Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, May 22, 2013

Makan @ Flora Kafe Ampwalk, Ampang

Minggu lepas start dari hari Jumaat sampai la hari ni Mak n Abah (mertua) stay sini. So, tak tau nak gi jalan mana. Apalagi gi makan je la. Kenapa kitaorang nak try makan kat Floral Kafe? Actually sepupu husband yang recommend. Dia cakap masakan kat sini sedap. Lagipun owner kedai ni ialah jiran mak n abah masa kat Batu Pahat dulu.

Suasana dalam  kafe yang sangat cantik n best. Dipenuhi dengan bunga-bunga segar. Actually owner ni nama panggilan dia Ajak. Nama penuh dia tak ingat la siapa..Memang pakar gubahan dan hiasan pelamin untuk wedding. Artis selalu ambik khidmat dia.

Posing dulu sementara tunggu makanan..Hehe

Sampai sudah makanan. Ni Ayah Damia punyer. Nasi Beriani

 Ni mama punyer--Nasi Serai. Sambal hijau dia best. Tapi tekak ni rasa Nasi Serai kat Restoren Serai lagi best

Ni nenek Damia punyer--Laksa Asam. Kuah pekat giler. Sedap gak. Atuk Damia makan Nasi Beringin. Tapi lupa plak nak snap gambar. hehe..Damia? Order kan dia kentang goreng n fish fillet. Tapi dia tak nak makan pulak. Dia nampak orang lain semua makan nasi..

So, kongsilah damia ngan mama..makan nasi serai..

Ni pulak ubi rebus goreng jintan

Yang ni sedap. Tak ingat nama dia apa. Tapi ni sebenarnya pisang salai + badam+ ais krim vanilla+ susu cair. Uish..sedapnya..

Lagi aksi Damia dalam Flora Kafe

Emm..kalau nak bagi komen, saya bagi 7 out of 10 stars. Boleh tahan. Ada masa kalau sampai Ampang try la ye. Harga? Nasi Serai RM18, Nasi beriani RM 20 lebih..Ubi goreng RM 8 kot..Lebih kurang la.. tak ingat sangat harga. tapi range tu lah. Sekian, tamat

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno