Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, April 23, 2013

4 Gerakan Miliki Payudara Tegang dan Mantap

Saya sangat berminat untuk berkongsi cara-cara memiliki payudara yang tegang dan mantap. Ini semua adalah dari hasil pembacaan sendiri, bukan pengalaman ye. Saya sendiri baru sahaja mencuba aktiviti-aktiviti ini. Petua sayang suami--jaga payudara. Ini orang tua-tua kata. Bukan saya pandai-pandai mereka-reka.hehe. Let's enjoy the exercise and jagan lupa share saya punyer link ni kalau rasa ianya berguna dan bermanfaat untuk anda.
1) Pec Deck Flyes
Mesin Pec Deck Flyes memang sesuai untuk merangsang otot pectoral. Duduk pada mesin dan selaraskan kedudukan kerusi sehingga sokongan padding tangan berada pada kedudukan selesa untuk lengan tangan anda.Tangan sepatutnya berada pada kedudukan 90 darjah dengan lantai. Tolak kedua-dua pad tangan kepada pertengahan dada anda (depan muka). Tahan seketika dan dengan perlahan, kembali ke posisi asal dan ulang. Jangan biarkan pemberat kembali 100% ke posisi asal. Pastikan sentiasa da rintangan. Lakukan 3 set dengan 10-12 ulangan. Sila rujuk video di bawah.


2)Chest Press
Genggam dumbbell dan baring di bench. Mulakan dengan mengangkat dumbbell ke atas bahagian pertengahan dada. Dengan siku menghala keluar,turunkan dumbbell ke bawah dengan perlahan sehingga ia hampir menyentuh bahagian pertengahan dada anda. lakukan 3 set dengan 8-12 ulangan untuk setiap set.



3)Push Up on Knees
Bermula dengan lutut di atas lantai, angkat badan anda ke atas. Lakukan 10 kali. Jangan mengeluh atau berputus asa. Lakukan secara perlahan-lahan. Sila rujuk video di bawah.



4) Dips bench
Pastikan siku anda keluar dari sisi badan. Berhenti apabila siku anda mencapai sudut 90 darjah. Untuk senaman dip kerusi, duduk di atas kerusi dan pegang depan kerusi dengan jari kedua-dua tangan anda. Terus pegang hujung kerusi dan gerakkan punggung anda ke hadapan sehingga ia terapung di atas/ depan kerusi. Pastikan tangan dan kaki anda sentiasa lurus. bengkokkan siku tangan anda untuk menurunkan badan anda. Pastikan siku anda keluar dari sisi badan. Berhenti apabila siku anda mencapai 90 darjah. Balik ke posisi asal dan lakukan 3 set dengan sebanyak ulangan yang anda mampu.


Inilah antara senaman dan regangan untuk memejalkan otot dada sekaligus menegangkan payudara anda. Selamat mencuba dan lihatlah hasilnya! Untuk mendapatkan pakaian dalam wanita yang mampu meningkatkan kesihatan anda, sila BACA DI SINI.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno