Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, July 27, 2013

Nuzul Quran| Hikmah di sebalik penurunan mukjizat teragung

Semalam genap 17 hari umat Islam berpuasa  di bulan Ramadhan. Semalam juga Selangor cuti umum bersempena dengan Nuzul Al-Quran. Kalau saya yang mengulas hikmah di sebalik penurunan Al-Quran ni, memanglah sangat tak tepat kerana ilmu saya sangat cetek. Tapi artikel ini saya tulis berdasarkan kajian terperinci mengenai Al-Quran dan sains yang saya dengar di TV1 semalam. Temubual bersama  Prof Madya Dr Mohd Arip Bin Kasmo, pensyarah dari UKM juga pengkaji Al-Quran dari aspek sains. Antara penemuan menakjubkan mengenai Al-Quran yang ditemui oleh beliau ialah mengenai taburan jumlah ayat di dalam surah-surah Al-Quran yang akhirnya apabila dilakarkan di atas graf membentuk kalimah Allah dan Muhammad. Di bawah ini adalah hasil kajian beliau mengenai keajaiban Al-Quran.

 Sekiranya koordinat-koordinat (titik-titik yang mewakili kedudukan surah dan bilangan ayat) dicantumkan, kelihatan kalimah Allah terbentuk.

Apabila kordinat-kordinat ini cantumkan dengan cara yang lain, maka kalimah Muhammad pula terbentuk! 

Sekiranya kedudukan surah diubah secara sesuka hati, maka graf kalimah Allah dan Muhammad ini akan runtuh sama sekali. Ini menunjukkan bahawa susunan al-Quran tidak boleh diubah! Sangat menakjubkan bukan? Semasa al-Quran diturunkan 1400 tahun yang lalu kertas graf dan sistem nombor pun belum wujud!

Dr Mohd Arip juga membuat analisis keatas nombor-nombor surah dan jumlah ayat bagi setiap surah. Menurut beliau, sekiranya kita campurkan nombor-nombor surah al-Quran, iaitu (1+2+3+4+5+6+7+8+8+10+..+..+..+... hingga +114 (nombor surah terakhir) jumlah campuran tersebut ialah 6555. Sekiranya dicampurkan semua ayat al-Quran (dari surah pertama hingga surah ke-114, iaitu surah terakhir) jumlahnya ialah 6236. 

Selain itu, Dr Mohd Arip juga mengelaskan surah-surah Al-Quran dan jumlah ayatnya kepada 
1) Nombor surah yang ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil
    Contoh: i) surah al-Fatehah. Surah ini surah nombor 1 dan bilangan ayatnya 7
                 ii) surah Hood iaitu surah 11 bilangan ayatnya ialah 123
2) Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap
    Contoh: i) surah Ali-Imran. Surah ini surah nombor 3 dan bilangan ayatnya 200
                 ii) surah Al-Maidah iaitu surah 5 bilangan ayatnya ialah 200
3)  Nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil
     Contoh: i) surah Al- Baqarah. Surah ini surah nombor 2 dan bilangan ayatnya 286
4) Nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap
    Contoh: i) surah Al- An'am. Surah ini surah nombor 6 dan bilangan ayatnya 165

 Menurut Dr Mohd Arip, surah-surah ini kemudiannya dikategorikan kepada sama jenis dan berlainan jenis. 
1) Kategori sama jenis : nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap
- jumlah semua surah dalam kategori ini ialah 57 surah, 
2) Kategori berlainan jenis: surah yang mempunyai nombor genap tetapi bilangan ayat ganjil dan nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap, 
- jumlah surah dalam kategori ini juga ialah 57 surah. 

Ini menunjukkan perimbangan surah-surah al-Quran!. Susunan yang lain tidak akan menghasilkan perimbangan. 

Sekiranya semua nombor yang terkandung dalam kategori sama jenis termasuk semua nombor surah dan jumlah ayat dicampurkan, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan campuran semua ayat al-Quran.

Mengapa jumlahnya boleh sama dengan jumlah campuran semua ayat al-Quran? 

dan apabila semua nombor yang terdapat dalam kategori berlainan jenis dicampurkan termasuk npmbor-nombor surah, jumlahnya ialah 6555

Mengapa jumlahnya sama dengan mencampurkan semua nombor surah?. 

Jumlahnya sama kerana susunan surah-surah tersebut. Sekiranya susunan surah dan bilangan ayat diubah, maka perimbangan ini akan musnah sama sekalui. 

Terbukti Al-Quran sememangnya tidak boleh diubah! 

Bacaan lanjut mengenai hasil kajian  Dr Mohd Arip boleh dirujuk DISINI.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno