Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, May 10, 2013

Tourmaline, FIR dan korset Premium Beautiful

Ciri terbaik korset Premium Beautiful ialah setiap bebenang Premium Beautiful disulam dengan sejenis batu yang telah diproses dipanggil Tourmaline. Tourmaline membebaskan Far Infra Red (FIR)



TAHUKAH ANDA?

FIR adalah salah satu gelombang tenaga yang terkandung dalam cahaya matahari. Tidak seperti Ultraviolet & Gelombang Mikro yang berbahaya, FIR mempunyai kesan positif dan terbukti memberi manfaat kepada manusia. FIR telah diterima secara meluas sebagai terapi alternatif untuk merawat pelbagai penyakit.



KEBAIKAN F.I.R DARI SEGI KESIHATAN

KEBAIKAN NO. 1

Haba FIR dapat mengembangkan kapilari seterusnya merangsang pengaliran darah yang lebih baik. Ia membantu dalam program detox kerana menggalakkan penghapusan lemak, bahan kimia, racun, logam berat karsinogenik dan toksin daripada darah.

KEBAIKAN NO. 2

Haba FIR mempercepatkan kadar metabolik sel dengan merangsang aktiviti mitokondria, dan mencetuskan aktiviti enzim sekaligus menggalakkan pembunuhan banyak patogen seperti bakteria, virus, kulat dan parasit.

KEBAIKAN NO. 3

Tenaga FIR menguatkan sistem imun dengan merangsang peningkatan pengeluaran sel-sel darah putih (leukosit) oleh sumsum tulang dan pembunuh T-sel oleh kelenjar timus. Ia terbukti menjadi faktor  pengukuhan ketahanan badan untuk penyakit berjangkit juga meningkatkan pengeluaran limfosit dan neutrofil. Hasilnya, kekerapan selsema dan jangkitan pernafasan dapat dikurangkan

KEBAIKAN NO. 4

Tenaga FIR melegakan ketegangan saraf dan melegakan otot autoneuro. Ia mengurangkan kesakitan dalam saraf dan kekejangan otot dengan memanaskan gentian otot. Ia meningkatkan keseimbangan tekanan darah, gula darah, dan nutrien dalam sel-sel, menyebabkan kekuatan otot, kecergasan dan kestabilan mental meningkat.

KEBAIKAN NO. 5


FIR juga penting untuk mengawal paras hormon seperti melatonin. Hormon ini berasal dari serotonin yang memainkan peranan dalam tidur, penuaan, dan pembiakan



FA
KTA KAJIAN TERHADAP FAR INFRA RED (FIR)

Effects of Particle Size on Far Infrared Emission Properties of Tourmaline Superfine Powders

Tourmaline ialah sejenis miineral silikat boron (dikenali sebagai batu permata dalam bentuk kristal). Apabila ia diproses menjadi bentuk  serbuk, ia  mengeluarkan FIR  dan ciri-ciri FIR yang dibebaskan  bergantung kepada saiz zarah tourmaline yang telah dihancurkan.


                                                -Meng J, Jin W, Liang J, Ding Y, Gan K, Yuan Y.-
                                                        ( J. Nanosci Nanotechnol 2010;10(3):2083-7)

Investigation of jewelry powders radiating far-infrared
rays and the biological effects on human skin

Kajian ini menunjukkan bahawa antara kesemua barangan perhiasan, jed dan tourmaline merupakan bahan yang paling berkesan untuk meningkatkan suhu kulit dan mempercepatkan peredaran darah. Jadi, ianya mempunyai potensi yang besar untuk digunakan sebagai bahan mentah kosmetik.


                                           -Yoo B.H, Park C.M, Oh T.J, Han S.H, Kang H.H, Chang I.S-
                                                        (J. Cosmet Sci2002;53(3):175-84)

Far infrared radiation (FIR): Its biological effects
and medical applications
Zarah kecil (nanopartikel dan microparticles) bahan seramik pemancar FIR seperti Tourmalin telah diabadikan ke dalam gentian yang kemudiannya ditenun ke dalam fabrik. Fabrik ini boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis pakaian yang boleh dijahit untuk setiap anggota badan.

     -Fatma Vatansever and Michael R. Hamblin(Photon Lasers Med 2012; 1(4): 255-266)

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno