Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, May 31, 2013

Diet sendiri| Kenalpasti Metabolisme & Kira Kalori Makanan

Sekarang ni nak cari produk kuruskan badan tak susah pun. Buka je FB nampak macam-macam iklan atau produk pelangsingan badan. Kalau buat Google search lagi la banyak. Permintaan untuk produk kuruskan badan ni sangat lah tinggi. Semua orang nak kejar cantik dan kurus dalam masa yang singkat dan kalau boleh tak payah ada exercise, lagi senang. Selamat atau tak, wallahualam..Bagi sesiapa yang tak berminat dengan produk-produk kurus di pasaran, bolehlah berdiet cara alami ye.

Mula-mula sekali kita kena tentukan berapa kadar metabolisme badan kita. Metabolisme tu apa? Macam mana nak kira metabolisme badan? Metabolisme secara mudahnya adalah nilai tenaga yang diperlukan oleh badan. Tenaga ni datangnya dari sel, tisu organ dan otot badan. Contohnya, jika otot kita banyak bergerak maka banyak tenaga yang digunakan. Jadi, makin tinggilah nilai metabolisme badan kita. Kalau nak tahu definisi sebenar metabolisme boleh baca DI SINI

Ni pula fomula untuk kira kadar metabolisme badan. Kalau untuk diet, kita perlu tahu kadar metabolisme rehat (rest metabolic rate, RMR atau Basal Metabolic Rate, BMR).


RMR = 9.99w + 6.25s – 4.92a + 166g – 161 w = berat dalam kilogram
s = tinggi dalam centimeter
a = umur
g = jantina, 1 untuk lelaki, 0 untuk perempuan

Tapi kalau nak lagi senang, guna je Metabolic Calculator

Ok, lepas dah dapat nilai metabolisme badan, maka pilihlah makanan berdasarkan nilai kalori. Sebagai contoh, nilai metabolisme badan= 1500. So, pemilihan makanan tak bolehlah lebih dari 1500kcal sehari. Sebab nilai tenaga dari makanan mestilah sama atau kurang dari nilai metabolisme badan kita. Seelok-eloknya kurang 500 dari kadar metabolisme badan. Kalau metabolisme badan= 1500 maka jumlah kalori yang diperlukan sehari ialah 1000kcal. Kalau nilai kalori makanan berlebihan,maka ianya akan bertukar menjadi lemak-->gemuk.

Untuk mengetahui nilai kalori sesuatu makanan boleh rujuk di cekodok.com

Seterusnya, kalau kita betul-betul nak diet kita kena bersenam. Sehari at least 30 minit. Aktiviti senaman ni sangat penting sebab akan meningkatkan lagi kadar metabolisme badan dan dapat membakar kalori makanan yang diambil. Badan jadi cergas dan sihat. Sebelum ni saya pernah share panduan senaman atau regangan untuk menegangkan breast. Bagi sesiapa yang terlepas atau terlupa bagaimana untuk melakukan senaman tersebut boleh baca artikel  4 gerakan miliki payudara yang tegang dan mantap.

So saya rumuskan sikit ye, kalau kita nak berdiet cara sihat, ada 3 langkah yang perlu diikuti iaitu kenalpasti metabolisme badan, kawal pemakanan dengan mengira kalori makanan dan bersenam.




No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno