Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, February 6, 2013

Pengajaran dari kisah arnab dan kura-kura



Seronok tengok video? Dah lama tak tengok kartun kan..he..Kisah perlumbaan arnab dan kura-kura yang telah diketahui umum. Jika bertanyakan anak kecil seawal usia 4 tahun pun mereka pasti akan berkata arnab pasti menang. Yelah. berdasarkan fizikal arnab yang jauh lebih "gagah" dan kelambatan kura-kura yang memang terserlah. Itu secara teori.

Tapi yang pastinya apa yang semua orang sedia maklum, dalam perlumbaan dua haiwan ini, yang menang ialah kura-kura--haiwan yang serba-serbi lambat pergerakannya itu. Mengapa? Pastinya kita akan memberikan pelbagai jawapan..


- arnab buang masa
-arnab sombong (over confident)
-arnab tak fokus
-kura-kura fokus..walaupun dia tahu dia akan gagal tapi dia tetap mencuba
- kura-kura kuat semangat, tak give up


Betul. Jawapan yang tepat, tiada salahnya. Tetapi apa yang menarik di sini ialah di penghujung video tadi. Kalau kita perasan, sebaik sahaja arnab sedar yang dia hampir kalah, arnab telah berlari dengan sekuat hati untuk memintas kura-kura. Kura-kura pula tidak mengaku kalah. Daripada hanya berjalan lambat, tiba-tiba kura-kura mengeluarkan kakinya, berlari selaju boleh dan ketika hampir dengan garisan penamat, kura-kura mengeluarkan kepalanya untuk touch reben penamat tu. Beza masa arnab dan kura-kura hanyalah sedikit. Tapi kura-kura telah memenangi perlawanan tersebut.

Sangat kecewa bukan? Apabila kita telah punya pelbagai kelebihan tetapi kita akhirnya tewas dengan lawan yang amat lemah. Juga amat luar biasa cara kemenangan kura-kura. Kura-kura ALL OUT sehingga dia mampu berbuat sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum itu. Secara logiknya, kura-kura mana boleh keluarkan kakinya dan berlari. Namun sama ada kita sedar atau tidak, dalam keadaan yang sangat terdesak dan kritikal, sesiapa sahaja mampu melakukan apa sahaja. 

Itu kura-kura. Kalau kita manusia?Tahu tak sebenarnya minda kita ni terbahagi kepada dua bahagian. Satu ialah CONSCIOUS MIND (minda sedar) dan lagi satu ialah SUB CONSCIOUS MIND (minda separa sedar). Minda separa sedar inilah yang boleh menjadi BOOSTER dalam diri kita untuk berjaya. Ambil contoh yang paling mudah---Ada satu longkang/parit yang agak lebar. Dalam keadaan normal, kita memang berasa tidak boleh untuk melepasi longkang/parit tersebut. Memang kita tidak pernah terfikir pun. Tiba-tiba saat berada di situ seekor anjing menyalak dan mengejar kita. Tatkala kita tidak ada jalan lain dan longkang/parit itulah satu-satunya cara untuk kita menyelamatkan diri, secara automatik tanpa berfikir apa-apa, kita pasti boleh melepasi halangan longkang besar. Pada ketika itu minda hanya terfikir untuk menyelamatkan diri. Tidak ada pun lintasan hati kalau aku jatuh dalam longkang macam mana? Fokus hanya satu, mesti lari dan selamatkan diri. Betul?

Itulah hebatnya ciptaan Allah. Sama ada kita pandai guna atau tidak. Itu sahaja. Jika berkesempatan, pelajarilah cara menggunakan minda separa sedar supaya menjadi BOOSTER kepada setiap kejayaan kita. Perkara ini ada diterangkan dengan mendalam dalam buku " Membina Imaginasi Cemerlang" karangan DR HM TUAH ISKANDAR AL HAJ (last baca buku ni masa Form 5. Lama dah tak baca buku motivasi.hehe).

Selamat membaca!

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno