Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, May 16, 2013

27 tahun sudah..

Hari ni birthday saya. Pada tahun1986 pukul 2.51 pagi saya selamat dilahirkan. Alhamdulillah dah 27 tahun dapat nikmat dari Allah. Semoga menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan pemberian juga ujian-Nya. Semoga Allah masih mahu meminjamkan nyawa ini untuk saya. Masih banyak yang perlu dilakukan juga masih banyak yang perlu diperbaiki. Anak yang masih kecil perlu belaian seorang ibu. Semoga diberi peluang untuk membesarkan Nur Izz Damia dengan didikan yang terbaik. Juga sentiasa berusaha menjadi isteri yang baik walau hakikatnya masih banyak yang perlu diperbaiki. Mudah-mudahan boleh menjadi penyejuk hati suami. Mudah-mudahan tatkala nyawa diambil, suami sentiasa redha dan berpuas hati dengan layanan  saya selama ini. Masih banyak yang perlu diperbaiki.

Banyak lagi yang ingin saya lakukan. Saya memang serius mahu berniaga. Cuma kekangan masa menjadi sedikit halangan. Full time bekerja, tanpa ada sedikit ruang untuk ber"internet", sesekali bolehlah mengerling handset tengok facebook or blog. Takpun, korban lunch and dapatlah update apa-apa yang patut. Hanya boleh fokus untuk bisnes jam 4 pagi-6.30 pagi. Masih banyak yang ingin saya lakukan.

Pendek kata, saya akan terus berusaha mengejar impian saya selagi boleh. Walau jalan itu susah. Walau nampak saya macam takde progress, walau nampak usaha gigih itu tidak membuahkan hasil. Walau apa pun, saya tetap nak buat sampai saya boleh buat. Orang lain boleh, kenapa tidak saya? Adakah mereka berjaya dalam bisnes mereka kerana mereka "gifted"? Saya percaya, memang kadang-kadang bakat pun memainkan peranan. Ada orang memang dilahirkan pandai muzik, ada orang memang berkebolehan untuk menulis. Ya, bakat memang memainkan peranan. Tapi, tidaklah bermaksud yang tidak berbakat ini tidak boleh berjaya seperti mereka yang berbakat. Saya percaya, boleh. Tapi pastinya jalan mereka yang tidak berbakat ini lebih sukar kerana mereka perlu belajar. Banyak yang mereka perlu belajar. Perlu usaha lebih keras, juga perlu sedikit masa dan kesabaran.


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno