Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, May 25, 2013

7 petua hilangkan parut

Hujung minggu ni walaupun cuti lebih panjang sedikit (semalam kan Cuti Wesak), kitaorang takde kemana-mana pun. Balik Kluang, ibu n ayah pun takde sebab hantar Awin masuk Asasi Sains UPM. Kebetulan sepupu pulak kahwen. So jadi wakil family lah kiranya ni. Sambil baca surat khabar Utusan Malaysia terpandang satu artikel menarik. Emm..boleh kongsi kat blog ni. 7 petua untuk hilangkan parut.

Petua 1- Daun lidah buaya

Ambil daun lidah buaya dan buangkan duri di kiri dan kanannya. Kemudian, buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapukan lendir tadi pada parut di muka atau badan. Sangat sesuai untuk menghilangkan parut yang masih baharu

Petua 2- Asam jawa

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur

Petua 3-Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu, bilaskan dengan air suam.

Petua 4-Ambil tepung ubi dan kunyit hidup, campurkan dan letak pada parut di muka atau badan

Petua 5-  Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. kemuadian, cuci bersih dengan air suam.

Petua 6- Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. campurkan serbuk ini dengan sedikit air dan bancuhkan bersama bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata dibahagian  berparut

Petua 7- Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno