Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, May 3, 2013

Asam Pedas Belangkas, Kota Tinggi

Rasanya dah lama sangat saya tak review tentang tempat makan best yang pernah kitaorang try. Sebenarnya kat Kota Tinggi ada satu kedai makan yang menu utamanya ialah Asam Pedas Belangkas. Teringat pulak cerita seorang suami yang teringin dan mengidam makan asam pedas belangkas. Isteri yang pregnant, suami pulak yang mengidam. Suami soleh ni. hehe. Laki I la..sape lagi..Time tu dari Batu Pahat dalam pukul 10 pagi, ngam-ngam 12.30 tengahari sampai. Ramainya orang..nasib baik la asam pedas ada lagi. Kalau tak, kempunan la orang yang mengidam tu. Tu cerita time pregnant. Baru-baru ni kitaorang ke sana lagi. Nak kata baru, tak baru sangat la. Lebih kurang dalam bulan 12 tahun lepas (2011). Macam biasa la, biar gambar yang berkata-kata!

Kalau korang nak tau, gerai nie terletak di tengah-tengah bandar Kota Tinggi di Jalan Tun Sri Lanang (Jalan Kota Tinggi-Mersing), besebelahan dengan stesen minyak ESSO dan besebelahan dengan worksyop JPS.


Gerai Asam Pedas Belangkas ni memnag menyediakan makanan eksotik iaitu Belangkas...korang tau ker apa tu belangkas?..Haaa, di bawah ni ada gambar belangkas utk tatapan korang yang tak tau apa itu belangkas...hehe..Memang ramai orang kat kedai ni..siap ada yg tempah lagi utk makan belangkas nie..sebab kalau tak bernasib baik, menurut akak kedai ni, menu belangkas ni abis seawal jam 12 tgh hari lagi...selain belangkas gerai ni turut menyediakan makanan seperti siput gonggong rebus, asam pedas ikan sembilang, kembung, dll (menu biasa)...

The real....Belangkas

asam pedas belangkas
Ni la asam pedas belangkas
Ini pulak siput gonggong rebus






Antara lauk-lauk lain yang diorder. Ada ikan bakar, sayur dan telur dadar

I'm ready to eat!

Damia kacau mok su n nenek makan ye..

Hai! Time makan pun sempat melambai lagi budak kecik ni. Ikut Moksu dia buat apa..hehe

Habis licin belangkas! Nampak tak telur dia?

Siput gonggong pun licin!

Lepas habis makan, kitaorang singgah Desaru jap. Bawa Damia main pantai. Lain pulak ceritanya, dia tak nak turun. Menjerit-jerit bila terpijak pasir. Dia geli! Kelakar betul.

Akhirnya mama jugak kena dokong Damia

Muka Damia yang geli bila kaki terpijak pasir. Mama pulak over excited gelakkan Damia

Dah lama-lama baru dia nak pijak pantai tu






 Dari Desaru, kitaorang balik ikut jalan pantai n singgah di Mersing. Cari keropok lekor la, apa lagi.


Sempat lagi berposing time tengah pilih keropok.Ish2 moksu-moksu. Mak cik siapa ni?hehe


Sekian sahaja review tempat makan best kali ni. Ops lupa pulak nak bagitau. Nama kedai makan tu Asam Pedas Mahkota. Sebab Kembara Mahkota Johor mesti akan singgah kedai ni kalau ke Kota Tinggi..That's why ada "mahkota" kat nama kedai tu.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno