Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, June 23, 2013

Jumping rope @ Skipping | My new exercise

Kalau fikir-fikir balik dah lama betul tak exercise. Kalau masa study dulu boleh kata hari-hari akan exercise, kalau tak jogging akan main badminton. Kalau tak sempat sangat pun hari-hari pergi kelas berjalan kaki dari hostel ke fakulti pun dah kira exercise. Sebab tu dulu badan fit. Sekarang? Haish..tak payah cakap la. Balik kerja sampai rumah dah pukul 8 malam. Bila masa masa lah nak dapat jogging or main badminton macam dulu. Agak-agaknya angkat raket nak smash bulu tangkis pun dah tak larat kot. Huhu. Keadaan badan yang sangat kritikal--tak exercise= badan berat=malas nak bergerak. Takdelah teruk sangat sebenarnya, tapi kalau compare gambar sekarang dengan dulu memang tengok ikut celah lubang jari je. Malu nak tengok oi..jauh beza. Betul ke sekarang sebesar ini?

So, disebabkan kekangan masa dan ruang yang amat, maka kena cari alternatif lain untuk exercise. Cari indoor exercise yang senang untuk dilakukan. Tingg! Idea datang! Apa kata kita main skipping. Skipping adalah senaman yang sangat sesuai untuk orang yang takde masa sangat ni. Mengikut British Rope Association, 10 minit skipping bersamaan dengan 45 minit berlari. Wah, tengok tu negara Barat, skipping pun ada persatuan. Dashat betul. Lagipun, skipping ni elok sebab bila kita skipping sebenarnya kita dah menggerakkan keseluruhan anggota badan. Kaki gerak untuk lompat, otot tangan, bahu gerak untuk hayun tali skipping dan masa kita lompat tu, terasa otot-otot perut menegang. Sangat-sangat bagus untuk memperbaiki tekanan darah dan denyutan jantung.

Tapi jangan silap teknik tau. Senaman yang dilakukan dengan cara yang betul takkan menyebabkan badan kita sakit-sakit. Sebab masa awal-awal dulu saya tak tau. Saya buat skipping dalam rumah, so sure lah tak pakai kasut. Kaki memang direct contact dengan lantai. Rupa-rupanya tak boleh..at least kalau nak skiping dalam rumah nak kena ada tilam nipis yang untuk exercise tu. So, lompat lah atas tilam tu. Ala tilam nipis yang biasa kalau aerobik atau yoga guna tu. Tau apa kesannya bila kaki tak pakai kasut then direct contact dengan lantai? Satu badan korang akan rasa sakit yang amat. Masa tu 2 minggu saya terseksa berjalan disebabkan skipping takde alas kaki.huhu. Tobat tak buat dah. Masa tu dapatlah skipping 500 lebih kali dalam masa 15 minit.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan jumping rope atau skipping ni. Kalau ada masa, bacalah di SINI. Ada banyak info tentang skipping.

1st time buat dapat 517 kali= 15 minit.. Ok lah tu. Ingatkan nak buat setengah jam.. tak larat dah.. Esok buat lagi

Readers semua, amalkanlah buat jumping rope atau skipping ni hari-hari ye, it's really works!


KLIK SINI untuk dapatkan pakaian dalam yang boleh membantu anda mendapatkan bentuk badan idaman! 

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno