Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, July 28, 2013

Sakit Tulang Belakang| Pemakaian Premium Beautiful dapat mengatasi masalah tulang belakang

Cara mengatasi masalah tulang belakang adalah tajuk yang sangat menarik bagi mereka yang memang tercari-cari cara untuk mengurangkan sekaligus menghilangkan kesakitan ini. Saya bukanlah doktor untuk mengulas punca-punca sakit tulang belakang tapi saya punya pengalaman sendiri yang boleh dikongsi untuk kebaikan bersama. Mudah-mudahan dapat membantu mengurangkan dan seterusnya menyelesaikan sakit tulang belakang yang telah dihidapi sekian lama.

Pengalaman saya begini. Ketika waktu "muda-muda" dahulu saya memang sukakan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, silat dan aikido. Nak dijadikan asbab musabab kepada sakit tulang belakang ni, pada tahun 2005, saya telah menyertai satu aktiviti lasak yang dipanggil absailing. Aktiviti ini memerlukan seseorang turun dari tempat tinggi menggunakan bantuan tali. Ketika melakukan aktiviti tersebut, saya terjatuh  dan belakang saya terhentak ke batu. Sakit yang teramat! Kesannya saya tidak boleh berdiri atau duduk terlalu lama kerana bahagian kiri badan saya hingga ke tangan akan kebas dan tidak berasa.

Pelbagai usaha  dan rawatan telah dilakukan termasuklah X-Ray, MRI dan Ujian Neuron untuk mengenal pasti permasalahan saya. Hasilnya positif, tulang belakang saya ok, tiada slip disk. Tetapi mengapa kebas sebelah badan jika berdiri atau duduk terlalu lama? Lama di sni bukanlah bermaksud berjam-jam, 30 minit itu sudah cukup membuatkan bahagian kiri badan saya terasa kebas.

 Appointment card ketika menjalani rawatan di Klinik Ortopedik PPUM

Setelah gagal menemui punca kesakitan, Dr menyarankan saya melakukan fisioterapi juga memberikan ubat tahan sakit sekiranya perlu. Tapi kesannya masih sama--tiada perubahan. Lebih kurang 5 tahun saya mengalami masalah ini sehinggalah pada penghujung tahun 2012, saya diperkenalkan dengan Korset Premium Beautiful oleh seorang rakan.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, 2 bulan selepas menggunakan Korset Premium Beautiful, kebas sebelah kiri badan saya hilang. Ya, kesakitan itu benar-benar hilang. Saya sudah boleh  duduk atau berdiri dalam tempoh masa agak lama. Kalau dahulu, 15 minit pun belum tentu saya dapat bertahan.

Percaya atau tidak, tapi ini memang benar-benar pengalaman sebenar saya ketika menggunakan Korset Premium Beautiful. Bahagian terpenting dalam Premium Beautiful yang menyokong tulang belakang ialah Waist Nipper.


 Selain menyelesaikan masalah tulang belakang, terdapat banyak lagi manfaat Premium Beautiful yang boleh dibaca di www.premiumbeautifulcorset.com

Selain itu, bersempena Ramadhan yang mulia ini juga, saya ada menawarkan harga set Premium Beautiful yang termurah di pasaran. Murah bukan kerana second hand--tidak sama sekali. Saya hanya ingin memberikan pengalaman menggunakan korset Premium Beautiful ini kepada orang lain dengan harga yang mampu milik. Terhad kepada 4 orang terawal sahaja. 2 set telah terjual dan kini tinggal 2 set sahaja lagi. Tawaran hebat ini ada saya tulis di artikel Korset Murah| Promosi Perayaan Korset Premium Beautiful!. Sila klik tajuk artikel tersebut  untuk melihat promosi istimewa yang ditawarkan.

Berbalik kepada sakit tulang belakang tadi, pada pandangan peribadi saya, sakit tulang belakang yang dihadapi seseorang itu pasti berbeza tahapnya. Mungkin kesakitan yang saya rasai itu hanya sedikit sahaja dan boleh diselesaikan dengan pemakaian Premium Beautiful secara konsisten. Tahap kesakitan yang kita alami mungkin berbeza tapi percayalah saya tahu bagaimana rasa sakit tulang belakang itu dan betapa leganya apabila kesakitan itu beransur hilang dan akhirnya pulih. Kita hanya mampu berusaha, selebihnya bergantung kepada yang Maha Kuasa untuk menyembuhkannya. Berikhtiarlah selagi ada cara. Kisah ini sekadar perkongsian ikhlas mengenai alternatif lain merawat sakit tulang belakang.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno