Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, April 25, 2013

Gejala Awal Haid dan Cara Mengatasinya

Setiap wanita pasti akan mengalami haid dan menurut kajian, hampir 75% wanita akan mengalami gejala awal haid terutamanya yang berusia antara 20-35 tahun. Antara gejala awal haid yang akan dialami ialah perubahan emosi, payudara tidak selesa, kelesuan, kerisauan dan kemurungan. Disebabkan perkara ini sering berlaku, maka ramai yang menganggap bahawa situasi ini adalah normal dan tidak berbahaya. Maka tidak hairanlah kita tidak pernah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah ini. Normal la tu, perubahan hormon kan? Tapi tahukah anda, gejala ini boleh diatasi? Walaupun perubahan hormon tidak dapat dielakkan, namun terdapat pelbagai cara untuk mengatasi gejala ini sebelum dan semasa kedatangan haid. Antaranya ialah:

1) Mengurangkan pengambilan makanan masin atau tinggi kandungan garam untuk mengelakkan daripada terjadinya pembengkakan badan

2) Memilih makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks seperti serat, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan

3) Makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti produk tenusu, keju dan makanan yang ditapaikan. Bagi mereka yang vegetarian, ambillah suplemen kalsium sebagai makanan tambahan

4) Elakkan minuman bergas dan yang mengandungi kafein

5) Aktiviti bersenam akan meningkatkan kesihatan badan serta mengurangkan tahap kesakitan dan kemurungan yang diakibatkan oleh gejala awal haid

6) Kurangkan tekanan melalui rehat dan amalkan cara-cara berkesan untuk mengawal emosi

Mudah-mudahan dengan mengamalkan tips-tips diatas dapat membantu mengatasi perubahan tingkah laku, emosi dan tanda-tanda fizikal gejala awal haid.

Perubahan tingkah laku/emosi

a) Kerisauan/ kebimbangan
b) Kemurungan
c) Rintihan
d) Sering marah
e) Insomnia
f) Kurang tumpuan

Tanda-tanda fizikal

a) Sakit sendi dan otot
b) Sakit kepala
c) keletihan
d) Pertambahan berat badan
e) Pembengkakan badan
f) Payudara tidak selesa
g) Kemunculan jerawat
h) Sembelit atau diarrhea


Sekian sahaja perkongsian kali ini. Sama-samalah kita berusaha mengatasi gejala awal haid dengan jayanya.


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno