Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, April 22, 2013

Petua kecantikan wanita

Disini terdapat beberapa petua kecantikan yang igin saya kongsikan bersama anda semua..Selak-selak majalah and then rasa seronok pulak nak share kat sini:

Tips 1-Turunkan berat badan

teh cina


 Ambil 3 sudu besar teh cina dan rendamkan di dalam air. Kemudian, tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis.Amalkan  minum 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.





Tips 2-Naikkan seri muka

air basuhan beras



Basuh muka menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih selepas 10 minit. Lakukan sekerap mungkin.






Tips 3-Elak rambut gugur

daun bunga raya
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh kedua-duanya dengan air bersih dan dikisar hancur. Perap ramuan tersebut di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Hasilnya rambut akan lebat dan berkilat.


Tips 4- Mengatasi masalah kelemumur

limau nipis




Perahkan air limau purut atau limau nipis atas kepala. Lumurkan secara rata dan biarkan beberapa jam. Untuk hasil terbaik, bungkus rambut anda dengan tuala. Selepas itu, basuh dengan air suam.






Tips 5- Tumit kaki pecah

belimbing buluh



Ambil belimbing buluh dan gosokkannya pada tumit kaki. Kemudian, gosok dengan berus lembut dan bilas dengan air bersih. Amalkan sebelum mandi.





Ok, itulah antara petua-petua menarik yang boleh kita amalkan. Ingat ye, "amalkan". Means, kena buat hari-hari and kerap, baru akan dapat hasilnya.  

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno