Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, May 4, 2013

5 Tips cepat mendapatkan anak (senang hamil)

Saya terpanggil untuk menulis tentang cara-cara atau tips bagi mendapatkan anak (meningkatkan kebarangkalian hamil). Ramai pasangan yang sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga tapi masih tidak mempunyai anak. Pastinya mereka ini sangat stress jika diajukan soalan, "ko ni bila la nak ada anak?". Especially time musim perayaan atau kenduri kahwin. Yela, waktu tu kan sedara mara semua berkumpul. Mesti penat nak jawab kan. Emm, saya ni nak kata hebat sangat atau anak ramai sampai boleh nak bagi tips tu takdelah. Just share sebab saya ada terbaca tips ni di laman web berbahasa inggeris. Jadi di sini, saya translatekan ke dalam bahasa melayu untuk tatapan semua. Di akhir nanti saya akan berikan link sebenar website tu ye.

TIPS 1: KENALPASTI WAKTU OVULASI ANDA

Rahsia terbesar untuk cepat hamil ialah mengenalpasti waktu ovulasi anda (waktu subur). Ovulasi adalah waktu dimana telur/ovum dibebaskan dari ovari. Sekiranya terdapat sperma pada waktu ini, maka telur/ovum akan disenyawakan dengan mudah. Untuk pengetahuan semua, kebanyakan wanita akan mengeluarkan telur sekali sahaja setiap kitaran haid. Maka, terdapat beberapa hari sahaja dalam kitar haid yang apabila seks dilakukan akan membawa kepada peluang kehamilan. Tetapi, bagi mereka yang mengalami haid tidak teratur, waktu ovulasi sedikit sukar untuk ditentukan. Boleh juga try Ovulation Calculator ni. Lebih mudah.

TIPS 2: "SIBUKKAN" DIRI PADA WAKTU YANG BETUL

Sebaik sahaja anda mengetahui waktu telur dikeluarkan dari ovari, anda boleh merancang untuk mengadakan hubungan seks pada hari-hari tersebut. Waktu yang terbaik adalah 3 hari sebelum ovulasi sehinggalah waktu ovulasi berlaku. Sperma boleh bertahan kira-kira 5 hingga 6 hari dalam badan anda, manakala telur/ovum pula hanya boleh bertahan sehari sahaja. Ini bermakna, jika anda mempunyai hubungan seks pada hari Isnin, sperma boleh hidup di dalam tiub fallopio menunggu kedatangan ovum sehinggalah hari Khamis atau mungkin juga sehingga Ahad.

TIPS 3: BARING SEBENTAR SELEPAS MELAKUKAN HUBUNGAN 

Pada tahun 2009, penyelidik di Armsterdam mendapati bahawa wanita yamg berbaring selama 15 minit selepas disenyawakan secara buatan (doktor memasukkan sperma ke dalam rahim mereka) mempunyai 50% kemungkinan untuk hamil berbanding wanita yang bangun dengan segera selepas prosedur memasukkan sperma tersebut. Kajian ini menunjukkan bahawa, berbaring sebentar selepas seksboleh membantu sperma pasangan anda untuk kekal lebih lama dan seterusnya berpeluang untun mensenyawakan ovum. Lagipun, ianya tidak sakit untuk dicuba!

TIPS 4: ENJOY THE PROCESS! 

 Jangan terlalu stress memikirkan "Aku mesti dapat anak melalui hubungan ini". Jika anda terlalu memikirkannya, anda akan stress. Sebaliknya, enjoy the process! Hipotalamus - kelenjar dalam otak yang mengawal hormon ovulasi - tidak berfungsi dengan baik ketika dalam keadaan tertekan. Ini bermakna anda boleh ovulate lewat daripada biasa atau tidak sama sekali dalam kitaran itu.

TIPS 5: PASTIKAN SPERMA DALAM KEADAAN PALING SIHAT 

Sperma  boleh mensenyawakan telur apabila mereka sihat, kuat, dan banyak. Beberapa perkara boleh membantu pasangan anda mendapatkan bekalan sperma yang kuat dan tahan rintangan: 


1) Kurangkan alkohol (kajian menunjukkan bahawa minum setiap hari boleh mengurangkan tahap testosteron dan jumlah sperma dan meningkatkan bilangan sperma yang tidak normal) 
2) Nix tembakau dan dadah khayal (ini boleh menyebabkan sperma kurang fungsi)
3) Makan cukup nutrien utama seperti zink, asid folik, kalsium, vitamin C dan D - boleh membantu memperbanyak dan menguatkan sperma.
4) Elakkan sauna dan mandi air panas kerana haba membunuh sperma (buah zakar berfungsi terbaik pada 94-96 darjah Fahrenheit atau 34-36 darjah celcius, beberapa darjah lebih sejuk daripada suhu badan normal)

Lebih cepat pasangan anda boleh membuat perubahan ini, lebih baik! 

Itulah antara cara-cara untuk mudah hamil. Sila cuba ye! Maklumat lanjut mengenai artikel ini dalam Bahasa Inggeris boleh klik http://www.babycenter.com/0_how-to-get-pregnant-fast_10337115.bc?page=1



No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno