Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, April 26, 2013

Sekitar Persiapan Pertunangan Wawa Hamdan

Wawa Hamdan?Siapa pulak la tu..hehe.Adik saya le..Adik yang no 3.Kali ni saya tak dapat keluar dengan post berbentuk info kesihatan dan kecantikan.Almaklumlah..esok adik saya bertunang. Hari ni pun saya dah start bercuti,balik Kluang untuk tolong-tolong apa yang patut. Renovation rumah dek serangan dashat anai-anai masih belum selesai. Banyak lagi yang perlu disiapkan. Yela, renovate sendiri. Arkitek/jurutera/pekerja buruh semuanya adalah orang yang sama-ayah saya. Manakala pembantu setia yang sentiasa ada disisi pula siapa lagi kalau bukan ibu..Mengerah tulang 4 kerat..haish..Buat sikit-sikit lama-lama siap jugak. Ayah memang minat bertukang. Arwah atuk dulu pun pandai bina rumah. Rumah kami yang ada sekarang ni pun arwah atuk yang buat. Al-fatihah untuk arwah atuk-Mohamad bin Osman. Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Berbalik semula kepada persiapan majlis pertunangan Wawa. Majlis yang dirancang dibuat kecil-kecil sahaja, ala kadar. Tiada pelamin pun. Ala tunang je kan..As simple as possible. Bakal tunang Wawa orang Negeri Sembilan. Anak ke-2 dari 6. Oklah, jom kita tengok gambar-gambar yang sempat dirakamkan sekitar persiapan majlis pertunangan Wawa.


Sirih junjung

Orang kuat dapur

Rajinnya kakak jaga adik

Amboi, sibuknya Damia jaga adik

Ni la keadaan rumah yang sedang di renovate akibat serangan anai-anai, siling semua dah takde

Tiang yang baru sahaja dinaikkan

Pembuatan bakul tebu hitam untuk hantaran

Ayah= ketua projek, Aris=assistant dan lagi sorang consultant=my hubby

Testing isi buah-buahan hantaran. Macam kosong je, kena tambah buah lagi ni..


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno