Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, June 18, 2013

Senaman selepas bersalin

Senaman selepas melahirkan anak ni saya petik dari buku "Amalan ketika mengandung dan setelah bersalin serta panduan menamakan bayi" hasil tulisan Abu Afiqah. Buku tu hadiah pemberian Cik Anum masa saya kahwin dulu. Tiba-tiba tergerak hati nak baca buku tu semula. Dah lama rasanya tak baca buku lepas habis belajar ni. Ok, jom kita tengok apa senaman yang bagus untuk wanita lepas bersalin ni.

1) Posisi telentang, kemudian angkatkan kepala sambil melihat ke arah hujung kaki.

2) Posisi telentang, angkat kaki kanan dengan bengkokkan sendi lutut dan punggung. Sentuhkan peha ke dinding perut, lalu lunjurkan kembali. Kemudian lakukan pula untuk kaki sebelah kiri.

3) Posisi telentang, kedua tangan lurus ke bawah. Angkat kedua kaki secara serentak dengan membengkokkan sendi lutut dan punggung. Kemudian, lunjurkan secara perlahan-lahan ke posisi asal.

4) Posisi telentang, dengan tangan lurus ke bawah. Angkat kedua2 kaki secara serentak lurus ke atas dengan membengkokkan punggung. Kemudian, letakkan ke posisi asal secara perlahan-lahan.

5) Posisi telentang, kedua kaki lurus ke bawah dengan salah satu kaki disilangkan di atas kaki yang lain. Rapatkan dan tegangkan kedua2 peha, sambil menegangkan otot2 dinding perut. Lakukan perlahan-lahan berulangkali. Latihan ini sesuai untuk menegangkan otot2 punggung dan dinding perut.

6) Posisi telentang dengan kedua yangan lurus ke bawah. Bengkokkan kedua2 kaki pada sendi lutut. Kemudian, angkat badan setinggi-tingginya sehingga berat badan tertumpu pada tapak kaki dan bahu dan kembali semula ke posisi asal.

Gerakan-gerakan ni perlu diulang at least 7 kali. Cubalah mana2 satu yang senag dibuat ye. Memang sengaja tidak disertakan gambar bagi menguji kekuatan imaginasi korang.hehe.. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno