Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, February 14, 2013

Menuntut ilmu: Perjalanan yang tiada penghujung

Dari tahun 2009 sampailah 2013..Diam tak diam dah 4 tahun rupa-rupanya. Lepas habis degree, terus sambung buat Master. Masa tu memang tak terfikir langsung nak cari kerja, just seronok belajar n nak sambung lagi.Satu perjalanan  yang agak panjang, mencabar. Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak..

Februari 2012: Hantar thesis ke GSO (final submission lepas direview untuk kali yang entah ke berapa oleh supervisor)
Julai 2012 : Viva Voce
November 2012: Hantar correction after viva voce
Januari 2013: Meeting Senat and thesis has pass senate...yea!
Oktober 2013: Majlis Konvokesyen (waiting for this moment)

Bukan senang sebenarnya nak habiskan master ni. Kena betul-betul fokus..Kalau tak, akan drag masa. Sendiri mau ingat la. Tapi alhamdulillah dapat supervisor yang sangat-sangat membantu..Dr Samsuzana Abd Aziz. Banyak sangat jasa dan ilmu yang Dr dah curahkan. Terima kasih banyak-banyak Dr..Tanpa pertolongan dan teguran Dr, tak mungkin saya dapat habiskan master ni dengan baik. Kawan kat luar sana ramai lagi yang sangkut, posponed, defer..Lagi-lagi kalau dah dapat kerja, lagi susah nak bagi komitmen..Syukur sangat, tak silap pilih supervisor..

Ramai jugak yang bertanya, tak nak sambung phd ke? Hakikatnya memang itu niat di hati tatkala mula-mula further master..nak sambung sampai phd pastu apply lecturer.. Tapi lepas buat master, rasanya mcam susah sikit nak sambung phd. Bukannya apa, phd memerlukan pengorbanan, commitment n effort yang bukan sedikit. Kalau silap langkah, boleh drag masa sampai 7- 8 tahun. Sedangkan kalau betul-betul fokus, 3 tahun lebih dah boleh siap. 

Alangkan buat master pun aku ambik masa 3 tahun untuk complete. Sebabnya satu je--tak fokus. Fokus hilang lepas kahwin. Haha. Logik ke? Yela lepas kahwin ada komitmen kat family plak. Kalau dulu 24 jam dengan research, jurnal, library. Lepas kahwin, masa tu dah kena bahagi sikit untuk suami, masak, gosok baju, kemas rumah, bla bla..ala, kerja-kerja normal as a housewife.. Lepas tu pregnant plak, bersalin and berpantang. Sambil belajar sambil kerja partime sambil jaga anak. Buat kerja partime sebab biasiswa dah tak cover (biasiswa cover 2 tahun je). Tak nak involve husband or ibu n ayah because that is my study, my own business. So, yuran apa semua tanggung sendiri. Tak nak guna duit orang lain. 

Itulah asam garam kehidupan. Hendak seribu daya..Usahalah apa cara sekalipun asalkan akhirnya kita dapat apa yang kita impikan. Pepatah ada mengatakan,

 " Tuntut ilmu hingga sampai ke negeri China"

"Menuntut ilmu bagai nelayan ke laut, makin ke tengah makin banyak hasilnya"

"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan"

Besar pahala orang yang menuntut ilmu kan..Apatah lagi orang yang menyampaikannya. So, sama-samalah kita menuntut ilmu. Tak kisahlah ilmu duniawi atau ukhrawi, asalkan memberi manfaat pada diri kita. Ni ada sikit gambar untuk tatapan bersama. Gambar-gambar kenangan time buat master..Enjoy it!

Ni gambar-gambar masa buat tracking line robot. Simple project tapi sangat bermakna. Daripada tak tau apa-apa tentang elektrik dan elektronik menjadi tahu sedikit..haha

Ni la budak-budak smart yang banyak membantu. Terry, Alfred, Ping Juin, Malina and Far. Actually diaorang baru second year time tu. I join diaorang punyer kelas n bengkel coz I know nothing about electronic, microcontroller n so on. Diaorang ni student degree Computer and Communication Engineering. Aku pulak buat Master Mechanisation and Automation. Actually bidang automation ni tak familiar sangat coz masa degree ambik opsyen lain. Master pulak nak buat bidang lain..so nak tak nak kena lah start dari zero. hehe

Ni pulak masa buat projek robot arm..Samalah jugak, join junior yang ambik opsyen automation..Course ni master and degree memang combine sebab tak ramai student. Dah combine pun ada 6 orang je. Kalau tak combine jawabnya aku sorang lah dalam kelas tu..he

This is my master project: Multifrequency Dielectric Sensing of Moisture and Sludge Contamination in Crude Palm Oil (CPO)


Alhamdulillah..Akhirnya siap jugak master. Tunggu konvo jelah bulan 10 nanti..hehe. Bagi yang nak further study, silakanlah..Belajar selagi ada peluang, selagi boleh belajar..

Semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno