Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, June 16, 2013

Tempat makan best| Sate Tulang, Senawang

Lepas makan Cendol Bakar kat Dengkil hari tu, kami meneruskan perjalanan ke Seremban. Niat di hati sebenarnya nak makan Sate Tulang Seremban yang keluar kat rancangan Majalah 3 baru-baru ni. Tapi sampai je situ, sangat-sangat kecewa sebab kedainya tutup. Huhu, datang dari jauh semata-mata nak makan sate tulang tapi tak dapat. Tak boleh jadi ni, jangan membazir duit minyak. So, aku pun Google search kat mana la kedai lain yang ada sate tulang kat Negeri Sembilan ni. Search punyer search terjumpalah satu blog ni yang review pasal Sate tulang kat Senawang. Mengikut kata blogger tu, dia dah try Sate Tulang Seremban dan Senawang. Bagi dia, Sate Tulang Senawang lagi sedap. Ini sudah bagus, daripada terus balik ke Shah Alam, lebih baik try Sate Tulang Senawang ni.

Sate Tulang Senawang ni terletak di Taipan, Senawang. Gerai sate ni terletak kat luar Restoran Bundo Kanduang. Kalau order air kat restoran ni la. Dekat je dengan Restoran Sate Haji Samuri.


 Kami sampai situ pukul 6.30 petang dan kelihatan pekerja-pekerja sate tengah sibuk membakar sate. Banyak sangat order dan ramai yang masih menunggu sate masing-masing. Kedai sate ni buka pukul 6  petang tau.



Sate tulang yang sedang tunggu turn untuk dibakar. Actually, bukan sate tulang je ada. Sate ayam n daging pun ada jugak.


Terbuka selera bila tengok sate yang sedang dibakar ni.


Senarai harga sate..

 Nama sate ni Satay Tulang Jerlebu sebenarnya..

 Antara pelanggan yang menunggu.. Masa ni baru pukul 6.30 petang

Dan sampai pukul 7.50 malam pun sate tak sampai lagi.huhu. Tengok gambar brother yang pakai baju belang-belang tu. Dia sampai dulu sebelum kitaorang pun belum dapat lagi. Haish, sabar betul menunggu. Kitaorang pulak dah set masa. kalau pukul 8.00 malam pun tak sampai lagi, balik je.


Nasib baik ngam-ngam je pukul 8 malam sate pun sampai.

Memang sedap yang amat, especially sate tulang. Rempah sate tu terasa sangat kat celah-celah tulang. Memang berbaloi tunggu berjam-jam. Hilang semua rasa tak best tunggu lama sangat tadi.

Muka yang sangat serabai makan sate, tudung pun dah benget2. Damia siap makan atas meja lagi, kerusi tu rendah sangat untuk baby, baby chair takde. Suka hatilah anak, gaya bebas..Mood: masing-masing melayan perut yang dah lapar sambil menikmati sate yang best tu.

Sesiapa yang ada plan nak ke Negeri Sembilan, bolehlah try Sate Tulang Senawang ni ye. Memang takkan menyesal, cuma tak best tunggu lama je la. Selamat mencuba!

P/s: Ada lagi satu gerai sate tulang yang best kat Seremban (Jalan Seremban- Jelebu). Nama gerai ni Satay Ayang Jalan Pantai. Sebelum datang, korang boleh call dulu untuk tempahan sate. Sampai-sampai je nanti terus boleh makan. KLIK SINI untuk bacaan lanjut mengenai Satay Ayang.

2 comments:

  1. Aku ada info bagus nih buat pengusaha sate, kini ada Box makanan yang aman untuk makanan dibandingkan styrofoam, dan cocok juga digunakan untuk sate. Klik di sini ya http://www.greenpack.co.id/

    ReplyDelete
  2. Tergoda da ni nak poei makan sate hehe

    ReplyDelete

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno