2012, I started joined this company. Masa tu bulan puasa so muslim workers was allowed to go back earlier, at 5 pm..normally balik pukul 6 petang. So, yabeda bedu..!hehe.


So far sepanjang kerja 6 bulan ni,  antara event yang company organized was HLA Dinner 2012. Theme? Carnivale! This event was held at Grand Dorset Hotel, Subang Jaya.

This was the scene during the dinner.
 Really happening!

Ada badut, ada orang kaki panjang..

Opening ceremony

This is part of my colleagues: Siti, Thim, K. Farah, Tina, K.Safiah, K. Rock, K. Ainee, K. Mimi and K. Nor...Hopefully, this relationship can last forever..

Ini pulak Clarys, Ms Chung, Stacy and Soo..Still not married they all ni...Pilih-pilih..haha

The menu..Chinese style

Deluxe Four Hot and Cold Combinations:
1) Deep Fried Almond Prawn Ball
2) Steam Dried Scallop Dumpling
3) Crepe Peking Duck Roll
4) Marinated Jelly Fish with Mini Octopus


Braised Assorted Seafood with Spinach Soup


Stewed Beancurd Szechuan Style


Deep Fried Boneless Chicken with Barbequed Sauce


Braised Vegetables Lo Hon Style with Taukan and Mushrooms 


Fried Rice with Barbequed Chicken


Steamed Grouper Fillet with Black Bean Sauce

Antara event yang ada: cat walk fashion show, singing, gang nam style dance, staff performance and lucky draw. Lucky draw yang paling best--Percutian ke Bali untuk 2 orang..Ada gak yang dapat Galaxy Note II..n macam-macam lagi..Me? Tak dapat pape pun..huhu. Takpe2 next year ada lagi..he

Emm.. So far stop sampai sini dulu ye..Ada criter best nanti update lagi...See you all in other entry ya! 

Friday, February 1, 2013

Gelagat Si Cilik

Salam kawan-kawan maya sekalian. Harap segala urusan anda berjalan dengan lancar dan segala usaha untuk merealisasikan impian anda akan membuahkan hasil..

Betul kata orang kan, kalau kita ada anak then bila penat and kita tengok muka dan gelagat anak kita, semua penat tu hilang. Senang kata release tension la..So siapa-siapa yang belum ada anak lagi tu, cepat-cepat la buat satu ye..hehe. at least satu...then u can feel this kind of feeling.

Ni antara aksi-aksi Damia yang sempat dirakamkan masa cuti baru-baru ni.

Time ni kat Batu Pahat. Damia nak ikut mak n abah pergi kenduri kahwen..

Damia nak gi dinner ni mama..

Cantik tak Damia punyer handbag?he

Happy nye Damia dapat handbag baru..

Ok, ready to go!

The next day kitaorang balik Kluang pulak. Suasana kat Kluang memang kampung sikit sebab tanah lot kan.. Kat depan rumah ada kawasan luas sikit macam padang n dikelilingi banyak pokok buah-buahan.. Apalagi, puas la Damia merayau.. Kebetulan kucing kat rumah tu baru je beranak. 

So.......
*
*
*


Siap la anak-anak kucing ni..


Anak kucing: Adoi sakit tengkuk aku..budak kecik ni ganas betul la...Tolong2..


Damia: Alala anak kucing sayang..meh mama timang-timang ea..


Lagi sekor jadi mangsa Damia..haha. Excited betul dia main kucing..Maklumla, selalu main kucing kat hp je..Bila dapat yang betul..huh, terjerit2 jugak la kitaorang kat situ. Ngeri tengok dia pegang kucing tu..


Anak kucing sayang, kita rehat kejap ea..Damia penat la..Tengok, peluh dah menitik sampai kat pipi..


Damia: Haish, panas betul hari ni anak kucing..

Damia: Apakata kita pakai payung.. Redup sikit kan..Alang-alang ada orang offer payung ni
Anak kucing: Mana la budak kecik ni nak bawa aku..lemas-lemas..

Haha. Tu lah antara aksi-aksi Damia masa setahun 4 bulan ni. Makin cerdik dia..Semoga Damia jadi anak yang bijak (maksud nama Damia=bijak), baik hati, taat perintah Allah dan RasulNya..Amin..

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno