Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, May 31, 2013

Diet sendiri| Kenalpasti Metabolisme & Kira Kalori Makanan

Sekarang ni nak cari produk kuruskan badan tak susah pun. Buka je FB nampak macam-macam iklan atau produk pelangsingan badan. Kalau buat Google search lagi la banyak. Permintaan untuk produk kuruskan badan ni sangat lah tinggi. Semua orang nak kejar cantik dan kurus dalam masa yang singkat dan kalau boleh tak payah ada exercise, lagi senang. Selamat atau tak, wallahualam..Bagi sesiapa yang tak berminat dengan produk-produk kurus di pasaran, bolehlah berdiet cara alami ye.

Mula-mula sekali kita kena tentukan berapa kadar metabolisme badan kita. Metabolisme tu apa? Macam mana nak kira metabolisme badan? Metabolisme secara mudahnya adalah nilai tenaga yang diperlukan oleh badan. Tenaga ni datangnya dari sel, tisu organ dan otot badan. Contohnya, jika otot kita banyak bergerak maka banyak tenaga yang digunakan. Jadi, makin tinggilah nilai metabolisme badan kita. Kalau nak tahu definisi sebenar metabolisme boleh baca DI SINI

Ni pula fomula untuk kira kadar metabolisme badan. Kalau untuk diet, kita perlu tahu kadar metabolisme rehat (rest metabolic rate, RMR atau Basal Metabolic Rate, BMR).


RMR = 9.99w + 6.25s – 4.92a + 166g – 161 w = berat dalam kilogram
s = tinggi dalam centimeter
a = umur
g = jantina, 1 untuk lelaki, 0 untuk perempuan

Tapi kalau nak lagi senang, guna je Metabolic Calculator

Ok, lepas dah dapat nilai metabolisme badan, maka pilihlah makanan berdasarkan nilai kalori. Sebagai contoh, nilai metabolisme badan= 1500. So, pemilihan makanan tak bolehlah lebih dari 1500kcal sehari. Sebab nilai tenaga dari makanan mestilah sama atau kurang dari nilai metabolisme badan kita. Seelok-eloknya kurang 500 dari kadar metabolisme badan. Kalau metabolisme badan= 1500 maka jumlah kalori yang diperlukan sehari ialah 1000kcal. Kalau nilai kalori makanan berlebihan,maka ianya akan bertukar menjadi lemak-->gemuk.

Untuk mengetahui nilai kalori sesuatu makanan boleh rujuk di cekodok.com

Seterusnya, kalau kita betul-betul nak diet kita kena bersenam. Sehari at least 30 minit. Aktiviti senaman ni sangat penting sebab akan meningkatkan lagi kadar metabolisme badan dan dapat membakar kalori makanan yang diambil. Badan jadi cergas dan sihat. Sebelum ni saya pernah share panduan senaman atau regangan untuk menegangkan breast. Bagi sesiapa yang terlepas atau terlupa bagaimana untuk melakukan senaman tersebut boleh baca artikel  4 gerakan miliki payudara yang tegang dan mantap.

So saya rumuskan sikit ye, kalau kita nak berdiet cara sihat, ada 3 langkah yang perlu diikuti iaitu kenalpasti metabolisme badan, kawal pemakanan dengan mengira kalori makanan dan bersenam.




Saturday, May 25, 2013

7 petua hilangkan parut

Hujung minggu ni walaupun cuti lebih panjang sedikit (semalam kan Cuti Wesak), kitaorang takde kemana-mana pun. Balik Kluang, ibu n ayah pun takde sebab hantar Awin masuk Asasi Sains UPM. Kebetulan sepupu pulak kahwen. So jadi wakil family lah kiranya ni. Sambil baca surat khabar Utusan Malaysia terpandang satu artikel menarik. Emm..boleh kongsi kat blog ni. 7 petua untuk hilangkan parut.

Petua 1- Daun lidah buaya

Ambil daun lidah buaya dan buangkan duri di kiri dan kanannya. Kemudian, buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapukan lendir tadi pada parut di muka atau badan. Sangat sesuai untuk menghilangkan parut yang masih baharu

Petua 2- Asam jawa

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur

Petua 3-Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu, bilaskan dengan air suam.

Petua 4-Ambil tepung ubi dan kunyit hidup, campurkan dan letak pada parut di muka atau badan

Petua 5-  Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. kemuadian, cuci bersih dengan air suam.

Petua 6- Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. campurkan serbuk ini dengan sedikit air dan bancuhkan bersama bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata dibahagian  berparut

Petua 7- Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari

Thursday, May 23, 2013

Rahsia "sembunyikan" perut berlipat

Bagi wanita, perut yang berlipat-lipat memang satu masalah. Kadang-kadang tu tak gemuk pun, badan kecik je. Tapi perut buncit. Opss sorry, kalau terasa. Yang menulis ni pun sama. Haha. Dalam masa kita sibuk nak berdiet, jaga pemakanan dan bersenam, di sini saya ingin kongsikan beberapa cara nak "sorokkan" perut yang tak berapa nak sedap di tengok tu.

IDEA BERNAS 1

Ni memang cara yang terbaik nak sembunyikan perut korang tu---> pakai korset. Hehe. Nisa ni, mentang-mentanglah jual korset, bagi tips pun pasal korset. Betul apa..Memang tidak dinafikan korset memang cara paling berkesan untuk hilangkan perut berlipat-lipat tu. Sekejap je dah "hilang" perut tu. Tapi kalau pakai korset sehari je, then pakai time ada function or kenduri kawen je, memang perut tu akan "hilang" time tu je la. Bila buka korset, melantun-lantun lemak, tersembul-sembul. Haha. Ingat, korset kena pakai hari-hari dan konsisten. baru nampak kesannya. Tengok je lah pinggang artis-artis perempuan zaman P. Ramlee dulu. Uish, pinggang macam kerengga. Tapi sincerely I claim here, banyak-banyak korset yang saya pakai (saya kan jual macam-macam jenis korset), korset terbaik still Premium beautiful Korset. Bukan nak promote, tapi hakikat. Sebab saya dah pakai, dah rasa. Baru boleh come out dengan comparison. Betul? Kalau tak try, memang selama-lamanya akan hanya anggapan. Bila dah try, baru boleh bagi pendapat. So siapa-siapa nak try korset Premium Beautiful boleh cari saya ye



Pinjam gambar Siti jap..hehe


IDEA BERNAS 2

Pilih pakaian yang betul. Antara pakaian yang terbaik ialah yang jenis Banded Top. Banded Top ni maksudnya baju yang ada ikatan atau jahitan perut di bawahnya. Secara automatik, bila pakai baju jenis ni, bentuk perut dan pinggang akan tersorok dengan sendirinya



Baju jenis lain yang boleh digunakan untuk "sorokkan" perut berlipat ialah Wrap Dress. Baju jenis ni memang longgar di bahagian bawah. Kalu boleh pilih yang bercorak-corak dan berwarna warni so that orang takkan fokus kat bahagian perut.


Selain tu boleh try gak jenis Empire Waist. Ukuran pinggang baju jenis ni terletak betul- betul di bawah breast. Baju jenis macam ni akan beri effect langsing dan ramping


Selain tu, boleh pakai juga cardigan ataupun jacket


Warna pun memainkan peranan yang penting juga. Warna hitam mampu "sorokkan" perut yang tak cantik tu dan beri effect kurus


Sekian sahaha tips untuk "sorokkan" perut yang berlipat-lipat. Apa pun pakaian yang korang pakai kena make sure ianya menutup aurat. Jumpa lagi di lain entri. Salam.


Wednesday, May 22, 2013

Makan @ Flora Kafe Ampwalk, Ampang

Minggu lepas start dari hari Jumaat sampai la hari ni Mak n Abah (mertua) stay sini. So, tak tau nak gi jalan mana. Apalagi gi makan je la. Kenapa kitaorang nak try makan kat Floral Kafe? Actually sepupu husband yang recommend. Dia cakap masakan kat sini sedap. Lagipun owner kedai ni ialah jiran mak n abah masa kat Batu Pahat dulu.

Suasana dalam  kafe yang sangat cantik n best. Dipenuhi dengan bunga-bunga segar. Actually owner ni nama panggilan dia Ajak. Nama penuh dia tak ingat la siapa..Memang pakar gubahan dan hiasan pelamin untuk wedding. Artis selalu ambik khidmat dia.

Posing dulu sementara tunggu makanan..Hehe

Sampai sudah makanan. Ni Ayah Damia punyer. Nasi Beriani

 Ni mama punyer--Nasi Serai. Sambal hijau dia best. Tapi tekak ni rasa Nasi Serai kat Restoren Serai lagi best

Ni nenek Damia punyer--Laksa Asam. Kuah pekat giler. Sedap gak. Atuk Damia makan Nasi Beringin. Tapi lupa plak nak snap gambar. hehe..Damia? Order kan dia kentang goreng n fish fillet. Tapi dia tak nak makan pulak. Dia nampak orang lain semua makan nasi..

So, kongsilah damia ngan mama..makan nasi serai..

Ni pulak ubi rebus goreng jintan

Yang ni sedap. Tak ingat nama dia apa. Tapi ni sebenarnya pisang salai + badam+ ais krim vanilla+ susu cair. Uish..sedapnya..

Lagi aksi Damia dalam Flora Kafe

Emm..kalau nak bagi komen, saya bagi 7 out of 10 stars. Boleh tahan. Ada masa kalau sampai Ampang try la ye. Harga? Nasi Serai RM18, Nasi beriani RM 20 lebih..Ubi goreng RM 8 kot..Lebih kurang la.. tak ingat sangat harga. tapi range tu lah. Sekian, tamat

Saturday, May 18, 2013

Makan @ Negeri Sembilan

Ada sekali tu kitaorang tengok Tv Rancangan Jalan-jalan Cari Makan. Diaorang buat liputan kat kedai Lomang Apak. Gerai tu kat tepi jalan je, jalan Kuala Pilah- Bahau. Lomang Apak menyajikan makanan berasaskan lemak cili api. Ada masak lemak cili api daging salai, ayam, itik & ikan keli. Emm..nampak menarik ni. So, weekend yang lepas kitaorang pun pergi Negeri Sembilan hanya untuk try masakan kat Gerai Lomang Apak tu.

Ni la Kedai Lomang Apak tu. Kat tepi jalan besar Kuala Pilah- Bahau

Masak lemak cili api burung puyuh
 
Masak lemak cili api daging salai
 
Masak lemak cili api itik
 
Sambal daun kayu ni pun sedap. Cuma agak masin sikit
 
Kuih ni pun sedap. Rasa ala-ala kuih koci gitu. Dalam kuih ni inti kelapa

 Suasana dalam kedai..Siapa nampak tag jalan-jalan cari makan kat gambar ni?hehe

Izz Damia..dashatnya gaya makan awak..

Selesai sudah..licin..

Tapi sebelum makan kat sini, kitaorang actually singgah makan kat Gerai Nasi Ayam n Nasi Itik. Gerai ni terletak kat Nilai. Lepas tu kitaorang singgah Istana Sri Menanti. Balik dari Istana Sri menanti tu yang singgah Kedai Makan Lomang Apak

 Suasana luar gerai nasi itik n nasi ayam. Actually kat sebelah gerai tu ada jual cencol santan sawit, coconut shake & pelbagai jenis kek yang dihidangkan dalam bekas kecil. Pavlova pun ada. Semuanya dalam bekas kecil. Satu bekas harga RM 2- RM 4, bergantung kepada jenis kek

Mama tengah menenangkan Damia. Dia dah lapar sangat masa ni. Gerai pulak panas giler sebab orang bakar-bakar ayam itim kan..Mula la dia tak tentu arah, gelisah semacam. 

 Sampai pun nasi ayam Damia. Tengok rambut Damia basah lencun, berpeluh-peluh..hihi

Ni pulak antara posing Damia depan Istana Seri Menanti . Kat Kuala Pilah ni banyak sangat kambing kat tepi jalan. Bebas je kambing-kambing tu. Sesi jalan-jalan cari makan kali ni Damia belajar buat bunyi kambing n lembu. Setiap kali nampak kambing dia akan jerit sekuat hati dalam kerete. "Embek. embek, embek!". Klau nampak lembu pulak dia jerit "Embu, embu, embu!"

Sekian..
 

Thursday, May 16, 2013

27 tahun sudah..

Hari ni birthday saya. Pada tahun1986 pukul 2.51 pagi saya selamat dilahirkan. Alhamdulillah dah 27 tahun dapat nikmat dari Allah. Semoga menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan pemberian juga ujian-Nya. Semoga Allah masih mahu meminjamkan nyawa ini untuk saya. Masih banyak yang perlu dilakukan juga masih banyak yang perlu diperbaiki. Anak yang masih kecil perlu belaian seorang ibu. Semoga diberi peluang untuk membesarkan Nur Izz Damia dengan didikan yang terbaik. Juga sentiasa berusaha menjadi isteri yang baik walau hakikatnya masih banyak yang perlu diperbaiki. Mudah-mudahan boleh menjadi penyejuk hati suami. Mudah-mudahan tatkala nyawa diambil, suami sentiasa redha dan berpuas hati dengan layanan  saya selama ini. Masih banyak yang perlu diperbaiki.

Banyak lagi yang ingin saya lakukan. Saya memang serius mahu berniaga. Cuma kekangan masa menjadi sedikit halangan. Full time bekerja, tanpa ada sedikit ruang untuk ber"internet", sesekali bolehlah mengerling handset tengok facebook or blog. Takpun, korban lunch and dapatlah update apa-apa yang patut. Hanya boleh fokus untuk bisnes jam 4 pagi-6.30 pagi. Masih banyak yang ingin saya lakukan.

Pendek kata, saya akan terus berusaha mengejar impian saya selagi boleh. Walau jalan itu susah. Walau nampak saya macam takde progress, walau nampak usaha gigih itu tidak membuahkan hasil. Walau apa pun, saya tetap nak buat sampai saya boleh buat. Orang lain boleh, kenapa tidak saya? Adakah mereka berjaya dalam bisnes mereka kerana mereka "gifted"? Saya percaya, memang kadang-kadang bakat pun memainkan peranan. Ada orang memang dilahirkan pandai muzik, ada orang memang berkebolehan untuk menulis. Ya, bakat memang memainkan peranan. Tapi, tidaklah bermaksud yang tidak berbakat ini tidak boleh berjaya seperti mereka yang berbakat. Saya percaya, boleh. Tapi pastinya jalan mereka yang tidak berbakat ini lebih sukar kerana mereka perlu belajar. Banyak yang mereka perlu belajar. Perlu usaha lebih keras, juga perlu sedikit masa dan kesabaran.


Wednesday, May 15, 2013

Marine Essence Body Wash

Salam semua..Ya Allah, terlepas sehari update blog. Lately banyak sangat kerja kat ofis. Testing Agency Portal Benefits n Bonus tak habis-habis..Kalau dah start buat testing, ngadap je komputer..hanya bangun dari kerusi tu time nak gi bilik air,lunch n solat. Balik rumah dah siap masak n makan, tak larat dah nak stay up. Mata tak boleh buka langsung. Betul. Terus tidur. Niat kat hati nak bangun semula pukul 4 pagi. So boleh buat apa-apa yang patut..Update blog ke page ke..Kesudahannya tak sedar sampai ke pagi. Ni pun ambik masa lunch hour untuk tulis post ni.Alhamdulillah, ada jugak masa yang masih boleh dicuri-curi. Actually saya nak bagitau, sabun marine essence yang saya pernah post sebelum ni ada dalam bentuk liquid. Saya baru je try hari ni,masa mandi pagi tadi. Memang sangat wangi n best. Lepas pakai tu kulit terasa lembut sangat. Betul..Kalau ada perubahan yang baik untuk kulit saya, saya akan bagitau. Sesiapa yang ada ekzema boleh try sangat-sangat sabun ni. Mudah-mudahan dapat membantu. Insya Allah..

Marine Essence Body Wash
RM 33 sebotol
250 ml

Kalau sesiapa berminat boleh mesej or call saya ye. Thanks




Monday, May 13, 2013

Opps sorry!

Maaf semua. Hari ini tak berkesempatan untuk menulis. Cuti post sehari ye. hehe. Almaklumlah, semalam seharian jalan-jalan cari makan di Kuala Pilah. Mana tempat makan yang best di Kuala Pilah? Akan saya tulis di dalam next post. Tatkala post ini ditulis, jam menunjukkan tepat pukul 3.00 pagi. Esok nak kerja.huhu. So, terpaksalah tulis jugak walaupun pendek. Misi saya ialah nak istiqamah menulis. Satu hari satu artikel. Cukuplah. Ok readers, will stop here. Saya tunjuk satu gambar budak kecik yang tengah kelaparan ye..hehe


Opss tangan kiri pulak. Tak sempat dihalang, dah masuk mulut..

Sunday, May 12, 2013

Kebaikan teh hijau

Rasanya kebanyakan orang dah tahu kelebihan dan khasiat teh hijau berbanding teh biasa. Selalunya teh hijau dikaitkan dengan teh untuk kurus. Bagi sesiapa yang masih belum mengamalkan teh hijau ni, eloklah bermula sekarang ye. Kenapa? Jom baca kebaikan teh hijau kat bawah ni.

1) Menurunkan berat badan. Teh hijau membantu meningkatkan metabolisme. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak dan kadar badan menukar makanan ke dalam bentuk kalori.

2)  Diabetes. Teh hijau membantu mengawal paras glukosa dan melambatkan kenaikan gula darah selepas makan. Ini boleh mengelakkan pancang insulin yang tinggi dan menyebabkan penyimpanan lemak.

3) Penyakit jantung. Teh hijau berfungsi pada lapisan saluran darah, membantu memastikan pesakit jantung kekal tenang dan lebih mampu menahan perubahan dalam tekanan darah. Ia juga boleh melindungi daripada pembentukan darah beku, yang merupakan punca utama serangan jantung.

4) Kanser Esophageal. Ia boleh mengurangkan risiko kanser esophageal, tetapi ia juga secara meluas dianggap membunuh sel-sel kanser secara umum tanpa merosakkan tisu yang sihat di sekeliling mereka.
    
 

5) Kolesterol. Teh hijau mengurangkan kolesterol tidak baik dalam darah dan meningkatkan nisbah kolesterol yang baik.

6) Alzheimer dan Parkinson. Ia dikatakan melambatkan kemerosotan yang disebabkan oleh Alzheimer dan Parkinson. Kajian yang dijalankan ke atas tikus menunjukkan bahawa teh hijau melindungi sel-sel otak daripada mati dan memulihkan sel-sel otak yang rosak.

7) Kerosakan gigi. Kajian menunjukkan bahawa antioksidan kimia "catechin" dalam teh boleh memusnahkan bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan tekak, kerosakan gigi dan masalh gigi yang lain.

8) Tekanan darah. Pengambilan teh hijau dipercayai untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
.

9) Kemurungan. Theanine adalah asid amino semula jadi yang terdapat dalam daun teh dapat menenangkan peminum teh.
    
 

10) Anti-virus dan anti-bakteria. Catechin teh adalah agen antibakteria dan antivirus yang kuat yang menjadikan teh hijau berkesan untuk merawat pelbagai penyakit.
 
11)
Penjagaan kulit. Teh hijau membantu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan yang disebabkan oleh kuasa antioksida.


Itulah antara kebaikan teh hijau yang sangat baik untuk kesihatan kita. Jom kita tukar kepada teh hijau! Tapi jangan pulak minum teh hijau letak gula mcam kita minum teh biasa tu. Macam pelik la pulak.hehe. Kalau tak nak minum teh hijau, chinese tea/ teh cina pun ok jugak. 

 

Saturday, May 11, 2013

Kenangan KBP UPM

Apabila dah bekerja dan berkahwin ni, aktiviti dengan kawan-kawan pun makin kurang. yela, masing-masing dah ada tanggungjawab dan keluarga masing-masing. Semuanya dah ada life sendiri. Kalau dulu time study, asalkan takde kelas then pergilah buat pape ngan member-member. Ada yang pergi shopping, ada yang suka lepak-lepak kat mamak. Takpun akan pergi bilik member yang lain then borak-borak, lepak-lepak, makan-makan kat bilik diaorang. Life budak hostel, life student. Macam tulah. Sekarang semua tinggal kenangan. Rindunya saat tu!



Korang ingat lagi tak gambar ni? Masa mula-mula kita masuk KBP dulu--first year. Emm, bagi sesiapa yang tak tahu, KBP tu short form untuk Kejuruteraan Biologi & Pertanian. UPM je ada course ni.hehe

 Sebenarnya kitaorang bukan belajar pasal tanam-tanam pokok sangat. Kitaorang belajar engineering untuk bidang pertanian. Contohnya belajar Kejuruteraan Tanah, Structure Design, Machine Design. Electrical Engineering pun kitaorang ada belajar. Pendek kata KBP ni menggabungkan semua element engineering dalam satu course. Tujuannya supaya 1 engineer pertanian tahu semua aspek kejuruteraan-multiskill. So, majikan tak perlu hire ramai engineer. Satu engineer dah boleh control semua. Lebih kurang macam tu la. Cuma kadang-kadang kami perlu buat kerja-kerja tanaman. Dr Jamarei kata supaya kita dapat feel kesusahan dan masalah yang dihadapi petani. Bila dah feel, baru kita boleh come out dengan idea dan solutions.

 Ni pulak kerja berani mati yang aku & Sa buat--join pertandingan memasak! Hehe. Sekali sampai-sampai tengok yang join pertandingan semua dari bahagian kulinari dan masakan pelbagai kolej swasta. Before join tu macam ada confident la boleh menang. dapat No. 3 ke..haha. Siap pergi library tu cari buku masakan nak masak apa yang best. Kesudahannya of course la dapat saguhati, dapat certificate je.hihi

Setiap tahun memang akan ada jamuan Hari Raya KBP. Tiap-tiap tahun mesti gotong royong masak-masak. Ada yang pergi pasar beli bahan mentah. Then kitaorang masak la sama-sama. Jamuannya sebelah malam. Semua staff dijemput

Sesekali kitaorang dapatlah pergi rombongan. Kelulusan untuk dapat pergi rombongan sambil belajar ni agak susah sebenarnya. Sepanjang 4 tahun belajar, tahun yang ke-3 ni la dapat pergi Perlis. Pergi lawat kilang gula, Gua Kelam, Taman Herba, Ladang Anggur dan Ladang Kuda (agaknya kot..tak ingat nama tempat kuda ni apa.he)

Waktu lapang kalau takde kelas or weekend, ni la aktiviti kitaorang. Main bowling. Geng Bowling: Mama, Ipah, Mimi, Zie

 Takpun, malam-malam lepas makan, gi tengok lampu kat Putrajaya. Ambik-ambik gambar, main badminton..hehe

Semuanya kini dalam kenangan. Masing-masing dah punya keluarga dan kerjaya sendiri. Hopefully u all semua success ye! Panjang umur, ada kesempatan kita jumpa lagi. Untuk Ayu & Nazren, juga Sue & Mon, conratz! Kahwin sesama coursemate..(nak mention gak.hehe)


Friday, May 10, 2013

Tourmaline, FIR dan korset Premium Beautiful

Ciri terbaik korset Premium Beautiful ialah setiap bebenang Premium Beautiful disulam dengan sejenis batu yang telah diproses dipanggil Tourmaline. Tourmaline membebaskan Far Infra Red (FIR)



TAHUKAH ANDA?

FIR adalah salah satu gelombang tenaga yang terkandung dalam cahaya matahari. Tidak seperti Ultraviolet & Gelombang Mikro yang berbahaya, FIR mempunyai kesan positif dan terbukti memberi manfaat kepada manusia. FIR telah diterima secara meluas sebagai terapi alternatif untuk merawat pelbagai penyakit.



KEBAIKAN F.I.R DARI SEGI KESIHATAN

KEBAIKAN NO. 1

Haba FIR dapat mengembangkan kapilari seterusnya merangsang pengaliran darah yang lebih baik. Ia membantu dalam program detox kerana menggalakkan penghapusan lemak, bahan kimia, racun, logam berat karsinogenik dan toksin daripada darah.

KEBAIKAN NO. 2

Haba FIR mempercepatkan kadar metabolik sel dengan merangsang aktiviti mitokondria, dan mencetuskan aktiviti enzim sekaligus menggalakkan pembunuhan banyak patogen seperti bakteria, virus, kulat dan parasit.

KEBAIKAN NO. 3

Tenaga FIR menguatkan sistem imun dengan merangsang peningkatan pengeluaran sel-sel darah putih (leukosit) oleh sumsum tulang dan pembunuh T-sel oleh kelenjar timus. Ia terbukti menjadi faktor  pengukuhan ketahanan badan untuk penyakit berjangkit juga meningkatkan pengeluaran limfosit dan neutrofil. Hasilnya, kekerapan selsema dan jangkitan pernafasan dapat dikurangkan

KEBAIKAN NO. 4

Tenaga FIR melegakan ketegangan saraf dan melegakan otot autoneuro. Ia mengurangkan kesakitan dalam saraf dan kekejangan otot dengan memanaskan gentian otot. Ia meningkatkan keseimbangan tekanan darah, gula darah, dan nutrien dalam sel-sel, menyebabkan kekuatan otot, kecergasan dan kestabilan mental meningkat.

KEBAIKAN NO. 5


FIR juga penting untuk mengawal paras hormon seperti melatonin. Hormon ini berasal dari serotonin yang memainkan peranan dalam tidur, penuaan, dan pembiakan



FA
KTA KAJIAN TERHADAP FAR INFRA RED (FIR)

Effects of Particle Size on Far Infrared Emission Properties of Tourmaline Superfine Powders

Tourmaline ialah sejenis miineral silikat boron (dikenali sebagai batu permata dalam bentuk kristal). Apabila ia diproses menjadi bentuk  serbuk, ia  mengeluarkan FIR  dan ciri-ciri FIR yang dibebaskan  bergantung kepada saiz zarah tourmaline yang telah dihancurkan.


                                                -Meng J, Jin W, Liang J, Ding Y, Gan K, Yuan Y.-
                                                        ( J. Nanosci Nanotechnol 2010;10(3):2083-7)

Investigation of jewelry powders radiating far-infrared
rays and the biological effects on human skin

Kajian ini menunjukkan bahawa antara kesemua barangan perhiasan, jed dan tourmaline merupakan bahan yang paling berkesan untuk meningkatkan suhu kulit dan mempercepatkan peredaran darah. Jadi, ianya mempunyai potensi yang besar untuk digunakan sebagai bahan mentah kosmetik.


                                           -Yoo B.H, Park C.M, Oh T.J, Han S.H, Kang H.H, Chang I.S-
                                                        (J. Cosmet Sci2002;53(3):175-84)

Far infrared radiation (FIR): Its biological effects
and medical applications
Zarah kecil (nanopartikel dan microparticles) bahan seramik pemancar FIR seperti Tourmalin telah diabadikan ke dalam gentian yang kemudiannya ditenun ke dalam fabrik. Fabrik ini boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis pakaian yang boleh dijahit untuk setiap anggota badan.

     -Fatma Vatansever and Michael R. Hamblin(Photon Lasers Med 2012; 1(4): 255-266)

Thursday, May 9, 2013

Happy Becoming Birthday!

Birthday belum sampai lagi, tapi dah diraikan lebih awal. Dapat Birthday Card lagi. Kelass gitu!! Haha

Ni la Birthday Card yang C.E.O company bagi. Semua orang akan dapat bila tiba birthday masing-masing. C.E.O sangat menghargai pekerjanya. Thanks Ms Loh!

Wednesday, May 8, 2013

Herba Maharani @ Beijing Te Zhi Bai Feng Wan membantu menyelesaikan masalah sukar dapat anak

Kepentingan zuriat @ anak dalam sesebuah keluarga memang tidak dapat dinafikan sehingga menyebabkan pasangan yang masih belum dikurniakan anak walaupun telah lama bernikah akan terus dan terus berusaha apa cara sekalipun untuk mendapatkan anak. Memang tidak dapat disangkal lagi, anak itu pengerat kasih sayang dan menjadi kekuatan hubungan suami isteri. Bagi mendapatkan anak, ramai pasangan yang berjumpa Dr untuk merawat kesuburan. Apabila rawatan tersebut masih tidak membuahkan hasil, maka mereka akan mencuba alternatif lain seperti mencuba produk-produk kesuburan yang terdapat di pasaran. Tidak kurang juga yang berjumpa dengan pengamal perubatan alternatif--mungkin terdapat "gangguan" sehingga menyebabkan sukar hamil. Apa sahaja cara diusahakan demi ANAK.

Entri saya sebelum ini mengenai 5 tips mudah dapat anak mendapat bacaan yang tinggi dalam masa satu hari sahaja. Satu petunjuk yang membuktikan ramai lagi sahabat-sahabat di luar sana, mencari-cari kaedah mudah atau cepat untuk mendapatkan zuriat. Atas sebab itu, saya ingin berkongsi satu produk kesihatan yang sememangnya selamat digunakan untuk meningkatkan kesuburan wanita seterusnya membantu mereka mendapatkan zuriat. Insya Allah. Kita  hanya mampu berusaha dan terus berusaha juga berdoa, tapi ingat penentu segala adalah Dia. Produk yang saya maksudkan itu ialah  Beijing Te Zhi Bai Feng Wan atau Herba Maharani.

Apakah itu Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?


 
Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming. Ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan. Beijing Te Zhi Bai Feng Wan menggabungkan banyak jenis ubat yang berharga dan dihasilkan melalui teknologi terkini. Ia bersifat halus, lembut, rasa wangi dan tulen, berkesan dalam menambahkan tenaga dan darah, juga menyelaras kitaran haid wanita.

Preskripsi asal Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming, ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan.

Apa pula kandungan/ramuan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?

Merupakan kombinasi ubat tradisional yang berharga, iaitu
1) pati ayam hitam
2) Concha Ostrea Gigas
3) Cornu Cervus Nippon
4) Radix Astragalus Membranaceus
5) Radix Panax Ginseng
5) Rhizoma Cyperus Rotundus
6) Radix Angelica Sinensis
7) Radix Paeonia Lactiflora
8) Radix Rehmannia Glutinosa
9) Rhizoma Ligusticum Chuanxiong
10) Radix Salvia Miltiorrhiza
11) Rhizoma Dioscorea Opposita
12) Radix Giycyrrhiza Uralensis. 

  Bagaimana Beijing Te Zhi Bai Feng Wan membantu mengatasi masalah sukar hamil?
1) mempunyai kesan dalam menambahkan tenaga dan darah
2) menyelaras kitaran haid
3) mengawal keputihan
4) melegakan tekanan dan kesakitan

Biasanya ia digunakan untuk merawat kelemahan badan yang disebabkan oleh kekurangan tenaga dan darah, kelesuan pinggang dan lutut, perpeluhan dan debaran spontan, kepanasan, kitaran haid yang tidak teratur, disentri, pendarahan dalam rahim, keputihan dan sebagainya.

Pengiktirafan produk

- Merupakan keluaran Beijing Tong Ren Tang. Beijing Tong Ren Tang merupakan perniagaan bersejarah melebihi 300 tahun (pembekal ubat-ubatan tunggal semasa Dinasti Qing)

- diperakui sebagai produk terkenal di China pada Tahun 1994

-Diiktiraf sebagai spesies ubat herba terpelihara pada tahun 1998

- mendapat pengiktirafan HALAL oleh IFANCA (satu badan islam luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM)


Tindakbalas Sementara Yang Mungkin Berlaku (Healing Crisis)



Gejala
Punca
Penyelesaian
1. Pening kepala, pipi, badan & telinga berasa panas, demam, belakang tengkuk dan sendi terasa sakit
Gangguan peredaran darah, asid amat tinggi dalam badan, tekanan darah tinggi atau rendah.
Teruskan seperti biasa. Amalkan Chlorella & miautan. Banyakkan minum air beralkali,
2. Mengantuk, letih, tekak kering dan dahaga
Kandungan gula dalam darah tinggi sedikit. Kolestrol dan asid tinggi.
Tukar cara makan. Makan waktu malam sebelum tidur. Banyakkan minum air beralkali.
3. Tidak mahu tidur
Kekurangan kalsium
Makan pagi sahaja& kurangkan dos (10biji setiap pagi). Banyakkan minum air beralkali.
4. Sakit pinggang dan lemah bahagian badan
Peredaran darah dari buah pinggang tidak teratur (kotor) atau banyak toksid
Kurangkan dos (10biji). Banyakkan minum air beralkali
5. Kerap buang air besar / berdarah
Usus besar & sistem penghadaman lemah / kurang berfungsi
Kurangkan dos(10biji), Banyakkan minum air beralkali & air kosong
6. Panas & berpeluh – peluh
Kekurangan klorofil dalam badan. Kolestrol agak tinggi. Asid & toksid agak tinggi
Kurangkan dos(10biji), Banyakkan minum air beralkali & air kosong
7. Kerap kencing
Masalah pada pundi kencing. Gangguan peredaran darah, asid tinggi
Kurangkan dos(10biji), Banyakkan minum air beralkali & air kosong
 8. Terasa sengal-sengal badan
 Masalah system saraf, hormon tidak seimbang
Kurangkan dos(10biji), Banyakkan minum air beralkali & air kosong
9. Kitaran haid berubah ( lewat / banyak )
Hormon tidak seimbang. Kelemahan system ovari
Teruskan spt biasa, amal Chlorella & miautan
10. Batuk keluar darah
Sistem paru-paru rosak. Ada darah beku dalam salur darah terutama pada paru-paru
Kurangkan dos(10biji), Banyakkan minum air beralkali & air kosong
11. Keluar jerawat
Darah kotor. Banyak toksid & asid
Teruskan spt biasa. Amalkan Chlorella & Miautan



Mengapa ada tindakbalas ?
Kerana berlaku pemulihan dan peningkatan dalam tubuh badan kesan daripada :-

• Cara pemakanan yang tidak seimbang & fast food
• Suasana tempat kerja yang tidak banyak pergerakan
• Kawasan kediaman yang terdedah kepada pencemaran,asap perkilangan dll.
Nasihat :

Bersabar, healing process hanya sementara. Tidak semua wanita yang mengamalkan herba Maharani mempunyai tindakbalas yang sama, ianya berbeza, bergantung kepada masalah kesihatan dan kelemahan organ seseorang. Bersabar dan bersyukurlah masalah kesihatan yang dialami sedang di pulihkan.


HARGA : RM65.00 sekotak (dlm 1 kotak ada 6 bola.. dlm 1 bola ada 50 biji)


© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno