Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, April 30, 2013

Resepi Diet

Hari ini saya nak share resepi diet. Cara-cara nak buat "Double Coated Chicken" dan "Spicy Meatballs". Saya sendiri belum pernah cuba resepi ni. Belum berkesempatan lagi. Sebaik sahaja saya dah cuba resepi-resepi ni, saya akan tunjukkan gambar-gambar step by step cara-cara nak membuatnya. Tapi resepi ni simple je (nampak macam simple). Orait, let's try!

RESEPI 1: DOUBLE COATED CHICKEN

Bahan-Bahan:
-7 cawan empeng jagung (dihancur)
-1 biji telur
-1 cawan susu tanpa lemak
-1 cawan tepung pelbagai guna
-1/2 sudu teh garam
-1/4 serbuk cili
-8 keping isi ayam
-2 sudu besar mentega

Cara Membuat:
1) Pukul telur bersama susu tanpa lemak. Kemudian, masukkan tepung, garam dan serbuk cili. Gaul.
2)  Celupkan isi ayam ke dalam bahan tadi dan gaul bersama empeng jagung yang telah dihancurkan.
3) Letakkan di atas piring leper dan bakar pada suhu 350 darjah sehingga isi ayam kekuningan

Analisis Nutrien 1 orang:
Kalori: 360 kcal
Lemak: 9 gm
Karbohidrat: 34 gm
Protein: 40 gm
Kolesterol: 140 gm


RESEPI 2: SPICY MEATBALLS

Bahan-Bahan:
-2 cawan bijirin
-1 biji telur-dipukul
-1 1/2 cawan daging kisar tanpa lemak
-1/2 cawan bawang merah-dicincang
-1/4 cawan bawang putih-dicincang
-2 sudu teh parsli
-1/4 sudu teh oregano
-1/2 sudu teh garam
-serbuk cili

Untuk sos:
- 2 cawan tomato puri
- 1/2 cawan bawang merah-dicincang
-  1/4 cawan bawang putih-dicincang
- 1/4 sudu teh parsli dan oregano

Cara Membuat:
1) Campur telur dan bijirin. Masukkan bawang merah, bawang putih parsli dan oregano. Gaul bersama daging kisar dan bentukkan menjadi bola.
2)  Masak di atas kuali selama 12 minit atau kekuningan
3) Untuk sos, campur kesemua bahan dan masak selama 20 minit.
4) Tuangkan sos di atas bebola tadi dan hias dengan parsli di atasnya.

Analisis Nutrien 1 orang:
Kalori: 258 kcal
Lemak: 8 gm
Karbohidrat: 32 gm
Protein: 18 gm
Serat: 2 gm

Senang je kan resepi diet ni. Sesiapa yang berkesempatan bolehlah cuba dulu ye dan jangan lupa upload gambar-gambar kat blog ke facebook ke..hehe. Selamat mencuba resepi/menu diet yang sihat ni!

Disamping menjaga pemakanan dan bersenam, anda juga boleh mempercepatkan proses penurunan berat badan dengan korset Premium Beautiful. Klik Sini 

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno