Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, June 5, 2013

Teh Oolong | Kebaikan dari segi kesihatan

Actually En. Lan (my husband) saya ada satu habit--suka minum teh cina atau teh hijau lepas makan malam. Mula-mula tu pelik jugak, apalah yang best sangat minum teh cina n teh hijau ni. So, tak ambik pusing pun. Satu hari tu tergerak nak try minum.. Emm..macam tu rasa teh ni. Best..lepas minum rasa fresh n rasa nak minum lagi. Padahal minum teh tu tanpa gula je. Kata En Lan, teh cina ni bagus untuk turunkan kolesterol darah. Antara teh cina yang dia saya suka minum ialah Oolong Tea. Memang sedap rasa teh tu.

Betul ke Oolong tea ni boleh turunkan paras kolesterol? Saya pun buat search sikit guna bantuan Mr Google dan terjumpalah artikel ni. So, saya sharekan kat sini ye dengan ayat yang lebih mudah. Antara kebaikan teh oolong ialah:

1) Mengandugi antioksida yang tinggi

Pengoksidaan sel akan menghasilkan radikal bebas (free radical). Radikal bebas tu apa? Radikal bebas tu adalah molekul yang dikaitkan dengan penyakit dan tanda-tanda penuaan, termasuk kanser, berkedut, dan tempat-tempat gelap di kulit.  

Antioksidan pulak ialah molekul yang mampu mencegah, atau sekurang-kurangnya melambatkan pengoksidaan sel-sel.  

Sebenarnya, banyak teh yang mengandungi antioksidan tapi,  kajian yang dijalankan oleh Kenichi Yanagimoto di Jepun mendapati bahawa teh Oolong menghalang proses pengoksidaan sebanyak 50% dalam tempoh 15 hari. Antioksidan yang terdapat dalam teh Oolong juga menggalakkan kesihatan gigi dan pengukuhan tulang. Orang yang mengalami sakit sendi,  mereka dinasihatkan untuk minum 4-5 cawan teh  Oolong setiap hari untuk membantu mengurangkan kesakitan dan gejala-gejala lain yang berkaitan dengan masalah tulang.

2) Penurunan berat badan 

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa teh Oolong mengandungi polifenol, yang mengaktifkan enzim yang bertanggungjawab untuk menghapuskan trigliserida dan seterusnya meningkatkan metabolisma, mengurangkan kolesterol serta menghalang penyerapan lemak. 
 
Pada tahun 2007, satu kajian di Amerika menggunakan tikus sebagai subjek ujian telah menunjukkan bahawa Teh Oolong mengurangkan kepekatan Trigliserida sebanyak 80% berbanding dengan tikus pada diet normal.  
 
Pada tahun 2001, satu kajian di Jepun mendapati bahawa selepas sebulan Teh Oolong diminum secara berterusan, pengurangan kolesterol adalah amat ketara. Ujian klinikal telah dijalankan ke atas 75 orang responden yang berumur antara 22 dan 68. Kesemua  peserta dari kategori obes dan kurang bersenam . Kesemua peserta tidak dibenarkan bersenam dan berdiet.  Mereka diberi Teh Oolong dua kali sehari selama enam minggu. Pada akhir tempoh kajian itu didapati bahawa, 67% daripada peserta telah kehilangan berat badan. Paras kolesterol juga telah menurun dengan ketara dalam tempoh ujian tersebut.
 
3) Merawat diabetes 

Satu kajian yang dilakukan di Taiwan pada tahun 2003 mendapati bahawa minum teh Oolong bermanfaat untuk pesakit kencing manis. Kajian dijalankan terhadap 20 peserta yang mengalami Diabetes Jenis 2.  Sebahagian daripada peserta minum 1.5 liter air dan sebahagian yang lain minum teh Oolong setiap hari selama 30 hari.  
 
Para peserta yang minum Teh Oolong mengalami pengurangan 30% dalam glukosa plasma dan pengurangan 20% dalam kepekatan fructosamine. Manakala, kumpulan kawalan yang meminum air tidak mengalami sebarang  perubahan.

 

 
Macam ni la rupa dauh teh oolong. Masukkan dalam teko dan tuang air panas. Dah siap!
 
Sekian sahaja kali ini. Semoga kita sama-sama mendapat faedah dari perkongsian mengenai Teh Oolong ini.. 

 

1 comment:

  1. tapi klu nak makan teh oolong ni better start dengan teh hijau dulu... sbb teh ni pahit yang amat

    ReplyDelete

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno