Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, September 30, 2013

Apam Balik Peserai Batu Pahat

Siapa kat sini suka makan kuih Apam Balik?Sedap kan apam balik..dengan isi kacang, mentega dan jagungnya. Tapi sayang, kebanyakan orang yang jual apam balik 'kedekut' sangat part letak isi apam balik ni. letak secoet je intinya. So rasa tepung yang lebih, intinya tak berasa pun.

Tapi semalam saya makan apam balik yang 'pemurah' dengan inti. Berasa betul dia punya kelemakan mentega, jagung dan kacang yang banyak. Marvellous dan lemak sungguh rasanya!

Ini lah dia gerai apam balik tu. Terletak betul-betul kat tepi jalan besar Peserai (Jalan Batu Pahat-Muar). Kita orang panggilnya "Gerai Apam Balik Kubur Peserai" sempena gerainya yang berlatar belakangkan kubur Peserai. Masa saya ambik gambar gerai ni, brother tu siap cakap lagi--"Kak, ambik gambar makanan je ye. jangan ambik gambar kubur nanti orang tak datang". Haha...Jangan risau la bang, saya promote gerai abang baik punyer..

Berderet kereta beratur untuk "Drive Thru"

Ramai jugak orang datang sini. Mungkin sebab apam baliknya yang kaya dengan inti dan kelemakannya. Berderet kereta beratur kat tepi jalan. Parking, turun dan order. Tunggulah kejap sementara apam balik tu siap.

Kat gerai ni ada 2 jenis apam balik. Satu yang tepungnya tebal dan satu lagi tepungnya nipis je. Ada ke patut Cik Lan panggil apam balik yang tepung tebal tu "Apam Balik Basah". Yang tepung nipis tu dia panggil "Apam Balik Kering"...macam pelik je bunyinya, tak pernah dengar orang panggil camtu pun..hahaha (ketawa besar)

Proses pembuatan Apam Balik Peserai

  
Macam biasalah kalau dah siap, lipat 2 apam balik tu dan potong kecik-kecik. Sebenarnya korang tau tak nape nama dia apam balik ea?..Tak macam apam pun..hihi..boleh jugak dipanggil Waffle melayu..hehe

Siap untuk dimakan. Sangat menyelerakan. tengok inti dia yang menceret dan membuak-buak tu...

Ni yang Cik lan panggil "Apam Balik Basah"

 
Yang ni pulak dia panggil "Apam Balik Kering"

Siapa yang suka makan apam balik boleh lah singgah Peserai ye...


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno