Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, September 30, 2013

Apam Balik Peserai Batu Pahat

Siapa kat sini suka makan kuih Apam Balik?Sedap kan apam balik..dengan isi kacang, mentega dan jagungnya. Tapi sayang, kebanyakan orang yang jual apam balik 'kedekut' sangat part letak isi apam balik ni. letak secoet je intinya. So rasa tepung yang lebih, intinya tak berasa pun.

Tapi semalam saya makan apam balik yang 'pemurah' dengan inti. Berasa betul dia punya kelemakan mentega, jagung dan kacang yang banyak. Marvellous dan lemak sungguh rasanya!

Ini lah dia gerai apam balik tu. Terletak betul-betul kat tepi jalan besar Peserai (Jalan Batu Pahat-Muar). Kita orang panggilnya "Gerai Apam Balik Kubur Peserai" sempena gerainya yang berlatar belakangkan kubur Peserai. Masa saya ambik gambar gerai ni, brother tu siap cakap lagi--"Kak, ambik gambar makanan je ye. jangan ambik gambar kubur nanti orang tak datang". Haha...Jangan risau la bang, saya promote gerai abang baik punyer..

Berderet kereta beratur untuk "Drive Thru"

Ramai jugak orang datang sini. Mungkin sebab apam baliknya yang kaya dengan inti dan kelemakannya. Berderet kereta beratur kat tepi jalan. Parking, turun dan order. Tunggulah kejap sementara apam balik tu siap.

Kat gerai ni ada 2 jenis apam balik. Satu yang tepungnya tebal dan satu lagi tepungnya nipis je. Ada ke patut Cik Lan panggil apam balik yang tepung tebal tu "Apam Balik Basah". Yang tepung nipis tu dia panggil "Apam Balik Kering"...macam pelik je bunyinya, tak pernah dengar orang panggil camtu pun..hahaha (ketawa besar)

Proses pembuatan Apam Balik Peserai

  
Macam biasalah kalau dah siap, lipat 2 apam balik tu dan potong kecik-kecik. Sebenarnya korang tau tak nape nama dia apam balik ea?..Tak macam apam pun..hihi..boleh jugak dipanggil Waffle melayu..hehe

Siap untuk dimakan. Sangat menyelerakan. tengok inti dia yang menceret dan membuak-buak tu...

Ni yang Cik lan panggil "Apam Balik Basah"

 
Yang ni pulak dia panggil "Apam Balik Kering"

Siapa yang suka makan apam balik boleh lah singgah Peserai ye...


Sunday, September 29, 2013

Premium Beautiful Corset

Tahukah Anda?

Premium Beautiful adalah korset kesihatan No 1 di Malaysia yang menggunakan teknologi FIR terutamanya untuk meningkatkan peredaran darah. Ia telah membantu beribu-ribu wanita Malaysia mengembalikan semula kecantikan dan keyakinan mereka sekaligus menjadi lebih sihat!

Premium Beautiful Korset terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: Long Bra, Long Girdle dan Waist Nipper.

Inginkan payudara yang tegang dan mekar? -->KLIK SINI<--
untuk mengetahui dengan lebih lanjut 


Long Bra 
- "Cup" coli dengan 3 keping jahitan berstreoskopik dapat menolak atas, menyokong dan menetapkan kedudukan payudara
- "Cup" berbentuk piramid agar puting payudara berada pada kedudukan yang betul dan tidak tenggelam
- Rekaan bentuk "U" pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menguruskan badan, malah membentuk kontur pada bahagian belakang dan memudahkan pengudaraan
- Kedudukan bentuk tali yang tidak mudah jatuh


Waist Nipper
- 7 batang keluli memori dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra sekaligus membantu memperbaiki postur semasa berdiri dan duduk
-Tetulang-tetulang ini berfungsi untuk mengatasi masalah tulang belakang seperti bongkok, "Slip Disc", sakit pinggang dan pengaliran darah
-Memecah lelemak pada bahagian atas perut
- Suntikan Far Infrared Rays (FIR) paling banyak disuntik dalam tetulang bengkung ini
- Membantu merawat stretch mark selepas bersalin


Long Girdle
- Menguatkan rahim, mengemaskan bahagian perut serta menghilangkan rekahan pada kulit (stretchmark).Tidak menekan ovari dan memberi kesan hormon estrogen progesteron yang seimbang
- Lubang angin mengawal keputihan, pengaliran darah untuk menghilangkan kesan bau vagina wanita
- "Love shape" nipis membentuk dan mengukuhkan pinggul dengan lebih menarik



Ciri-ciri menarik Premium Beautiful:

* Direka khas untuk  70% kesihatan & 30% kecantikan 
* Membantu  meningkatkan peredaran darah dan metabolisme badan
* Lifetime Warranty!
* Superbrands
* Teknologi Jepun, US, Jerman dan Taiwan
* Disuntik dengan teknologi Far Infrared Rays (FIR)
* Fabrik Akwatek dan Akwadyne
* Disyorkan oleh American Chiropratic Association
* Kuasa regangan 360


        

 

 

 

Lagi mengenai pengiktirafan dan kajian saintis terhadap FIR. Klik sini.

 


 

Apa itu Far Infrared Rays (FIR)?

FIR adalah salah satu gelombang tenaga yang terkandung dalam cahaya matahari. Tidak seperti Ultraviolet & Gelombang Mikro yang berbahaya, FIR mempunyai kesan positif dan terbukti memberi manfaat kepada manusia. FIR telah diterima secara meluas sebagai terapi alternatif untuk merawat pelbagai penyakit. Maklumat lanjut mengenai FIR klik sini.




Patutkah anda memakainya?

Korset sebenarnya telah wujud berabad-abad lamanya sebagai kaedah yang terbukti berkesan untuk membantu membentuk tubuh badan wanita menjadi lebih menarik dan seksi. Korset Premium Beautiful yang mengandungi FIR mewujudkan sinergi lengkap yang membantu untuk membentuk badan wanita,  mengurangkan & mengekalkan berat badan yang sihat, di samping  memperbaiki peredaran darah dan meningkatkan metabolisme.

Premium Beautiful korset boleh digunakan sekiranya anda: -

Baru lepas bersalin dan sedang berpantang (mengembalikan bentuk badan asal)

Mengurangkan stretch mark selepas bersalin

Meningkatkan ketegangan payudara & punggung

Mempunyai fibroid atau cyst

Menghadapi masalah senggugut yang teruk

Mengalami masalah tulang belakang dan sakit pinggang seperti " Slip Disc" 

Sukar untuk mendapatkan cahaya mata

 Bakal mendirikan rumah tangga untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik menjelang hari perkahwinan



Untuk mendapatkan tawaran hebat, percubaan korset secara percuma dan peluang perniagaan yang menarik, hubungi saya hari ini!


Tempat Makan Best| Coconut Shake Melaka

Suatu hari, seorang kenalan bercerita mengenai 'Coconut Shake' yang best pernah dia minum di Melaka. Almaklumlah, dia memang berasal dari Kelebang Melaka.  So, dia lebih arif tentang tempat makan menarik di sana. Berbekalkan lakaran kasar yang dia lukis kat atas recycle paper, kami pun cuba cari lokasi yang dinyatakan. Akhirnya berjumpalah kami dengan gerai coconut shake yang dimaksudkan. Itu cerita 1st time saya dan Cik Lan sampai sana, kira-kira setahun yang lepas.

Ini dia Lokasi Coconut Shake - Tepi Jalan hadapan Taman Cergas Batu Berendam Melaka (dalam bulatan merah)

Terbaharu, pulang beraya dari rumah Cik An (pak cik En. Lan), kami singgah lagi di situ. Kali ini kami bawa mak, abah, Lin & Iwan pula cuba coconut shake tu.

 
Macam biasalah, kena beratur bagi sesiapa yang nak tapau. Memang ramai orang beratur tapi takdelah lama sangat nak menunggu sebab dia ada banyak mesin pengisar.

Bagi yang nak makan kat situ tak perlu beratur, cari je mana-mana meja kosong. Nanti ada orang datang ambil order.

Actually, kat situ bukan ada coconut shake je tapi ada juga jual makanan  cucuk-cucuk goreng tu. Tak taulah korang panggil apa tapi saya panggil makanan cucuk-cucuk. Ada nugget, ayam goreng, bebola-bebola ayam dan sotong. Durian goreng, pisang goreng, keladi goreng n keropok lekor pun ada. Pilih je nak mana satu.

Ni lah dia rupa paras coconut shake tu. Ada yang biasa dan spesial. Yang biasa takde ais krim, yang spesial ada ais krim. Macam tu je. Tapi rasanya memang sedap dan menyegarkan. Siap ada rasa isi kelapa yang dipotong kecil-kecil. Bila tergigit tu rangup-rangup je rasanya. Wah, bestnya kalau dapat makan sekarang..

Close up "Coconut Shake" spesial - RM2.50

Yang bestnya kat sini, boleh tambah air kelapa. Free je. Minumlah air kelapa tu seberapa banyak yang nak pun. Takde siapa marah, antara larat ngan tak larat je nak habiskan semua.

Antara makanan yang kami order. Sedap jugak sambil minum air kelapa sambil makan bebola goreng ni

Slurpp! Sedut jangan tak sedut. Agak-agak air dah tinggal sikit tambah lagi air kelapa. Penuh balik cawan tu. Agak-agak dah tinggal separuh, tambah lagi air kelapa. Penuh balik cawan. Macam ni bila nak habis minum. Haha

Inilah dia stok kelapa muda diaorang. Bertimbun-timbun..Manalah diaorang dapat stok ni agaknya.

Kulit kelapa muda yang dah habis diminum..Emm..kulit kelapa muda ni boleh buat apa ye?Boleh buat duit tak?Any idea?

Macam biasalah budak kecik ni, ngan tangan best dia.

Siapa-siapa yang teringin nak minum coconut shake ni boleh pergi sini ye. Terbaik!

Wednesday, September 18, 2013

Trip To Jakarta | Pusat Membeli-belah Grosir Tanah Abang

Hari ni merupakan hari terakhir kami di Jakarta. Flight dijadualkan jam 4.30 petang (waktu Jakarta). So hari ni kami plan untuk ke pusat membeli-belah grosir di Tanah Abang. Sebenarnya terdapat banyak shopping complex yang berbentuk grosir/borong di Jakarta ni. Antara yang terkenal ialah Pasar Pagi Mangga Dua, Thamrin City dan Tanah Abang. Sila lihat entri saya mengenai Pasar Pagi Mangga Dua di sini--> Pasar Pagi Mangga Dua. Tapi kalau nak tau, yang termurah dan ter "best" untuk shopping ialah Tanah Abang. Menurut kebanyakan penduduk di sana, kebanyakan barang yang terdapat di Pasar Pagi Mangga Dua dan Thamrin City diambil dari Tanah Abang. Wallahualam. Tapi yang pastinya harga barangan di Tanah Abang jauh lebih murah berbanding di Mangga Dua.



Sebelum bergerak isi perut kenyang-kenyang dulu. Tak mandi lagi time ni, lepas sarapan baru mandi. hehe
Actually Pusat Grosir Tanah Abang ni berdekatan je dengan Hotel Cideng, tempat penginapan kami sepanjang di Jakarta. Kira-kira 10 minit menaiki kereta.

Ini lah Pusat Grosir Tanah Abang. Terdapat banyak blok di shopping complex ni dan banyak tingkat. Tapi biasanya pengunjung akan bertumpu di Blok A dan B sahaja kalau nak shopping/memborong pakaian. Pelbagai jenis pakaian ada dijual di sini antaranya seperti batik indonesia, kain sulam, kain lace baju pengantin, telekung, cadar dan macam-macam lagi la.


Mula-mula sekali saya aim cari kedai yang jual kain pasang sulam timbul. Bukan senang nak cari sebab kedai diaorang bercampur-campur. Bukannya jual kain sulam, satu tingkat semua jual kain sulam. Kalau jual telekung, satu tingkat semua jual telekung. Bukan macam tu. Kalau dia buat macam tu memang senang la nak cari. So, bila saya jumpa je kedai kain sulam terus je beli kat situ, dah takde nak survey-survey harga tempat lain.Terus beli je sebab takut kalau ronda lagi dah tak jumpa lagi kedai ni nanti. Sebenarnya beli kain sulam ni untuk pakai masa adik saya kawin nanti. Pakai sedondon satu family.

Inilah hasilnya. Dapat 4 helai untuk saya, ibu, Awin dan Anis


 
Lepas habis beli kain sulam, kitaorang cari kain sutera batik pulak untuk Cik Lan. Masa majlis kahwin Wawa nanti Cik Lan nak pakai kemeja batik je. Dia tak nak pakai baju melayu. Dapatlah 2 pasang kain pasang untuk dibuat kemeja batik nanti.

 
Selain tu ada juga saya beli telekung sulam. RP 90 000 lebih kurang RM 30 duit Malaysia. macam-macam jenis kain telekung ada. Ada cotton, cotton sutera, sutera dan sutera perancis. Kain yang paling mahal ialah sutera Perancis. Harganya mencecah RP 290 000. Kalau kat malayisa orang jual RM 200 lebih. Banyak jugak untung kalau jual telekung ni ye..
 Di sekitar Pusat Grosir Tanah Abang. Macam-macam ada. Kitaorang round tingkat LG, dan G je. banyak lagi tingkat tapi tak larat dah sebab Damia asyik nak dukung dan masa pun tak mengizinkan sangat.

 
Lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami bertolak pulang ke Hotel Cideng. Cik lan sekali lagi nak naik bajai. So bawalah si pemandu bajai tu orang-orang yang berat macam kami. Nasiblah pak supir. Haha. Best jugak naik benda ni sebenarnya. Dapat fresh air..

 Actually, beg semua dah siap kemas dan dah bawa turun. Suruh pekerja hotel simpankan. So, bila sampai hotel nanti terus ambil beg dan bergerak ke airport. Tapi hauslah pulak. So, singgah kafe Hotel Cideng dan basahkan tekak dulu.

 Fresh Strawberry and Ice Blended Chocolate

On the way ke airport ada 'kejadian' pulak. Macet teruk banget nih.. Nasib baiklah kitaorang keluar dari hotel awal. Kalau tak, jawabnya terlepas flight la.

Sekian sahaja catatan perjalanan kami di Jakarta selama 4 hari 3 malam. Selamat tinggal Tanah Abang, selamat tinggal Jakarta
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno