Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, June 27, 2013

Sure White Beauty Plus| Percubaan Pertama

Hari ni masuk hari ke-2 guna sure white ni.Bukannya nak putih pun,cuma nak lembapkan n haluskan kulit. Almaklumlah..kulit jenis kering, so senang berkedut dan mengelupas. Banyak artikel kata kolagen bagus untuk kulit, tu yang try minuman kolagen sure white beauty plus ni. Lagipun harganya berpatutan, RM 150 untuk kegunaan 2 bulan.


Ni pesanan dari kawan-kawan seofis



Nampak tak..kering kan muka?nampak cam putih-putih tu kulit mengelupas ye..Mudah-mudahan minum kolagen ni ada perubahan yang baik..kulit lebih lembap dan lebih mulus.

Tuesday, June 25, 2013

Mini akuarium =rileks= tenang

Seronok betul bila ada mini akuarium kat rumah. Sebelum ni pun ada jugak, tapi bela ikan emas. Sayang..nyawa ikan emas tak panjang. Tak sampai 5 bulan bela dah mati. So kali ni kitaorang decide untuk beli ikan selain ikan emas. So, akhirnya ikan gapi n species ikan-ikan kecik lain jadi pilihan.


Ada macam-macam ikan kecik contohnya ikan gapi (yang lain-lain tak tahu nama). Bila tengok "diaorang" ni berenang-renang rasa tenang je.

Ada ikan kuning..

Ikan kuning ni selalu jalan berdua..

Yang ni pulak ikan cahaya lampu/ ikan current (suka hati je bagi nama kat ikan ni). Badan dia macam ada light kaler biru. Cantik..

Ni pulak bentuk dia macam ikan bawal..

 Ikan gapi yang comel..Ekor dia sangat cantik..

Ni pulak ikan pembersih akuarium. Kerja dia melekat kat dinding akuarium dan makan apa jua bendasing halus yang ada dalam akuarium


Cantik betul ciptaan Allah...

Monday, June 24, 2013

Jerebu 2013..teruknya..

Seingat saya inilah kali pertama saya berhadapan dengan masalah jerebu. Bukannya apa, sebelum ni mungkin masa berlaku jerebu saya kecik lagi so tak berapa nak ingat macam mana situasinya. Tapi kali ni hari-hari drive pergi kerja"meredah" jerebu.Pemandangan yang kelam diliputi seolah-olah kabus putih. Sampaikan sinaran matahari pun tak mampu menyerlah. Ini baru pemandangan di Selangor yang indeks pencemarannya  100 lebih.Kalau di Muar yang indeks pencemarannya mencecah 700 lebih entah macam manalah agaknya teruk pemandangan dan pernafasan sehingga kerajaan terpaksa mengishtiharkan darurat.




Ni antara pemandangan pukul 9.00 pagi sekitar kawasan Petaling Jaya kat tempat kerja saya.Matahari pun macam segan je nak menonjolkan diri. Ketika jerebu ni amalkanlah langkah-langkah berjaga-jaga ye. Pakai penutup hidung dan kurangkan aktiviti luar..Awasi anak-anak semua..Semoga selamat semuanya.

Sunday, June 23, 2013

Jumping rope @ Skipping | My new exercise

Kalau fikir-fikir balik dah lama betul tak exercise. Kalau masa study dulu boleh kata hari-hari akan exercise, kalau tak jogging akan main badminton. Kalau tak sempat sangat pun hari-hari pergi kelas berjalan kaki dari hostel ke fakulti pun dah kira exercise. Sebab tu dulu badan fit. Sekarang? Haish..tak payah cakap la. Balik kerja sampai rumah dah pukul 8 malam. Bila masa masa lah nak dapat jogging or main badminton macam dulu. Agak-agaknya angkat raket nak smash bulu tangkis pun dah tak larat kot. Huhu. Keadaan badan yang sangat kritikal--tak exercise= badan berat=malas nak bergerak. Takdelah teruk sangat sebenarnya, tapi kalau compare gambar sekarang dengan dulu memang tengok ikut celah lubang jari je. Malu nak tengok oi..jauh beza. Betul ke sekarang sebesar ini?

So, disebabkan kekangan masa dan ruang yang amat, maka kena cari alternatif lain untuk exercise. Cari indoor exercise yang senang untuk dilakukan. Tingg! Idea datang! Apa kata kita main skipping. Skipping adalah senaman yang sangat sesuai untuk orang yang takde masa sangat ni. Mengikut British Rope Association, 10 minit skipping bersamaan dengan 45 minit berlari. Wah, tengok tu negara Barat, skipping pun ada persatuan. Dashat betul. Lagipun, skipping ni elok sebab bila kita skipping sebenarnya kita dah menggerakkan keseluruhan anggota badan. Kaki gerak untuk lompat, otot tangan, bahu gerak untuk hayun tali skipping dan masa kita lompat tu, terasa otot-otot perut menegang. Sangat-sangat bagus untuk memperbaiki tekanan darah dan denyutan jantung.

Tapi jangan silap teknik tau. Senaman yang dilakukan dengan cara yang betul takkan menyebabkan badan kita sakit-sakit. Sebab masa awal-awal dulu saya tak tau. Saya buat skipping dalam rumah, so sure lah tak pakai kasut. Kaki memang direct contact dengan lantai. Rupa-rupanya tak boleh..at least kalau nak skiping dalam rumah nak kena ada tilam nipis yang untuk exercise tu. So, lompat lah atas tilam tu. Ala tilam nipis yang biasa kalau aerobik atau yoga guna tu. Tau apa kesannya bila kaki tak pakai kasut then direct contact dengan lantai? Satu badan korang akan rasa sakit yang amat. Masa tu 2 minggu saya terseksa berjalan disebabkan skipping takde alas kaki.huhu. Tobat tak buat dah. Masa tu dapatlah skipping 500 lebih kali dalam masa 15 minit.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan jumping rope atau skipping ni. Kalau ada masa, bacalah di SINI. Ada banyak info tentang skipping.

1st time buat dapat 517 kali= 15 minit.. Ok lah tu. Ingatkan nak buat setengah jam.. tak larat dah.. Esok buat lagi

Readers semua, amalkanlah buat jumping rope atau skipping ni hari-hari ye, it's really works!


KLIK SINI untuk dapatkan pakaian dalam yang boleh membantu anda mendapatkan bentuk badan idaman! 

Saturday, June 22, 2013

Sure White Beauty Plus| Antara Cara Memutihkan & Menghaluskan Kulit

Bagi sesiapa yang tercari-cari cara untuk memutihkan dan menghaluskan kulit, mungkin boleh mencuba produk Sure White Beauty Plus. Masih ramai yang tidak familiar dengan jenama Sure White Beauty Plus sebab produk ni baru lagi dan masih belum dilancarkan secara rasmi. Saya sendiri pun belum cuba lagi. Insya Allah minggu depan saya akan try produk ni. Bukannya apa, tiba-tiba rasa diri ni dah berusia dan memerlukan kolagen untuk memperbaiki struktur kulit. Ecehceh..haha. Mungkin ramai yang dah tahu, kolagen dalam badan kita akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia, tapi ramai yang tak ambil berat perkara ni. Bermula dari umur 25 tahun ke atas, especially ibu-ibu muda macam kita ni kan.. dah boleh dah ambil kolagen untuk dapat hasil yang memberangsangkan di kemudian hari. Tegangkan mana-mana yang dah kendur, haluskan mana-mana yang kasar. Jom kita review produk ni..








Siapa-siapa yang nak try produk ni boleh whatsapp/ we chat/ sms/ call saya @ 013-7751357. Minggu depan saya nak order untuk officemate--K. Safiah, K. Farah, K. Mimi and K. Rock + saya + mak cik saya. Saya nak try dulu, kalau betul-betul produk ni berkesan, then macam ada niat nak jadi pengedar--nampak macam ada potensi bisnes kolagen memutihkan dan menghaluskan kulit ni-pastinya Sure White Beauty Plus.





Tuesday, June 18, 2013

Senaman selepas bersalin

Senaman selepas melahirkan anak ni saya petik dari buku "Amalan ketika mengandung dan setelah bersalin serta panduan menamakan bayi" hasil tulisan Abu Afiqah. Buku tu hadiah pemberian Cik Anum masa saya kahwin dulu. Tiba-tiba tergerak hati nak baca buku tu semula. Dah lama rasanya tak baca buku lepas habis belajar ni. Ok, jom kita tengok apa senaman yang bagus untuk wanita lepas bersalin ni.

1) Posisi telentang, kemudian angkatkan kepala sambil melihat ke arah hujung kaki.

2) Posisi telentang, angkat kaki kanan dengan bengkokkan sendi lutut dan punggung. Sentuhkan peha ke dinding perut, lalu lunjurkan kembali. Kemudian lakukan pula untuk kaki sebelah kiri.

3) Posisi telentang, kedua tangan lurus ke bawah. Angkat kedua kaki secara serentak dengan membengkokkan sendi lutut dan punggung. Kemudian, lunjurkan secara perlahan-lahan ke posisi asal.

4) Posisi telentang, dengan tangan lurus ke bawah. Angkat kedua2 kaki secara serentak lurus ke atas dengan membengkokkan punggung. Kemudian, letakkan ke posisi asal secara perlahan-lahan.

5) Posisi telentang, kedua kaki lurus ke bawah dengan salah satu kaki disilangkan di atas kaki yang lain. Rapatkan dan tegangkan kedua2 peha, sambil menegangkan otot2 dinding perut. Lakukan perlahan-lahan berulangkali. Latihan ini sesuai untuk menegangkan otot2 punggung dan dinding perut.

6) Posisi telentang dengan kedua yangan lurus ke bawah. Bengkokkan kedua2 kaki pada sendi lutut. Kemudian, angkat badan setinggi-tingginya sehingga berat badan tertumpu pada tapak kaki dan bahu dan kembali semula ke posisi asal.

Gerakan-gerakan ni perlu diulang at least 7 kali. Cubalah mana2 satu yang senag dibuat ye. Memang sengaja tidak disertakan gambar bagi menguji kekuatan imaginasi korang.hehe.. Selamat mencuba!

Sunday, June 16, 2013

Tempat makan best| Sate Tulang, Senawang

Lepas makan Cendol Bakar kat Dengkil hari tu, kami meneruskan perjalanan ke Seremban. Niat di hati sebenarnya nak makan Sate Tulang Seremban yang keluar kat rancangan Majalah 3 baru-baru ni. Tapi sampai je situ, sangat-sangat kecewa sebab kedainya tutup. Huhu, datang dari jauh semata-mata nak makan sate tulang tapi tak dapat. Tak boleh jadi ni, jangan membazir duit minyak. So, aku pun Google search kat mana la kedai lain yang ada sate tulang kat Negeri Sembilan ni. Search punyer search terjumpalah satu blog ni yang review pasal Sate tulang kat Senawang. Mengikut kata blogger tu, dia dah try Sate Tulang Seremban dan Senawang. Bagi dia, Sate Tulang Senawang lagi sedap. Ini sudah bagus, daripada terus balik ke Shah Alam, lebih baik try Sate Tulang Senawang ni.

Sate Tulang Senawang ni terletak di Taipan, Senawang. Gerai sate ni terletak kat luar Restoran Bundo Kanduang. Kalau order air kat restoran ni la. Dekat je dengan Restoran Sate Haji Samuri.


 Kami sampai situ pukul 6.30 petang dan kelihatan pekerja-pekerja sate tengah sibuk membakar sate. Banyak sangat order dan ramai yang masih menunggu sate masing-masing. Kedai sate ni buka pukul 6  petang tau.



Sate tulang yang sedang tunggu turn untuk dibakar. Actually, bukan sate tulang je ada. Sate ayam n daging pun ada jugak.


Terbuka selera bila tengok sate yang sedang dibakar ni.


Senarai harga sate..

 Nama sate ni Satay Tulang Jerlebu sebenarnya..

 Antara pelanggan yang menunggu.. Masa ni baru pukul 6.30 petang

Dan sampai pukul 7.50 malam pun sate tak sampai lagi.huhu. Tengok gambar brother yang pakai baju belang-belang tu. Dia sampai dulu sebelum kitaorang pun belum dapat lagi. Haish, sabar betul menunggu. Kitaorang pulak dah set masa. kalau pukul 8.00 malam pun tak sampai lagi, balik je.


Nasib baik ngam-ngam je pukul 8 malam sate pun sampai.

Memang sedap yang amat, especially sate tulang. Rempah sate tu terasa sangat kat celah-celah tulang. Memang berbaloi tunggu berjam-jam. Hilang semua rasa tak best tunggu lama sangat tadi.

Muka yang sangat serabai makan sate, tudung pun dah benget2. Damia siap makan atas meja lagi, kerusi tu rendah sangat untuk baby, baby chair takde. Suka hatilah anak, gaya bebas..Mood: masing-masing melayan perut yang dah lapar sambil menikmati sate yang best tu.

Sesiapa yang ada plan nak ke Negeri Sembilan, bolehlah try Sate Tulang Senawang ni ye. Memang takkan menyesal, cuma tak best tunggu lama je la. Selamat mencuba!

P/s: Ada lagi satu gerai sate tulang yang best kat Seremban (Jalan Seremban- Jelebu). Nama gerai ni Satay Ayang Jalan Pantai. Sebelum datang, korang boleh call dulu untuk tempahan sate. Sampai-sampai je nanti terus boleh makan. KLIK SINI untuk bacaan lanjut mengenai Satay Ayang.

Saturday, June 15, 2013

Tempat makan best| Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil

Minggu lepas ketika kami sibuk mencari jalan ke salah sebuah apartment di Dengkil untuk di "tinjau" keadaannya, mata kami tertancap ke arah satu gerai tertera banner besar "Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil"--DRIVE THRU. Hah, cendol pun ada drive thru ke? Dashat ni. Mesti kena singgah n rasa, apa yang best sangat sampai kereta berderet-deret drive thru dan kalau nak makan kat situ kena beratur panjang. 


Ni la tempat drive thru tu. Tapi kitaorang tak nak drive thru, nak makan and feel kesedapannya di gerai. Kebetulan pula hari tu memang panas terik yang amat. Memang sesuai la basahkan tekak makan cendol. At first, bila ternampak banner ni tadi Cik Lan terus tanya, cendol bakar tu macam mana? Dengan confidentnya aku jawab, cendol tu yang dibakar. Tu yang buat dia spesial tu. Ok, Cik Lan terima jawapan aku walaupun muka dia still konpius, cendol dibakar?macam mana tu?


Sampai je kat gerai tu Cik Lan terus beratur nak dapatkan cendol. Aku pulak cop tempat dulu sambil pangku Damia yang tengah tido. Tengok gambar kat atas tu, punyer la ramai orang beratur. Disebabkan Damia tengah tido, takdelah aku purposely gi ambik gambar diaorang beratur dekat-dekat. Ambik gambar dari meja je n zoom. So tak nampak sangat la line orang beratur dalam gambar ni.

  Tadaa! Ni cendol durian Cik Lan punyer

 Aku punyer pulak cendol biasa je. Tapi kat gerai ni cendol biasa dipanggil cendol VVIP. Selain 2 cendol ni ada lagi cendol lain macam cendol pulut dan cendol tapai pulut. Sempat gak Cik Lan round-round sekitar gerai nak tengok orang bakar cendol, macam hipotesis aku tadi--cendol ni dibakar, sebab tu nama dia cendol bakar. Kesudahannya, hampeh..mana ada cendol dibakar. Bakar tu nama orang. haha

Dipendekkan cerita, rasa cendol dia memang sedap sangat. Santan dan rasa gula merah dia sangat pekat. Marvellous. no wonder la, driver bas n lori pun join gak beratur makan cendol kat sini.

Keesokan harinya, disebabkan teringat-ingat cendol yang kitaorang makan semalam + mak n ayah mertua pun ada. So, sekali lagi dari Shah Alam ke Dengkil semata-mata nak makan cendol bakar. Tapi kali ni kitaorang malas nak turun beratur. So, guna khidmat drive thru je lah.

 Nampak tak banner cendol bakar yang warna kuning tu? Kat situ check point order drive thru akan diambil. Nampak tak berapa banyak kereta yang drive thru nak dapatkan cendol ni? Sedap punyer pasal, kereta kitaorang pun beratur jugak.

 Ok, dah nak sampai kat check point ambik order..

 Tapi kat belakang kereta kitaorang ada banyak lagi kereta lain yang silih berganti. Gambar ni diambil dari side mirror.

 Lagi sikit je nak sampai. Sabar, sabar..

Alhamdulillah..sampai pun akhirnya. Lepas ni turn kitaorang. Tu abang tukang ambik order drive thru

Para pekerja yang sedang sibuk menyiapkan order drive thru..

Akhirnya dapat minum cendol bakar. Perjalanan diteruskan ke Seremban--mencari Sate tulang. Cendol Bakar Kuala Selagor @ dengkil ni memang patut dicuba. Jika berkesempatan ke Selangor, cubalah! Takkan menyesal beratur panjang, memang berbaloi.

Sunday, June 9, 2013

Misi mencari Al-Bayt

Seharian semalam kami mencari, survey dan melawat tapak al-bayt yang ingin dibeli. Bermula dari pencarian di Google shinggalah sampai ke destinasi. Memandangkan harga rumah di Shah Alam yang semakin mencanak-canak tingginya, kami tiada pilihan. Menyewa bukanlah jalan yang terbaik. Setiap 2 tahun duit sewa rumah akan naik. Bayaran setiap bulan tapi bukan milik kami, bila-bila masa sahaja boleh "dihalau " keluar dari rumah sewa kalau owner dah tak nak sewakan rumah tu lagi. So, decision has been made. Mesti beli Al-bayt . Kecik-kecik pun takpe, asalkan itu al-bayt kami.

Destinasi pertama ialah Alam Idaman Apartment, Seksyen 22 Shah Alam. Apartmen yang baru sahaja di buka untuk jualan selama 2 bulan setelah mendapat CF. Memang cantik apartment ni. Semuanya ada 21 tingkat. Tingkat 1 sampai 5 parking n shop lots. Tingkat 6- 21 barulah kediaman. Antara kemudahan yang ada di sini ialah swimming pool, playground, nursery, tennis court, 24 hours guarded, access card ke setiap level dan CCTV.

Antara kemudahan yang ada

3 Bilik, 2 bilik mandi

Macam biasa la Damia...ligat semacam..mana pernah dok diam..



Pencarian akan diteruskan..ni baru satu rumah..akan kami survey n cari lagi sampai jumpa yang berkenan di hati..yang pastinya keadaan rumah n environtment mesti sama-sama ok,barulah keputusan boleh dibuat..juga harga..hehe.mesti affordable.

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno