Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, July 2, 2013

Motivation| Take the moment!

Don't wait for a perfect moment, but take the moment and make it perfects. Itu sepatutnya yang kita buat kalau nak berjaya. Selalunya kita akan bagi alasan pada diri sendiri- Ala, tak sempat la,,masa ni tak sesuai la..Emm tunggu cuti la baru buat, masa panjang sikit, tak kerja. Dan banyak lagi alasan untuk mencari "perfect moment". Kadang-kadang tu kita rasa buat pada waktu tu paling sesuai, mungkin hasilnya lebih baik dan sempurna. Tapi  silap tu. Asalkan ada masa, tak kira dimana-mana pun jika kita pandai ambil peluang dan fokus, masa yang singkat tu boleh digunakan untuk mencapai sesuatu target. Tidak perlu tunggu-tunggu. 

Nasihat untuk diri sendiri sebenarnya dan siapa-siapa juga yang ada "problem" ni. Sebagai contoh diri saya sendiri, suka sangat buat sesuatu waktu weekend. Bukannya apa, weekend tu tak kerja kan. So saya fikir itulah waktu yang sesuai nak all out apa yang saya nak buat dari pagi sampai malam.  Weekend tulah nak update blog ceriter best-best, weekend tu jugaklah nak buat iklan promosi business dan weekend tu jugaklah nak stay up kononnya tak nak tidur--all out la katakan. Tapi hakikatnya tak terbuat semua tu waktu weekend. Sebab weekend tulah anak kita nak bermanja dan perhatian sebab Isnin sampai Jumaat ibu n ayah kerja dan anak ke taska. Jumpa waktu malam je. That's why lah kena take the moment and makes it perfect!

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno