Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, September 29, 2013

Tempat Makan Best| Coconut Shake Melaka

Suatu hari, seorang kenalan bercerita mengenai 'Coconut Shake' yang best pernah dia minum di Melaka. Almaklumlah, dia memang berasal dari Kelebang Melaka.  So, dia lebih arif tentang tempat makan menarik di sana. Berbekalkan lakaran kasar yang dia lukis kat atas recycle paper, kami pun cuba cari lokasi yang dinyatakan. Akhirnya berjumpalah kami dengan gerai coconut shake yang dimaksudkan. Itu cerita 1st time saya dan Cik Lan sampai sana, kira-kira setahun yang lepas.

Ini dia Lokasi Coconut Shake - Tepi Jalan hadapan Taman Cergas Batu Berendam Melaka (dalam bulatan merah)

Terbaharu, pulang beraya dari rumah Cik An (pak cik En. Lan), kami singgah lagi di situ. Kali ini kami bawa mak, abah, Lin & Iwan pula cuba coconut shake tu.

 
Macam biasalah, kena beratur bagi sesiapa yang nak tapau. Memang ramai orang beratur tapi takdelah lama sangat nak menunggu sebab dia ada banyak mesin pengisar.

Bagi yang nak makan kat situ tak perlu beratur, cari je mana-mana meja kosong. Nanti ada orang datang ambil order.

Actually, kat situ bukan ada coconut shake je tapi ada juga jual makanan  cucuk-cucuk goreng tu. Tak taulah korang panggil apa tapi saya panggil makanan cucuk-cucuk. Ada nugget, ayam goreng, bebola-bebola ayam dan sotong. Durian goreng, pisang goreng, keladi goreng n keropok lekor pun ada. Pilih je nak mana satu.

Ni lah dia rupa paras coconut shake tu. Ada yang biasa dan spesial. Yang biasa takde ais krim, yang spesial ada ais krim. Macam tu je. Tapi rasanya memang sedap dan menyegarkan. Siap ada rasa isi kelapa yang dipotong kecil-kecil. Bila tergigit tu rangup-rangup je rasanya. Wah, bestnya kalau dapat makan sekarang..

Close up "Coconut Shake" spesial - RM2.50

Yang bestnya kat sini, boleh tambah air kelapa. Free je. Minumlah air kelapa tu seberapa banyak yang nak pun. Takde siapa marah, antara larat ngan tak larat je nak habiskan semua.

Antara makanan yang kami order. Sedap jugak sambil minum air kelapa sambil makan bebola goreng ni

Slurpp! Sedut jangan tak sedut. Agak-agak air dah tinggal sikit tambah lagi air kelapa. Penuh balik cawan tu. Agak-agak dah tinggal separuh, tambah lagi air kelapa. Penuh balik cawan. Macam ni bila nak habis minum. Haha

Inilah dia stok kelapa muda diaorang. Bertimbun-timbun..Manalah diaorang dapat stok ni agaknya.

Kulit kelapa muda yang dah habis diminum..Emm..kulit kelapa muda ni boleh buat apa ye?Boleh buat duit tak?Any idea?

Macam biasalah budak kecik ni, ngan tangan best dia.

Siapa-siapa yang teringin nak minum coconut shake ni boleh pergi sini ye. Terbaik!

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno