Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, May 11, 2013

Kenangan KBP UPM

Apabila dah bekerja dan berkahwin ni, aktiviti dengan kawan-kawan pun makin kurang. yela, masing-masing dah ada tanggungjawab dan keluarga masing-masing. Semuanya dah ada life sendiri. Kalau dulu time study, asalkan takde kelas then pergilah buat pape ngan member-member. Ada yang pergi shopping, ada yang suka lepak-lepak kat mamak. Takpun akan pergi bilik member yang lain then borak-borak, lepak-lepak, makan-makan kat bilik diaorang. Life budak hostel, life student. Macam tulah. Sekarang semua tinggal kenangan. Rindunya saat tu!



Korang ingat lagi tak gambar ni? Masa mula-mula kita masuk KBP dulu--first year. Emm, bagi sesiapa yang tak tahu, KBP tu short form untuk Kejuruteraan Biologi & Pertanian. UPM je ada course ni.hehe

 Sebenarnya kitaorang bukan belajar pasal tanam-tanam pokok sangat. Kitaorang belajar engineering untuk bidang pertanian. Contohnya belajar Kejuruteraan Tanah, Structure Design, Machine Design. Electrical Engineering pun kitaorang ada belajar. Pendek kata KBP ni menggabungkan semua element engineering dalam satu course. Tujuannya supaya 1 engineer pertanian tahu semua aspek kejuruteraan-multiskill. So, majikan tak perlu hire ramai engineer. Satu engineer dah boleh control semua. Lebih kurang macam tu la. Cuma kadang-kadang kami perlu buat kerja-kerja tanaman. Dr Jamarei kata supaya kita dapat feel kesusahan dan masalah yang dihadapi petani. Bila dah feel, baru kita boleh come out dengan idea dan solutions.

 Ni pulak kerja berani mati yang aku & Sa buat--join pertandingan memasak! Hehe. Sekali sampai-sampai tengok yang join pertandingan semua dari bahagian kulinari dan masakan pelbagai kolej swasta. Before join tu macam ada confident la boleh menang. dapat No. 3 ke..haha. Siap pergi library tu cari buku masakan nak masak apa yang best. Kesudahannya of course la dapat saguhati, dapat certificate je.hihi

Setiap tahun memang akan ada jamuan Hari Raya KBP. Tiap-tiap tahun mesti gotong royong masak-masak. Ada yang pergi pasar beli bahan mentah. Then kitaorang masak la sama-sama. Jamuannya sebelah malam. Semua staff dijemput

Sesekali kitaorang dapatlah pergi rombongan. Kelulusan untuk dapat pergi rombongan sambil belajar ni agak susah sebenarnya. Sepanjang 4 tahun belajar, tahun yang ke-3 ni la dapat pergi Perlis. Pergi lawat kilang gula, Gua Kelam, Taman Herba, Ladang Anggur dan Ladang Kuda (agaknya kot..tak ingat nama tempat kuda ni apa.he)

Waktu lapang kalau takde kelas or weekend, ni la aktiviti kitaorang. Main bowling. Geng Bowling: Mama, Ipah, Mimi, Zie

 Takpun, malam-malam lepas makan, gi tengok lampu kat Putrajaya. Ambik-ambik gambar, main badminton..hehe

Semuanya kini dalam kenangan. Masing-masing dah punya keluarga dan kerjaya sendiri. Hopefully u all semua success ye! Panjang umur, ada kesempatan kita jumpa lagi. Untuk Ayu & Nazren, juga Sue & Mon, conratz! Kahwin sesama coursemate..(nak mention gak.hehe)


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno