Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, February 5, 2013

Bali Oh Bali..Resepi Halwa Kulit Limau Bali

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Minta maaf banyak-banyak, dah 2 hari lapse, tak update blog. Entry kali ni Bali oh Bali..Bali? Percutian ke Bali ke?hehe. 

Takdelah..actually nak cerita tentang limau bali. Hari tu my colleague, Lai Chen Thim ada bagi limau bali kat kitaorang. Yela, dia orang Perak, kalau tak silap Ipoh kot. Kat sana kan banyak limau Bali. Almost semua orang dapt limau bali, siapa yang request je la..FOC..lala.bestnyer..


Stacy and her limau bali..Besarnya..

This is mine! Siap cium tu, tak senonoh betul..he. Handsome guy kat belakng tu yang bagi limau Bali ni..

Kalau nak tau, limau Bali yang isinya warna putih lebih manis daripada yang warna pink-pink sikit tu. Ah Thim beli limau Bali ni  direct dari ladang..Fresh! Untuk siapa-siapa yang tak tau, limau Bali ni bukan isi dia je boleh makan. Kulit dia pun boleh makan gak, buat ala-ala halwa gitu. K. Safiah la yang ajar resepi ni. 

CARA-CARA BUAT HALWA KULIT LIMAU BALI

Step 1: Mula-mula, kulit limau Bali ni potong macam bentuk sampan tu. Isi putih kat dalam tu kita makan la. Kulit yang hijau tu yang kita nak guna buat halwa

Step 2: Buang bahagian kulit yang hijau tadi. Then potong kecik-kecik isi kulit tadi

Step 3: Basuh bersih-bersih isi kulit limau tadi. Sambil basuh sambil perah. Proses ni sangat penting untuk hilangkan rasa pahit kulit limau bali. Lepas tu jerang kulit limau bali ni dalam air mendidih then basuh and perah lagi..sampai rasa pahit tu dah takde lagi

Kalau dah banyak kali basuh, rupa kulit limau bali ni akan jadi macam ni..lembut and lembik..he

Step 4: Masak kulit limau tadi bersama air gula. Kalau sebiji limau bali saiz macam gambar kat atas tadi, 1 kg gula diperlukan

Masak sampai air gula tu kering

Step 5: Lepas air gula tadi dah kering, susun kulit limau atas bekas terbuka and jemur bawah cahaya matahari. Kalau takut terkena habuk or apa-apa benda asing, tutup la ngan kain nipis. Hari-hari kena jemur sampai betul-betul kering. Lagi kering, lagi sedap


Siap sudah halwa limau Bali. U all boleh try sendiri ye. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno