Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, May 2, 2013

9 makanan yang perlu dielak sebelum tidur

Terdapat beberapa jenis makanan yang tidak sesuai diambil sebelum tidur kerana ianya akan membuatkan anda menjadi lebih gemuk dan sukar tidur.

1) KOPI- Kandungan kafein dalam kopi boeh mengakibatkan sukar tidur dan selalu membuang air kecil

2) COKLAT- Coklat sememangnya mampu untuk menenangkan, namun ia bukanlah makanan terbaik untuk diambil sebelum tidur. Kandungan gula dalam darah boleh cepat naik dan turun sehingga menyebabkan rasa lapar

3) KEJU- Keju boleh memberi gangguan kepada perut jika diambil sebelum tidur. Keju juga mempunyai kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi dan boleh membuatkan badan anda semakin berisi.

4) MAKANAN PEDAS- Pengambilan cili atau makanan pedas sebelum tidur mungkin boleh menyebabkan heart burn

5) KEK, AISKRIM & BISKUT- Boleh meningkatkan gula darah dan menambah tenaga.. Jika masih mahu mengambil makanan manis, maka gantilah dengan buah-buahan

6) BURGER- Burger boleh meningkatkan kalori dan lemak di bahagian perut jika diambil sebelum tidur.

7) BIJI-BIJIAN- Walaupun mengandungi serat dan protein yang tinggi, biji-bijian seperti kacang merah dan kacang panjang tidak harus diambil sebelum tidur kerana boleh menyebabkan perut tidak selesa

8) SODA- Pengambilan soda boleh menyebabkan masalah diabetis dan jantung

9) KENTANG GORENG- Merupakan makanan paling buruk untuk diambil sebelum tidur. Minyak dan lemaknya akan terus terkumpul di bahagian perut. Jika diamalkan berterusan boleh meningkatkan kolesterol dan kegemukan

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno