Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, April 29, 2013

Tips penjagaan bibir agar cantik dan sihat

Terdapat pelbagai cara untuk menjaga bibir anda agar kekal menawan. Antaranya ialah dengan menjaga kebersihan gigi dan mulut. Ini kerana bakteria yang terkumpul pada gigi boleh juga tertumpu pada bibir melalui air liur. Seandainya bibir anda terluka, bakteria boleh menyebabkan jangkitan di bahagian yang terluka itu.

Selain itu, pengambilan air yang banyak juga sangat penting. Kekurangan air/ dehidrasi boleh menyebabkan bibir anda kering dan cepat terluka.

Bibir juga perlu dibersihkan sebelum tidur, sama seperti anda membersihkan wajah sebelum tidur. Pastikan bibir bebas dari sebarang gincu berwarna ketika tidur. Jika perlu, oleskan pelembap bibir sahaja sebelum tidur.

Hentikan tabiat menjilat bibir jika anda sering melakukannya! Untuk pengetahuan anda, air liur sebenarnya mengandungi enzim pencernaan yang mampu merosakkan lapisan bibir dan membuatkannya menjadi lebih kering.

Tips: Untuk menanggalkan gincu, anda boleh menggunakan minyak bayi, krim pembersih ataupun petroleum jeli. Letakkan sedikit minyak bayi/krim pembersih/jeli petroleum pada kain lembut, kemudian lap perlahan pada bibir dengan gerakan membulat. Setelah itu, bersihkan menggunakan air sejuk. Gunakan kain lembut yang sama dan lap bibir dengan perlahan untuk menanggalkan produk pembersih tadi. Akhir sekali, sapukan pelembap bibir agar bibir anda kekal lembap sepanjang masa.

Ingin mendapatkan bentuk badan yang langsing dan menarik? Anak dara pun kalah! 
KLIK SINI


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno