Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, May 5, 2013

Pilihan Raya Umum Malaysia ke 13

Akhirnya sampai jugak 5/5/2013. Rakyat Malaysia yang berdaftar akan keluar mengundi pada hari ni. Saya pun tak terkecuali. Kalau ikutkan ni la first time nak mengundi, sebelum ni tak pernah pun. Parti pembangkang dah semakin kuat sekarang ni kan. Gabungan PKR, DAP dan PAS (Pakatan Rakyat). Mereka semua bersatu hati menentang pemerintahan Barisan Nasional. Saya yang jahil ilmu politik ni tak layak nak mengulas lebih-lebih. Tapi sebagai seorang rakyat Malaysia, itu yang saya nampak. Kebanyakan mereka adalah dari golongan profesional dan ahli perniagaan. Kadang-kadang tu tertanya-tanya jugak, apalah yang Barisan Nasional dah buat sampai mereka begitu menentang. Atau itu memang niat jahat mereka untuk menjatuhkan kerajaan? Wallahualam. Tapi yang pastinya memang sokongan terhadap parti pembangkang ni sangat kuat. Perhimpunanan di Pulau Pinang bersempena kempen Pilihan Raya baru-baru ni menyaksikan lebih 70 000 penyokong mereka berkumpul. Saya sendiri pernah mendapat panggilan dari seorang sahabat--Nisa, nanti balik Kluang undi PAS tau. Kalau tak nak PAS, undi DAP pun takpe. Tengok, mereka tidak kisah jika parti mereka tidak diundi, asalkan Pakatan Rakyat menang pilihanraya kali ini. Saya?hehe. Undi tu kan rahsia..Yang pastinya saya akan pergi mengundi. Malam ini (ketika keputusan pilihanraya diumumkan) adalah malam penentu sama ada Barisan Nasional akan terus memerintah negara ATAU Pakatan Rakyat akan mengambil alih. Ini kalilah atau lain kalilah? Semuanya di tangan anda!




No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno