Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, April 20, 2013

Cara menegangkan payudara yang kendur

Kali ini saya ingin kongsikan beberapa cara untuk menegangkan payudara yang kendur. Ada beberapa faktor yang menjadi punca payudara menjadi kendur dan tidak setegang dahulu. Antaranya termasuklah faktor penuaan, mengandung dan pertambahan atau pengurangan berat badan secara mendadak. Mungkin ada yang beranggapan payudara kendur--sapulah krim. Takpun pergilah buat pembedahan atau makan apa-apa produk untuk menegangkan payudara. Ya, itu pun salah satu usaha juga. Tapi disini saya kongsikan cara-cara semulajadi/natural untuk menegangkan kembali payudara, especially untuk wanita yang baru lepas bersalin--No pills, no cream ok!

Langkah 1-Pilih saiz coli yang betul
Pastikan anda memakai coli yang betul. Tahukah anda, kajian menunjukkan 2/3 dari wanita memakai saiz coli yang salah? Penentuan saiz coli adalah sangat penting untuk memastikan payudara anda mendapat sokongan dan keselesaan sepanjang hari. Jangan buat payudara anda tertekan dan tidak bernafas! (sebab pakai ketat-ketat).hehe. Sila rujuk illustrasi di bawah tentang cara-cara menentukan saiz coli/bra yang betul.

cara tentukan saiz bra/coli

1) Ukur lilitan bawah payudara (BP). Dapatkan bacaan dalam inchi. Sekiranya ukur lilit menunjukkan nombor genap, tambahkan 4 inchi. Jika ukur lilit menunjukkan nombor ganjil, maka tambahkan 5 inchi.
2) Ukur lilitan puncak payudara (PP). Dapatkan bacaan dalam inchi.
3) Cari beza antara bawah dan puncak payudara (Beza=PP-BP)
4) Sila rujuk jadual di bawah bagi mendapatkan saiz coli yang betul 


Beza antara BP & PP
Carta saiz coli
Inchi
-1
0
1
2
3
4
5
6
7
8
Saiz Bra
AA
A
B
C
D
DD
E
F
G
H
 
 

  Contoh :  Bawah Payudara (BP) =28 inchi--->no genap, so tambah 4 inchi--32 inchi
                 Puncak Payudara (PP) =35 inchi
                 Beza antara BP & PP = PP-BP
                                                   = 35 inchi-32 inchi
                                                   = 3 inchi
                 So, saiz coli anda ialah 32 D




Langkah 2-Lakukan senaman untuk menegangkan otot dada

Antara senaman mudah yang boleh memantapkan otot dada ialah:

1) Push up


2) Letakkan kedua-dua telapak tangan bersentuhan antara satu sama lain (seperti penganut Budha berdoa). Kemudian, tolak kedua-duanya dari arah bertentangan. Ini boleh menguatkan otot pectoral.

Sila tonton video di bawah untuk demo senaman bagi menguatkan dan memejalkan otot dada


Terdapat banyak lagi senaman untuk menegangkan payudara sebenarnya. Ada saya kongsikan dalam artikel 4 gerakan miliki payudara yang tegang dan mantap.

Artikel ini saya sertakan sekali dengan video supaya mudah diikuti dan diamalkan.

Langkah 3-Urutan

Cuba urut payudara anda. Sesetengah urutan dapat membantu meningkatkan pengaliran darah sekaligus merangsang kulit dibahagian tersebut dan seterusnya menegangkan payudara.  Hanya urut dari bahagian bawah payudara anda, ke atas ke areola. Gunakan urutan yang lembut, dan urut selama 5 minit pada satu masa. Ulangi ini dua kali sehari, pada waktu pagi dan pada waktu malam.






 Ya, inilah 3 langkah semulajadi untuk menegangkan payudara anda! Selamat mencuba!


4 comments:

  1. Biasanya kalau mengurut dengan tukang urut, selalu akan urut payudara.
    Tue salah satu untuk bantu tegangkan.
    Tapi tak naikkan pun.
    Kalau buat senaman boleh bantu naikkan.
    Yang penting kena konsisten kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.paling penting kena konsisten..senaman yang akan banyak membantu

      Delete
  2. Tumpang admin ye..

    Memang breast akan kendur, punggung akan jatuh bila dah beranak & menyusu badan..cume
    kalau rase x sempat nak ikuti tips di atas..boleh cuba Jamu Manjakani Serapat Plus Ratu Perawan. memang berkesan tegang & anjalkan balik breast kita, serta naikkan balik punggung yang jatuh tu. jadi nampak ada shape la sikit nannti bila dah tegang. Yakin diri pun bertambah. Ada Halal & Lulus KKM ye.

    Takde kesan sampingan, juz minum lebih air putih untuk kesihatan badan secara menyeluruh. ;)

    untuk testimoni boleh whatsap mama 013 4257476

    ReplyDelete

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno