Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, June 9, 2013

Misi mencari Al-Bayt

Seharian semalam kami mencari, survey dan melawat tapak al-bayt yang ingin dibeli. Bermula dari pencarian di Google shinggalah sampai ke destinasi. Memandangkan harga rumah di Shah Alam yang semakin mencanak-canak tingginya, kami tiada pilihan. Menyewa bukanlah jalan yang terbaik. Setiap 2 tahun duit sewa rumah akan naik. Bayaran setiap bulan tapi bukan milik kami, bila-bila masa sahaja boleh "dihalau " keluar dari rumah sewa kalau owner dah tak nak sewakan rumah tu lagi. So, decision has been made. Mesti beli Al-bayt . Kecik-kecik pun takpe, asalkan itu al-bayt kami.

Destinasi pertama ialah Alam Idaman Apartment, Seksyen 22 Shah Alam. Apartmen yang baru sahaja di buka untuk jualan selama 2 bulan setelah mendapat CF. Memang cantik apartment ni. Semuanya ada 21 tingkat. Tingkat 1 sampai 5 parking n shop lots. Tingkat 6- 21 barulah kediaman. Antara kemudahan yang ada di sini ialah swimming pool, playground, nursery, tennis court, 24 hours guarded, access card ke setiap level dan CCTV.

Antara kemudahan yang ada

3 Bilik, 2 bilik mandi

Macam biasa la Damia...ligat semacam..mana pernah dok diam..



Pencarian akan diteruskan..ni baru satu rumah..akan kami survey n cari lagi sampai jumpa yang berkenan di hati..yang pastinya keadaan rumah n environtment mesti sama-sama ok,barulah keputusan boleh dibuat..juga harga..hehe.mesti affordable.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno