Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, July 28, 2013

Sakit Tulang Belakang| Pemakaian Premium Beautiful dapat mengatasi masalah tulang belakang

Cara mengatasi masalah tulang belakang adalah tajuk yang sangat menarik bagi mereka yang memang tercari-cari cara untuk mengurangkan sekaligus menghilangkan kesakitan ini. Saya bukanlah doktor untuk mengulas punca-punca sakit tulang belakang tapi saya punya pengalaman sendiri yang boleh dikongsi untuk kebaikan bersama. Mudah-mudahan dapat membantu mengurangkan dan seterusnya menyelesaikan sakit tulang belakang yang telah dihidapi sekian lama.

Pengalaman saya begini. Ketika waktu "muda-muda" dahulu saya memang sukakan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, silat dan aikido. Nak dijadikan asbab musabab kepada sakit tulang belakang ni, pada tahun 2005, saya telah menyertai satu aktiviti lasak yang dipanggil absailing. Aktiviti ini memerlukan seseorang turun dari tempat tinggi menggunakan bantuan tali. Ketika melakukan aktiviti tersebut, saya terjatuh  dan belakang saya terhentak ke batu. Sakit yang teramat! Kesannya saya tidak boleh berdiri atau duduk terlalu lama kerana bahagian kiri badan saya hingga ke tangan akan kebas dan tidak berasa.

Pelbagai usaha  dan rawatan telah dilakukan termasuklah X-Ray, MRI dan Ujian Neuron untuk mengenal pasti permasalahan saya. Hasilnya positif, tulang belakang saya ok, tiada slip disk. Tetapi mengapa kebas sebelah badan jika berdiri atau duduk terlalu lama? Lama di sni bukanlah bermaksud berjam-jam, 30 minit itu sudah cukup membuatkan bahagian kiri badan saya terasa kebas.

 Appointment card ketika menjalani rawatan di Klinik Ortopedik PPUM

Setelah gagal menemui punca kesakitan, Dr menyarankan saya melakukan fisioterapi juga memberikan ubat tahan sakit sekiranya perlu. Tapi kesannya masih sama--tiada perubahan. Lebih kurang 5 tahun saya mengalami masalah ini sehinggalah pada penghujung tahun 2012, saya diperkenalkan dengan Korset Premium Beautiful oleh seorang rakan.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, 2 bulan selepas menggunakan Korset Premium Beautiful, kebas sebelah kiri badan saya hilang. Ya, kesakitan itu benar-benar hilang. Saya sudah boleh  duduk atau berdiri dalam tempoh masa agak lama. Kalau dahulu, 15 minit pun belum tentu saya dapat bertahan.

Percaya atau tidak, tapi ini memang benar-benar pengalaman sebenar saya ketika menggunakan Korset Premium Beautiful. Bahagian terpenting dalam Premium Beautiful yang menyokong tulang belakang ialah Waist Nipper.


 Selain menyelesaikan masalah tulang belakang, terdapat banyak lagi manfaat Premium Beautiful yang boleh dibaca di www.premiumbeautifulcorset.com

Selain itu, bersempena Ramadhan yang mulia ini juga, saya ada menawarkan harga set Premium Beautiful yang termurah di pasaran. Murah bukan kerana second hand--tidak sama sekali. Saya hanya ingin memberikan pengalaman menggunakan korset Premium Beautiful ini kepada orang lain dengan harga yang mampu milik. Terhad kepada 4 orang terawal sahaja. 2 set telah terjual dan kini tinggal 2 set sahaja lagi. Tawaran hebat ini ada saya tulis di artikel Korset Murah| Promosi Perayaan Korset Premium Beautiful!. Sila klik tajuk artikel tersebut  untuk melihat promosi istimewa yang ditawarkan.

Berbalik kepada sakit tulang belakang tadi, pada pandangan peribadi saya, sakit tulang belakang yang dihadapi seseorang itu pasti berbeza tahapnya. Mungkin kesakitan yang saya rasai itu hanya sedikit sahaja dan boleh diselesaikan dengan pemakaian Premium Beautiful secara konsisten. Tahap kesakitan yang kita alami mungkin berbeza tapi percayalah saya tahu bagaimana rasa sakit tulang belakang itu dan betapa leganya apabila kesakitan itu beransur hilang dan akhirnya pulih. Kita hanya mampu berusaha, selebihnya bergantung kepada yang Maha Kuasa untuk menyembuhkannya. Berikhtiarlah selagi ada cara. Kisah ini sekadar perkongsian ikhlas mengenai alternatif lain merawat sakit tulang belakang.

Saturday, July 27, 2013

Nuzul Quran| Hikmah di sebalik penurunan mukjizat teragung

Semalam genap 17 hari umat Islam berpuasa  di bulan Ramadhan. Semalam juga Selangor cuti umum bersempena dengan Nuzul Al-Quran. Kalau saya yang mengulas hikmah di sebalik penurunan Al-Quran ni, memanglah sangat tak tepat kerana ilmu saya sangat cetek. Tapi artikel ini saya tulis berdasarkan kajian terperinci mengenai Al-Quran dan sains yang saya dengar di TV1 semalam. Temubual bersama  Prof Madya Dr Mohd Arip Bin Kasmo, pensyarah dari UKM juga pengkaji Al-Quran dari aspek sains. Antara penemuan menakjubkan mengenai Al-Quran yang ditemui oleh beliau ialah mengenai taburan jumlah ayat di dalam surah-surah Al-Quran yang akhirnya apabila dilakarkan di atas graf membentuk kalimah Allah dan Muhammad. Di bawah ini adalah hasil kajian beliau mengenai keajaiban Al-Quran.

 Sekiranya koordinat-koordinat (titik-titik yang mewakili kedudukan surah dan bilangan ayat) dicantumkan, kelihatan kalimah Allah terbentuk.

Apabila kordinat-kordinat ini cantumkan dengan cara yang lain, maka kalimah Muhammad pula terbentuk! 

Sekiranya kedudukan surah diubah secara sesuka hati, maka graf kalimah Allah dan Muhammad ini akan runtuh sama sekali. Ini menunjukkan bahawa susunan al-Quran tidak boleh diubah! Sangat menakjubkan bukan? Semasa al-Quran diturunkan 1400 tahun yang lalu kertas graf dan sistem nombor pun belum wujud!

Dr Mohd Arip juga membuat analisis keatas nombor-nombor surah dan jumlah ayat bagi setiap surah. Menurut beliau, sekiranya kita campurkan nombor-nombor surah al-Quran, iaitu (1+2+3+4+5+6+7+8+8+10+..+..+..+... hingga +114 (nombor surah terakhir) jumlah campuran tersebut ialah 6555. Sekiranya dicampurkan semua ayat al-Quran (dari surah pertama hingga surah ke-114, iaitu surah terakhir) jumlahnya ialah 6236. 

Selain itu, Dr Mohd Arip juga mengelaskan surah-surah Al-Quran dan jumlah ayatnya kepada 
1) Nombor surah yang ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil
    Contoh: i) surah al-Fatehah. Surah ini surah nombor 1 dan bilangan ayatnya 7
                 ii) surah Hood iaitu surah 11 bilangan ayatnya ialah 123
2) Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap
    Contoh: i) surah Ali-Imran. Surah ini surah nombor 3 dan bilangan ayatnya 200
                 ii) surah Al-Maidah iaitu surah 5 bilangan ayatnya ialah 200
3)  Nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil
     Contoh: i) surah Al- Baqarah. Surah ini surah nombor 2 dan bilangan ayatnya 286
4) Nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap
    Contoh: i) surah Al- An'am. Surah ini surah nombor 6 dan bilangan ayatnya 165

 Menurut Dr Mohd Arip, surah-surah ini kemudiannya dikategorikan kepada sama jenis dan berlainan jenis. 
1) Kategori sama jenis : nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap
- jumlah semua surah dalam kategori ini ialah 57 surah, 
2) Kategori berlainan jenis: surah yang mempunyai nombor genap tetapi bilangan ayat ganjil dan nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap, 
- jumlah surah dalam kategori ini juga ialah 57 surah. 

Ini menunjukkan perimbangan surah-surah al-Quran!. Susunan yang lain tidak akan menghasilkan perimbangan. 

Sekiranya semua nombor yang terkandung dalam kategori sama jenis termasuk semua nombor surah dan jumlah ayat dicampurkan, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan campuran semua ayat al-Quran.

Mengapa jumlahnya boleh sama dengan jumlah campuran semua ayat al-Quran? 

dan apabila semua nombor yang terdapat dalam kategori berlainan jenis dicampurkan termasuk npmbor-nombor surah, jumlahnya ialah 6555

Mengapa jumlahnya sama dengan mencampurkan semua nombor surah?. 

Jumlahnya sama kerana susunan surah-surah tersebut. Sekiranya susunan surah dan bilangan ayat diubah, maka perimbangan ini akan musnah sama sekalui. 

Terbukti Al-Quran sememangnya tidak boleh diubah! 

Bacaan lanjut mengenai hasil kajian  Dr Mohd Arip boleh dirujuk DISINI.

Thursday, July 18, 2013

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah, 36 botol perfume telah berjaya dijual setakat 5 hari berpuasa ni. Rezeki Ramadhan. Malam tadi Kak Zam beli 30 botol perfume n sample untuk dijual di Muar. Insya-Allah berjaya dan semua laku Kak Zam! Kalau orang yang dah biasa guna branded perfume, mereka pasti takkan teragak-agak sebab harga yang ditawarkan memang berpatutan dan yang pastinya perfume yang kami jual ni berkualiti tinggi.





Damia pun sibuk tolong mama jual ye. Memang anak yamg rajin n bijak. Dah faham dan boleh membantu kalau disuruh. Alhamdulillah..lagi 2 bulan anak mama ni dah 2 tahun.. 



Sunday, July 14, 2013

Korset murah| Promosi Perayaan Korset Premium Beautiful!

Promosi korset Premium Beautiful? Harga murah? Tinggal berapa harganya lepas promosi/diskaun? Sabar-sabar, nanti dulu. Sebelum kita pergi kepada diskaun atau promosi Premium Beautiful, sila baca celoteh saya dulu ye. hehe

Saya tahu kalau tiba je musim perayaan especially Hari Raya Puasa untuk yang beragama Islam, pasti ramai yang akan melaram. Waktu nilah nak pakai baju baru, kasut baru, make up baru, kalau boleh bentuk badan pun nak baru. Semua orang nak kelihatan cantik dan bergaya di Hari Raya. Mungkin akan ada segelintir yang akan berdepan dengan masalah nak cari baju raya. Yelah, dah berkenan dah baju tu--warna cantik, design pun latest tapi malangnya takde saiz. huhu. Tension betul. Kadang-kadang tu muat-muat je, disebabkan nak jugak baju tu mungkin ada dikalangan kita yang sanggup beli walaupun nampak sedikit tak cantik memakai baju yang terpaksa "dimuat-muatkan". So, apa kesannya? Maka terkeluarlah bonjolan-bonjolan lemak di sana sini. Yang tak berapa cantik mata memandang. Hehe. Apa lagi cara terbaik adalah menggunakan korset. Sekejap je lemak-lemak tu dah "hilang" kan? Ok apa pakai korset, daripada dibiarkan terbonjol-bonjol lebih baik kita cover tak? Justeru, saya pun buatlah bisnes body shaper ni memandangkan permintaan agak bagus. Sila rujuk gambar-gambar di bawah mengenai body shaper yang saya ada ye.

Entri mengenai body shaper ni akan saya kongsikan di lain hari ye ..

So sekarang ni, korset pertama yang akan saya syorkan off courselah Korset Premium Beautiful. Ramai yang dah sedia maklum mengenai kebaikan korset ni kan?Tapi malangnya harganya ada sedikit tinggi kalau dibandingkan dengan body shaper atau korset jenis lain. Barang baik dan berkualiti tinggi mestilah harganya juga mahal kan. Setandinglah tu! Disebabkan hal itu dan "kesedaran" saya tentang--orang minat korset ni tapi tak mampu milik. Kalau mampu pun kita akan fikir 2, 3,4 kali untuk beli sebab ada benda yang lebih priority lagi untuk guna duit itu. Ehem, takpelah. Saya terima hakikat tu. 

Jadi, sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini--saya melancarkan perang harga besar-besaran korset Premium Beautiful! Harga original anda semua boleh rujuk di www.premiumbeautifulcorset.com . Tapi kini saya betul-betul turunkan harga korset Premium Beautiful ni. 

Yang pastinya TERENDAH di pasaran! 

Satu set lengkap saya hanya jual  RM 1650 (normal set)
Sesiapa yang memakai saiz besar hanya tambah RM 200

 Anda takkan dapat harga ni kat mana-mana! 

TERHAD untuk 4 pelanggan TERAWAL

Kini, 2 set telah terjual!

Tinggal lagi 2 set sahaja!

Promosi ni sah sehingga 5 Ogos 2013 (sebelum raya)


Rebutlah peluang ini! Sila share kan link saya ni kepada kawan-kawan dan saudara mara korang di luar sana ye!

Promosi di atas telah tamat. Sila klik Promosi Akhir Tahun 2013 untuk melihat promosi istimewa terbaru dari kami untuk anda!

Contact Nisa: 013-7751357

Saturday, July 13, 2013

Izz's Perfume|Branded Perfume Sephora Dubai mencari distributor yang berminat

Salam ramadhan semua. Sebelum ni saya pernah bagitau nak buat bisnes branded perfume kan. Alhamdulillah, 1st badge Izz's Perfume dah sampai ke tangan distributor sekitar Batu Pahat. Harga kesemua perfume adalah standard seperti berikut. Ni adalah harga jualan online ye. Boleh lihat kesemua koleksi minyak wangi kami di Facebook.Silalah LIKE Izz's Perfume!

1 botol=RM 75
2 botol=RM 140
3 botol=RM 195

Kesemua harga perfume tu telah termasuk kos penghantaran dan pembeli semua bebas memilih untuk mix perfume.Maksudnya, siapa-siapa yang beli 2 botol atau lebih boleh campur-campur perfume mana yang diaorang suka. So bolehlah share dengan ofismate ke housemate ke atau sedara mara.Lebih jimat!

Untuk pengetahuan semua, branded perfume ni ada macam-macam jenis dan gred. Antaranya ialah original perfume,original reject perfume,perfume gred AAA, gred AA, gred A dan AB. So apa beza antara kesemua jenis perfume ni?Mari saya kongsikan sedikit info mengenai perfume supaya korang semua lebih berhati-hati ketika memilih perfume.

Original perfume ialah perfume yang memang ori la kan..yang biasanya di jual di pasaraya dengan harga sekitar RM 180 ke atas bergantung kepada jenis brand. Sampai RM 400 lebih pun ada. 

Original reject pulak ialah perfume ori yang reject sebab botol. Perfume reject ni kalau kita beli memang takde kotak. Perfume ni diisi dalam pouch je.Tapi bau dan ketahanannya memang sama macam original cuma botolnya memang teruk. Calar-balar habis!

 Kalau perfume gred pulak yang terbaik ialah Gred AAA. Gred AAA ni pulak ada yang dari Dubai, Indonesia dan Hong Kong tapi yang terbaik ialah dari Dubai. Bau perfume Gred AAA Dubai ni memang sebiji bau perfume original yang bezanya cuma tahap ketahanan bau perfume. Kalau perfume original boleh tahan 8 jam, perfume Dubai Gred AAA ni pulak tahan 6 jam. Itu je bezanya. Packaging n bau semuanya sama.

Tapi korang kena berhati-hati dengan perfume Gred AA, A dan AB.Packaging perfume gred ni hampir sama dengan perfume original dan Dubai Gred AAA tapi bau dia memang lari jauh dari original.Orang kata tu ada sikit-sikit bau original lepas sembur tapi tak lama kemudian bau tu tukar jadi lain pulak. Dan off course la bau tu tak tahan lama kan..

Ni ada sedikit panduan untuk mengenalpasti sama ada sesuatu perfume tu menghampiri atau menyerupai original atau pun tidak. Untuk pengetahuan semua, sebaik sahaja kita sembur perfume kat pergelangan tangan, akan ada 3 lapisan bau. Sebaik sahaja sembur, bau perfume tu sangat "keras". Boleh kata bau tu tak best la. Lepas beberapa saat bila kita cium semula, baunya dah jadi lembut sikit. Biarkan beberapa saat lagi dan cium semula pergelangan tangan tadi. kali ni baunye sangat lembut dan inilah bau perfume tu yang sebenar. So, next time kalau korang beli perfume make sure ada 3 lapisan bau ye!


 Antara perfume yang dihantar ke distributor sekitar Batu Pahat

Sesiapa yang berminat nak berniaga secara kecil-kecilan tapi tiada modal, bolehlah contact saya ye. Saya ada harga istimewa untuk distributor!

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan!

Selamat menyambut ramadhan yang penuh keberkatan ini dari kami sekeluarga-Nisa, Lan dan Damia..Semoga kita beroleh nikmat dan pahala yang sebanyak-banyaknya di bulan mulia ini. Jangan lupa terawih ye!





Tuesday, July 9, 2013

Ilmu yang tak ternilai

Walaupun AD Conferens tu khas untuk Agency Development untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan mereka sekaligus merancang aktiviti penambahbaikan, kami staff pun turut mendapat tempias ilmu-ilmu berbisnes ni. How to plan to achieve your company goal as well as well as to increase the company's productivity. Banyak tips dan ilmu yang perlu di digest elok-elok dan seterusnya bertindak. All AD's have come out with their strategies and plan so do i. Plan for my career development as well as "bisnes" development. Sambil menyelam minum air. At least ilmu yang dapat tu tak sia-sia. Boleh apply untuk kehidupan seharian jugak.

Sebagai contoh: 6 Laws of Influence. Macamana cara nak pengaruhi orang lain.

1) Reciprocity
2) Authority
3) Scarcity
4) Commitment
5) Liking
6) Social Prove

Saya boleh guna ilmu-ilmu tu untuk tarik ramai lagi customer supaya beli produk saya. So phrase tu akan jadi How you gonna influence your customer?maybe. Macam-macam boleh buat ni..hehe. Lagi satu antara slot menarik dari Tim Wade ialah 4 steps to goal accomplishment. Apa 4 steps tu?

1. Write down your goals- kita kena tulis apa matlamat dan target atas kertas supaya kita jelas dengan apa yang kita nak

2. Articulate your next steps-Lepas tu kena comeout dengan idea lah macam mana nak achieve target tadi

3. Tell someone-Dah siap semua then kita kena bagitau orang lain apa target dan plan kita. Step yang ke 3 ni bertujuan untuk bagi kita sedikit stress. Yela, kalau kita dah bagitau orang mesti kita akan malu kalau apa yang kita plan tu tak dapat capai. Nanti orang kata kita hangat-hangat tahi ayam.So kalau tak nak malu, by hook or by crook kita akan cuba capai jugak.

4. Report your progress regularly-Cari seseorang yang boleh korang laporkan pencapaian korang.



Monday, July 8, 2013

AD Conference FY 2013-2014

AD Conference ni sebenarnya ialah seminar/konferens untuk Agency Development (AD). Konferens ni akan diadakan setiap tahun bersempena dengan financial year yang baru. 01/07/2013-30/06/2014--satu financial year. Kat sinilah para AD seluruh Malayssia akan berkumpul, berbincang, brain storming tentang isu-isu berkaitan dengan ejen, leader dan agensi yang boleh mempengaruhi produktiviti mereka.

Kali ni konferens ni diadakan di Holiday Inn, Glenmarie Shah Alam. Lebih kurang 68 peserta kesemuanya termasuk staff. Speaker jemputan untuk konferens kali ni ialah Tim Wade. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang speaker ni boleh baca di www.timwade.com.




Sekitar seminar dari Tim Wade..Sesi hari pertama ni lebih banyak membincangkan "6 ways to influence people". Sebelah petang pulak tentang Challenge and Opportunities to achieve new year target which is to recruit  6000 new people as well as achieving 600 million of FYP.


Dinner pulak start pukul 6.30. Tengah-tengah makan tiba-tiba Cik Lan telefon cakap nak datang bawa Damia. Wah seronoknya! Dapat lepas rindu kejap. Tq abang sayang coz datang melawat..hehe


Tak reti dok diam. Dah nak start tawaf Holiday Inn



Sempat jugak makan muffin and kopi kat Coffee House. Time ni dah pukul 7.45 malam. Pukul 8 malam nanti start sesi malam pulak.
 

Sesi malam lebih fokus kepada regional masing-masing. Semua AD berkumpul ikut bahagian masing-masing. Ada Central 1 and II, Sourthern I and II, Northern, Sabah and Sarawak. Actually sesi malam ni lebih kepada brainstorming tentang kekuatan dan kelemahan setiap region untuk capai target baru new year. 

Sekian, stop sampai sini dulu ye.

Sunday, July 7, 2013

New Year Kick-Off

Ni antara gambar-gambar sekitar New Year Kick-Off hari tu. Hari ni baru sempat nak upload and update.huhu.

Sebelum majlis-Persiapan Dewan n Pentas



 
Registration Counter
 
 
Kick Off ni K. Farah and K. Safiah pun join. K. Rock pun ada.
 
Recognition For MDA
 
 
 
At the back stage
 
 
Antara yang hadir. Ramai..penuh satu Dewan SCCC ni.
 
Selepas majlis
 
 
Sesi penggambaran selepas majlis. Ramai sangat sampai kamera ni pun tak muat nak masukkan diaorang dalam gambar.hehe
 
 
Kitaorang pun nak bergambar jugak..
 
 
 Habis event kat SCCC, pack barang-barang then terus pergi Holiday Inn dan makan malam. Masa ni saya lah the only Malay kat situ. K.Farah, K. Safiah n K. Rock tak join AD Conference. Ok, lah, lepas ni saya update tentang AD Conference pulak ye..
 

Saturday, July 6, 2013

New Year Kick Off + AD Conference

Hari ni berlangsungnya New Year Kick Off di Setia City Convention Centre untuk ejen-ejen HLA.So staff pun kenalah membantu. Esok n hari Isnin pulak ada AD Conference. Kitaorang stay kat Holiday Inn Glenmarie Shah Alam. Damia? Tinggal kat rumah ngan Cik Lan n mak mertua..3 hari tak jumpa nanti..Ok, start keje!

Tuesday, July 2, 2013

Motivation| Take the moment!

Don't wait for a perfect moment, but take the moment and make it perfects. Itu sepatutnya yang kita buat kalau nak berjaya. Selalunya kita akan bagi alasan pada diri sendiri- Ala, tak sempat la,,masa ni tak sesuai la..Emm tunggu cuti la baru buat, masa panjang sikit, tak kerja. Dan banyak lagi alasan untuk mencari "perfect moment". Kadang-kadang tu kita rasa buat pada waktu tu paling sesuai, mungkin hasilnya lebih baik dan sempurna. Tapi  silap tu. Asalkan ada masa, tak kira dimana-mana pun jika kita pandai ambil peluang dan fokus, masa yang singkat tu boleh digunakan untuk mencapai sesuatu target. Tidak perlu tunggu-tunggu. 

Nasihat untuk diri sendiri sebenarnya dan siapa-siapa juga yang ada "problem" ni. Sebagai contoh diri saya sendiri, suka sangat buat sesuatu waktu weekend. Bukannya apa, weekend tu tak kerja kan. So saya fikir itulah waktu yang sesuai nak all out apa yang saya nak buat dari pagi sampai malam.  Weekend tulah nak update blog ceriter best-best, weekend tu jugaklah nak buat iklan promosi business dan weekend tu jugaklah nak stay up kononnya tak nak tidur--all out la katakan. Tapi hakikatnya tak terbuat semua tu waktu weekend. Sebab weekend tulah anak kita nak bermanja dan perhatian sebab Isnin sampai Jumaat ibu n ayah kerja dan anak ke taska. Jumpa waktu malam je. That's why lah kena take the moment and makes it perfect!

Monday, July 1, 2013

Cara memutihkan kulit wajah secara semulajadi

Selain produk untuk menguruskan badan, produk kecantikan juga mendapat permintaan yang tinggi sekarang ni. Macam-macam jenis kolagen dijual di pasaran bertujuan untuk memutihkan kulit. Pastinya ramai yang tidak yakin dengan keberkesanan produk-produk tersebut, juga tidak kurang yang meragui keselamatan dan kesannya untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, apa kata kita cuba amalkan beberapa petua untuk memiliki kulit putih berseri dengan bahan-bahan yang senang didapati di rumah kita.


Petua 1


Bahan-bahan: Kulit oren dan yogurt
Cara membuat: 1) Kupas kulit oren dan jemur di bawah cahaya matahari sehingga
                              kering.
                          2) Kisar kulit oren tadi sehingga lumat dan campurkan 1 sudu kulit
                              oren yang telah lumat dikisar dengan 1 sudu yogurt tanpa perisa
                              untuk dibuat pes.
                          3) Kacau sehingga sebati dan sapukan di muka yang telah dicuci
                              selama 15- 20 minit
                          4) Bilas dengan air sehingga bersih


Petua 2


Bahan-bahan: Beras dan minyak zaitun
Cara membuat: 1) Tumbuk beras sehingga halus
                          2) Campurkan beras dengan minyak zaitun
                          3) Sapukan pada kulit dan biarkan selama 15- 20 minit
                          4) Bilas dengan air sehingga bersih


Petua 3


Bahan-bahan: Oatmeal, tomato dan yogurt
Cara membuat: 1) Campurkan 1 sudu besar yogurt, 1 sudu kecil oat dan tomato
                               yang dilenyekkan.
                          2) Sapukan pada kulit yang telah dicuci dan biarkan selama 15- 20 minit
                          3) Bilas dengan air sehingga bersih

Selamat mencuba cara untuk memutihkan kulit secara semulajadi ni ye!


© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno