Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, July 1, 2013

Cara memutihkan kulit wajah secara semulajadi

Selain produk untuk menguruskan badan, produk kecantikan juga mendapat permintaan yang tinggi sekarang ni. Macam-macam jenis kolagen dijual di pasaran bertujuan untuk memutihkan kulit. Pastinya ramai yang tidak yakin dengan keberkesanan produk-produk tersebut, juga tidak kurang yang meragui keselamatan dan kesannya untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, apa kata kita cuba amalkan beberapa petua untuk memiliki kulit putih berseri dengan bahan-bahan yang senang didapati di rumah kita.


Petua 1


Bahan-bahan: Kulit oren dan yogurt
Cara membuat: 1) Kupas kulit oren dan jemur di bawah cahaya matahari sehingga
                              kering.
                          2) Kisar kulit oren tadi sehingga lumat dan campurkan 1 sudu kulit
                              oren yang telah lumat dikisar dengan 1 sudu yogurt tanpa perisa
                              untuk dibuat pes.
                          3) Kacau sehingga sebati dan sapukan di muka yang telah dicuci
                              selama 15- 20 minit
                          4) Bilas dengan air sehingga bersih


Petua 2


Bahan-bahan: Beras dan minyak zaitun
Cara membuat: 1) Tumbuk beras sehingga halus
                          2) Campurkan beras dengan minyak zaitun
                          3) Sapukan pada kulit dan biarkan selama 15- 20 minit
                          4) Bilas dengan air sehingga bersih


Petua 3


Bahan-bahan: Oatmeal, tomato dan yogurt
Cara membuat: 1) Campurkan 1 sudu besar yogurt, 1 sudu kecil oat dan tomato
                               yang dilenyekkan.
                          2) Sapukan pada kulit yang telah dicuci dan biarkan selama 15- 20 minit
                          3) Bilas dengan air sehingga bersih

Selamat mencuba cara untuk memutihkan kulit secara semulajadi ni ye!


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno