Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, May 18, 2013

Makan @ Negeri Sembilan

Ada sekali tu kitaorang tengok Tv Rancangan Jalan-jalan Cari Makan. Diaorang buat liputan kat kedai Lomang Apak. Gerai tu kat tepi jalan je, jalan Kuala Pilah- Bahau. Lomang Apak menyajikan makanan berasaskan lemak cili api. Ada masak lemak cili api daging salai, ayam, itik & ikan keli. Emm..nampak menarik ni. So, weekend yang lepas kitaorang pun pergi Negeri Sembilan hanya untuk try masakan kat Gerai Lomang Apak tu.

Ni la Kedai Lomang Apak tu. Kat tepi jalan besar Kuala Pilah- Bahau

Masak lemak cili api burung puyuh
 
Masak lemak cili api daging salai
 
Masak lemak cili api itik
 
Sambal daun kayu ni pun sedap. Cuma agak masin sikit
 
Kuih ni pun sedap. Rasa ala-ala kuih koci gitu. Dalam kuih ni inti kelapa

 Suasana dalam kedai..Siapa nampak tag jalan-jalan cari makan kat gambar ni?hehe

Izz Damia..dashatnya gaya makan awak..

Selesai sudah..licin..

Tapi sebelum makan kat sini, kitaorang actually singgah makan kat Gerai Nasi Ayam n Nasi Itik. Gerai ni terletak kat Nilai. Lepas tu kitaorang singgah Istana Sri Menanti. Balik dari Istana Sri menanti tu yang singgah Kedai Makan Lomang Apak

 Suasana luar gerai nasi itik n nasi ayam. Actually kat sebelah gerai tu ada jual cencol santan sawit, coconut shake & pelbagai jenis kek yang dihidangkan dalam bekas kecil. Pavlova pun ada. Semuanya dalam bekas kecil. Satu bekas harga RM 2- RM 4, bergantung kepada jenis kek

Mama tengah menenangkan Damia. Dia dah lapar sangat masa ni. Gerai pulak panas giler sebab orang bakar-bakar ayam itim kan..Mula la dia tak tentu arah, gelisah semacam. 

 Sampai pun nasi ayam Damia. Tengok rambut Damia basah lencun, berpeluh-peluh..hihi

Ni pulak antara posing Damia depan Istana Seri Menanti . Kat Kuala Pilah ni banyak sangat kambing kat tepi jalan. Bebas je kambing-kambing tu. Sesi jalan-jalan cari makan kali ni Damia belajar buat bunyi kambing n lembu. Setiap kali nampak kambing dia akan jerit sekuat hati dalam kerete. "Embek. embek, embek!". Klau nampak lembu pulak dia jerit "Embu, embu, embu!"

Sekian..
 

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno