Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, June 15, 2013

Tempat makan best| Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil

Minggu lepas ketika kami sibuk mencari jalan ke salah sebuah apartment di Dengkil untuk di "tinjau" keadaannya, mata kami tertancap ke arah satu gerai tertera banner besar "Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil"--DRIVE THRU. Hah, cendol pun ada drive thru ke? Dashat ni. Mesti kena singgah n rasa, apa yang best sangat sampai kereta berderet-deret drive thru dan kalau nak makan kat situ kena beratur panjang. 


Ni la tempat drive thru tu. Tapi kitaorang tak nak drive thru, nak makan and feel kesedapannya di gerai. Kebetulan pula hari tu memang panas terik yang amat. Memang sesuai la basahkan tekak makan cendol. At first, bila ternampak banner ni tadi Cik Lan terus tanya, cendol bakar tu macam mana? Dengan confidentnya aku jawab, cendol tu yang dibakar. Tu yang buat dia spesial tu. Ok, Cik Lan terima jawapan aku walaupun muka dia still konpius, cendol dibakar?macam mana tu?


Sampai je kat gerai tu Cik Lan terus beratur nak dapatkan cendol. Aku pulak cop tempat dulu sambil pangku Damia yang tengah tido. Tengok gambar kat atas tu, punyer la ramai orang beratur. Disebabkan Damia tengah tido, takdelah aku purposely gi ambik gambar diaorang beratur dekat-dekat. Ambik gambar dari meja je n zoom. So tak nampak sangat la line orang beratur dalam gambar ni.

  Tadaa! Ni cendol durian Cik Lan punyer

 Aku punyer pulak cendol biasa je. Tapi kat gerai ni cendol biasa dipanggil cendol VVIP. Selain 2 cendol ni ada lagi cendol lain macam cendol pulut dan cendol tapai pulut. Sempat gak Cik Lan round-round sekitar gerai nak tengok orang bakar cendol, macam hipotesis aku tadi--cendol ni dibakar, sebab tu nama dia cendol bakar. Kesudahannya, hampeh..mana ada cendol dibakar. Bakar tu nama orang. haha

Dipendekkan cerita, rasa cendol dia memang sedap sangat. Santan dan rasa gula merah dia sangat pekat. Marvellous. no wonder la, driver bas n lori pun join gak beratur makan cendol kat sini.

Keesokan harinya, disebabkan teringat-ingat cendol yang kitaorang makan semalam + mak n ayah mertua pun ada. So, sekali lagi dari Shah Alam ke Dengkil semata-mata nak makan cendol bakar. Tapi kali ni kitaorang malas nak turun beratur. So, guna khidmat drive thru je lah.

 Nampak tak banner cendol bakar yang warna kuning tu? Kat situ check point order drive thru akan diambil. Nampak tak berapa banyak kereta yang drive thru nak dapatkan cendol ni? Sedap punyer pasal, kereta kitaorang pun beratur jugak.

 Ok, dah nak sampai kat check point ambik order..

 Tapi kat belakang kereta kitaorang ada banyak lagi kereta lain yang silih berganti. Gambar ni diambil dari side mirror.

 Lagi sikit je nak sampai. Sabar, sabar..

Alhamdulillah..sampai pun akhirnya. Lepas ni turn kitaorang. Tu abang tukang ambik order drive thru

Para pekerja yang sedang sibuk menyiapkan order drive thru..

Akhirnya dapat minum cendol bakar. Perjalanan diteruskan ke Seremban--mencari Sate tulang. Cendol Bakar Kuala Selagor @ dengkil ni memang patut dicuba. Jika berkesempatan ke Selangor, cubalah! Takkan menyesal beratur panjang, memang berbaloi.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno